Harini ada perkara lebih menarik untuk dibincangkan. Tadi saya debate untuk kelas Hubungan Etnik di bawah kelolaan Ustaz Khadafi. Tajuknya, "Wanita bekerja lebih baik dari lelaki bekerja".
Sekilas baca tajuk, apalah punya tak rasionalnye kan tajuk ni..adake wanita kerja lagi baik dari lelaki..abestu, lelaki nak buat ape? duduk rumah jaga anak goyang kaki tengok tv? no way.
hahaha..okok. saya di pihak pembangkang, dan lelaki di pihak pencadang.
Pihak lelaki menghujahkan, bahawa wanita bekerja itu lebih baik. Ini kerana
- membantu kelangsungan ekonomi
- memberi kemudahan dan membantu mengurangkan bebanan pendapatan suami
- ada sebahagian daripada kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh lelaki dan lebih sesuai dilakukan oleh wanita, kerana sifat wanita itu teliti dan kompleks.
- Wanita pada zaman Rasulullah juga bekerja
- agama tidak menghalang wanita bekerja selagi dia menjaga batas aurat, maruah dan pergaulannya.
- Wanita juga bekerja walaupun di rumahnya
- Wanita pada hari ini ramai yang berpendidikan, jadi pendidikan tu digunakan untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam industri (katanya, apa gunanya belajar sehingga ke menara gading tetapi tak dapat dimanfaatkan).
- Wanita bekerja tidak akan menumpukan perhatiannya kepada rumahtangga dengan baik
- Wanita bekerja merasakan bahawa dia tidak lagi memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya lantaran mempunyai wang sendiri dan kuasa beli, jadi ini menjatuhkan martabat lelaki di mata seorang wanita, padahal fitrahnya lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita. Jadi ini memungkinkan penyebab dan punca kepada banyaknya perceraian yang berlaku pada masa kini.
- Apabila rumahtangga terabai, maka anak-anak juga terabai. Ini merupakan antara punca berlakunya lambakan gejala sosial seperti merokok, menagih dadah, buang anak, kahwin lari dan sebagainya. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian akan melihat kepada sumber lain sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan memperoleh perhatiannya. Akibatnya, anak-anak akan tersilap memilih kawan kerana ibubapa terlepas pandang.
- Wanita akan sukar melakukan pekerjaan selain pekerjaan rumahtangganya, kerana dia akan mengandung dan melahirkan. Setinggi manapun jawatan seseorang wanita, apabila dia perlu bersalin dan bercuti untuk tempoh berpantang, ia akan menjejaskan struktur tugas wanita tersebut dalam organisasi (pihak pencadang mencantas kata-kata ini dengan mengatakan sentiasa ada pengganti untuk bos wanita).
- Seorang wanita yang bekerja perlu menguruskan emosinya untuk menghadapi dua orang ketua dalam kehidupan sehariannya. Sewaktu bekerja di pejabat, dia perlu menghadapi ketuanya, dan di rumah dia perlu menghadapi suaminya. Bagaimana mungkin seorang wanita mempunyai dua orang ketua dalam kehidupannya? ini akan menjeaskan emosi dan perasaan wanita yang bekerja.
- Sewaktu berhujah, saya bertanya kepada hadirin lelaki: Anda mahu ke isteri anda bercantik-cantik bersolek pakai minyak wangi di luar rumah bukan untuk anda tapi untuk orang lain? pastu...mereka dengan sebulat suara menyatakan TIDAK. (Jadi, cari isteri solehah ye kawan-kawan.)
- Sebagai hujahan balas kepada Umar yang menyatakan bahawa surirumah adalah satu pekerjaan, kata barisan pembangkag, ia bukan satu pekerjaan, tetapi kerja-kerja rumahtangga ialah satu tanggungjawab, iaitu WAJIB bagi seorang wanita.
- Sebagai hujahan balas juga terhadap persoalan kenapa wanita lebih ramai bekerja di industri dan memperoleh pangkat yang tinggi berbanding lelaki adaah kerana lelaki pada hari ini tidak proaktif, lembab dan tak berkualiti. Mereka sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang-peluang yang baik ini. Malah, mereka juga tidak mempunyai kelayakan untuk duduk di kerusi-kerusi yang berpangkat tinggi. (saya rasa point ni macam melampau sikit, tapi perkara ini memang betul dan lelaki selayaknya menerima ini sebagai satu cabaran!)
Sebagai kesimpulannya, ada kalanya kata-kata pihak pencadang pun benar untuk sesuatu bentuk situasi, iaitu dalam sesetengah keadaan, memang wanita itu bekerja lebih baik. Begitu juga di pihak pembangkang, ada waktu-waktunya wanita tidak bekerja adalah lebih baik. Speaker telah memutuskan bahawa tidak ada pemenang, iaitu fair and square. Kami berbahas cuma untuk berkongsi ilmu, bukan untuk mencari titik perselisihan, tetapi membawakan perkongsian ilmu dan mencari titik kesepakatan dan keharmonian. Tidak ada yang salah dalam menyatakan pemikiran.
Saya minta maaf kalau post ni nampak prejudis sikit sebab point-pointnya melebihkan pihak saya, iaitu pembangkang. Ini kerana huraian pihak pencadang kurang jelas pada saya, dan saya lebih arif dengan hujah-hujah pihak pembangkang kerana saya sudah mengkajinya selama hampir tiga minggu. Hakikatnya, saya amat kagum dengan pihak pencadang kerana bukan senang untuk mereka mencari point kenapa wanta lebih elok bekerja-dalam keadaan sosial masyarakat masa kini, saya kira mereka pun bersetuju bahawa wanita itu lebih baiklah duduk di rumah menguruskan hal ehwal rumahtangga-mereka sendiri tidak ingin wanita kesayangan mereka tercemar emosi dan berbakti kepada lelaki lain.
Untuk next class, tajuknya lebih menarik: "Adalah lebih baik lelaki berkahwin lebih daripada satu" atau dalam pentafsiran yang lebih jelas, "Amalan poligami itu baik" dimana pencadangnya adalah wanita dan pembangkangnya adalah lelaki. Ada bran?

2 komen best:
nice sharing
fulamak, debat tuh
dua2 pihak mencadangkan hujah yg mantap dan relevan
cuma, apa yg penting kena pilih yg terbaik
ukur badan di badan sendiri
nice topic
camne la next topik tuh,hak3
ukur badan di badan sendiri?:P
hmm..dulu masa kat skola dah pernah buat tajuk ni, dan untuk topik yang baru nak tengok orang lain pula berdebat-tak sabar.
Post a Comment