Pengambilan Fasilitator bagi Tutorial Kursus SADN 1013 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 (TITAS) 1 bagi Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101).
Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar UUM yang berkelayakan untuk bertindak sebagai Fasilitator bagi Tutorial Kursus TITAS 1.
Syarat-syarat Permohonan
Terbuka kepada:-
1. Semua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang beragama Islam.
2. Status pelajar adalah masih aktif di UUM.
3. Telah mengambil kursus TITAS 1 dan mendapat Gred (B+) ke atas.
4. Mendapat PMK 3.00 ke atas.
5. Keutamaan diberikan kepada Pelajar yang pernah menjadi Fasilitator Kursus ini pada semester- semester yang lalu.
Imbuhan:-
1. Pembayaran Insentif sebanyak RM 200.00 bagi tempoh 10 minggu tutorial dan Surat Penghargaan akan diberikan kepada Fasilitator terlibat.
Permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh melalui cetakan borang permohonan dari fail attachment yang dihantar melalui alamat e-mail studnet@uum.edu.my atau melalui laman web (JHEA) http://uum.edu.my/hea/ yang terdapat dalam menu ”Download Form ” .
Borang permohonan yang telah siap diisi perlulah dihantar ke Unit Pengkuliahan, Logistik dan Pengijazahan, Jabatan hal Ehwal Akademik (JHEA).
Pegawai dihubungi : Pn. Hayati Jamali
Tel : 04- 928 3104
E-mail : tjamali@uum.edu.my
Satu sesi temuduga akan dilakukan oleh pihak sekretariat dan tarikh, masa serta tempat akan dimaklumkan kemudian.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Mei 2010.
Sekian.
notasaya: ada satu syarat tak lepas. haih. ada sikit keciwa. :(

0 komen best:
Post a Comment