Kata Mr. Adam, the biggest mistake of a manager is he or she does not know how to make decision.
But in term of NOW, saya rasa tak sedap hatilah. Kesilapan saya ialah tidak pandai berkomunikasi dengan baik dengan subordinate. Semalam saya memarahi seseorang dengan tidak sengaja. Setelah melihat raut mukanya yang berubah baru saya perasan yang cara saya menegurnya agak kasar. Mesti dia kecil hati dengan saya.
Tarikh program dah dekat, dan hati saya dilanda resah. Allah, ...
Kawan, nasihatilah aku.
Saya ingin mencatat pengalaman dan apa yang saya serap setakat ini, agar ia boleh menjadi panduan pada masa depan.
- Baru saya tahu, seorang pengarah program itu penuh dengan kerisauan tetapi dalam masa yang sama dia mesti berlagak relaks agar orang bawahannya tidak menggelabah sepertinya.
- Seorang ketua juga mesti tahu bagaimana menggunakan seni dalam berkata-kata. 'Art of Seducing', kata orang jawa.
- Setelah hampir sebulan, saya tidur dan makan sambil berfikir tentang projek dan tugasan. Dan, yang penting, saya terasa begitu dekat dengan Allah, kerana saya yakin, kelulusan dan kelancaran yang diperoleh semasa berurusan dengan manusia diperoleh dengan izin Allah sahaja.
- Kertas kerja saya begitu cepat diluluskan. Alhamdulillah.
- Menangis? Macam lumrah bagi beginner.
- Saya 'berbahas' dengan pengetua kolej kediaman pada kali pertama bertemu dengannya dalam meeting. Walaupun saya tidak menang, tetapi saya tak kalah.
- Projek pimpinan saya bertajuk 'Forum: Untung Tiada Rugi'. Jemputannya ialah Cikgu Azmi Bahari dan Prof Syukri bin Ahmad. Moderator, Shawal (ex-MPP). Ini bukan projek saya, tapi ini adalah projek bersama-sama. Program ini akan dijalankan seiring dengan 'Petro Open Day' pada 16 April, 9 malam.
- Program lagi satu ialah 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu', terbuka kepada semua pelajar. Projek ini anjuran Pusat Islam, dan saya berfungsi sebagai pengarah. Penyampai untuk projek ini ialah Tn. Hj. Rosdi bin Baharom, Pegawai HEP Kolej Terbaik Dunia (Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan). Untuk slot forum, panelnya, sekali lagi ialah Prof. Madya Dr Shukri bin Ahmad, dan, penel cadangan, Puan Maimunah, Pensyarah UUM. Moderator, Safwan. Program ini ialah sehari sebelum Forum Untung Tiada Rugi, iaitu pada 15 april, juga dijalankan di Dewan Ilmu DPP Petronas.
- Apa yang boleh saya katakan ialah seorang pengarah projek mesti makan untuk memperoleh tenaga. Kalau jatuh sakti nanti, semua kerja tak jadi.
- Untuk running projecy dan buat assignment pada masa yang sama, pastikan anda mendapat groupmate yang macam soulmate, saling memahami. Ia akan memudahkan kerja anda.
- Yang paling penting, bertawakkallah kepada Allah semasa berusaha, setiap masa. Doa itu sangat penting.
- Beritahu ibu dan abah anda yang anda sedang menerajui projek supaya mereka tak tertanya-tanya apakah sihat atau sakit anaknya yang jauh di perantauan, atau supaya mereka tidak merajuk dengan anda. Minta doa mereka, itu sangat penting.

0 komen best:
Post a Comment