Mungkin abah akan kejar saya dengan kayu kalau saya cakap dialog ini kat abah. Atau abah akan cool macam selalu. Entah, saya tak tahu. Saya tak pernah terfikir nak kahwin pada umur sekarang, sebab tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada hal-hal yang membawa saya kepada status 'wajib kahwin'. Buat masa ini lah, kan..
Bila ada kawan-kawan dan sepupu yang umur dah lebih 25 tahun tapi masih belum kahwin, saya tak cakap kata-kata galakan untuk dia kahwin cepat.. namun saya juga tak melekehkan dia. Sekurang-kurangnya dia bukan dalam golongan yang sedang bermaksiat (melakukan hubungan luar tabi'i atau sebagainya yang tak soleh). Bagi saya, tak ada istilah lambat atau cepat dalam perkahwinan, kerana jodoh telah ditentukan pada bila masanya. (namun mesti dengan usaha).
Lambakan novel cinta islamik di pasaran begitu menggalakkan. Begitu juga artikel-artikel di facebook, blog, majalah dan sebagainya. Begitu juga dengan filem. Ini perkembangan yang sangat baik, namun sebagai seorang yang dikurniakan akal, kita perlu bijak memilih. Kadang-kadang ada artikel yang tak dilingkungi batas syara' pun.. contohnya ada scene 'pandangan mata', 'bagi hadiah', 'kirim surat', dan sebagainya..
Hati-hati, kadang-kadang ada juga bahan-bahan bacaan ini menarik hati yang tak kisah tentang cinta muda-mudi untuk 'teringin' merasai keindahan cinta pastu mulalah teringin nak kahwin pada usia muda tanpa kenal hakikat cinta yang sebenarnya.
Cinta yang sebenar adalah cinta berlandaskan iman. Kalau hati dah suka tapi tak mampu (belum berkelayakan untuk nikah), sahabat-sahabat saya selalu berpesan agar perasaan itu tak diraikan.
Semakin kuat rasa suka pada orang, semakin kuat baca Qur'an. Semakin suka solat, semakin suka puasa. Nak cari ketenangan diri dan menahan gelora rasa dalam hati.
Apa yang saya pasti, kita hidup dalam cinta, dan dalam hidup ini, apa yang kita nak cari bukan cinta, tetapi kebahagiaan. Kebahagiaan yang hakiki ialah apabila Allah memasukkan kita ke dalam syurga dan mengizinkan kita melihat wajahNya. (Allah, iznkanlah kami mencapai kebahagiaan ini).
Seorang manusia yang paling derita di dunia akan dimasukkan Allah ke dalam syurga sekejap sahaja kemudian ditanya, "apakah engkau pernah merasai kesusahan di dunia?" lalu dia menjawab, "tidak, tak pernah", manakala manusia yang paling bahagia di dunia lalu dicampakkan ke dalam neraka selama sekejap sahaja lalu dipanggil semula dan ditanya, "apakah engkau pernah merasai kebahagiaan di dunia" dan dia akan berkata, "tidak, tidak pernah sama sekali".
Selangkah di syurga itu lebih baik daripada seluruh dunia dan seisinya, sedangkan dunia itu adalah satu-satunya makhluk yang Allah jadikan dan Allah tidak pandang lagi selepas itu (betapa busuknya dunia). Boleh rujuk Mukasyafah al-Qulb karya Imam al-Ghazali bab 'Kebusukan dunia'.
Konklusinya, kalau nak kahwin, pastikan faham kenapa. Kalau tak, lebih baik jangan selagi belum faham. (boleh baca 'Cinta di Rumah Hasan al-Banna', 'Aku Terima Nikahnya', 'Bercinta Sampai ke Syurga', 'Murabbi Cinta', Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul', dan, banyakkan hadir majlis ilmu).
p/s: kali pertama saya faham tentang kahwin kerana Allah ialah apabila mendengar cerita sahibah saya tentang isteri mujahid Palestin yang berkahwin kerana jihad. Ceritanya membuatkan saya benar-benar, jelas, dan amat faham tentang perkahwinan berlandaskan syara' dan kerana Allah semata-mata. Kahwin, adalah satu isu besar dalam kehidupan seorang muslim yang membuatkan saya tidak terlepas untuk terlibat sama membincangkannya. Kalau anda rasa anda muda lagi untuk tahu soal nikah-kahwin, mungkin anda silap. Sebab saya sendiri rasa masih muda untuk bincang soal kahwin :p (Rasa malu sebenarnya tulis post ni.. tapi... Allah izin~)

0 komen best:
Post a Comment