Sesekali mengeluarkan bahasa yang puitis, apa salahnya.. Kerana orang tiga suku pun mampu mengeluarkan bait-bait kata yang mampu menyentuh rasa. Saya masih ingat watak Mahyun dalam novel meniti kaca, ketika Nazar, anaknya datang melawat ke rumahnya di Tanjung Rambutan, dia bermadah;
Di sini bunga kembang tak jadi,
tanahnya batu,
bajanya rindu dendam berhari-hari...
Apa nak dirisaukan tentang rezeki,
apa gunanya pohon-pohon mengeluarkan buah,
ke mana perginya burung-burung berterbangan,
Semua itu kan kerja Allah...
Pakcik Rosdi selalu ditanya tentang bagaimana hendak menegur orang yang sedang melakukan dosa. Perasan saya, setiap kali program, mesti soalan ini timbul. Saya sendiri pernah bertanya soalan ini pada kak Husni. Jawapannya tidak lain ialah membina hubungan hati.
Hubungan hati, inilah perkara yang ramai orang terlepas pandang, termasuklah saya sendiri. Tidak ada short cut dalam pembinaan ini. Membina hubungan hati mempunyai step-step dan prosesnya tersendiri, ia hampir sama dengan step orang bercinta. Cuma entahlah, orang bercinta itu prosesnya begitu cepat kerana magnet yang wujud mempunyai arah kutub yang berlainan.
Mula-mula buat-buat tersalah nombor, atau bertanya jam pukul berapa, bertanya buku psikologi ada di rak mana, atau buat-buat terpijak kasut, terlanggar hingga terjatuh berselerak semua fail yang ada. Kreatif, macam Abbas as-Sissi. Kemudian bertanya soalan-soalan remeh seperti dia kuliah apa atau menegur tentang begnya adalah kesukaan kamu. Akhirnya bertanya nama dan bertukar nombor. Kemudian sesekali terjumpa ajak makan bersama. Lalu semasa mukanya berkerut-kerut selalu, mulalah bertanya apa masalahnya dan dia akan berkongsi. dannn seterusnya..
nampak macam mudah,memang mudah dan sangat mudah. Tapi ia adalah jalan cinta yang penuh dengan mujahadah. Juga muhasabah.
Kerana membina tak semudah meruntuhkan, kan?

0 komen best:
Post a Comment