Sunday, April 17, 2011

Post-mortem program

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 17, 2011
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Bismillahirrahmanirrahim. Entri ini adalah entri tentang post mortem dua program yang telah berakhir: Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu, dan juga Forum Untung Tiada Rugi.

Latarbelakang program:
1. Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu:
Program ini mula dicadangkan pada minggu pertama saya menjadi warga Petronas kepada Ustaz Yusnaidi, dimana Ustaz Yusnaidi mendekati saya pada malam program 'Malam Rapat Petro' kerana terlihat saya datang lewat semasa ikrar bersama roommate saya. Menyedari yang saya mendaftar dibawah Biro Kerohanian, Ustaz berpesan kepada saya agar membangunkan BKS DPP.. Pucuk dicita ulam mendatang, saya mencadangkan kepada ustaz untuk membuat program umum yang akan membawa kepada program susulan yang lebih khusus. Pada masa itu, masalah saya ialah tidak mempunyai manpower (anggota kerja).

Semangat saya agak pudar pada bulan 2 kerana terdapat masalah saya terpaksa mencari sendiri ahli jawatankuasa program. Namun, pada awal bulan 3, Encik Fadhli, sang murabbi memberi sedikit tolakan yang membuat saya terus berusaha dengan izin Allah. Allah telah menyusun saya untuk menghadiri Kursus Fasilitator Efektif dan Dinamik yang dipimpin oleh Kak Asma'. Di sana, saya bukan sahaja memperoleh banyak ilmu, tetapi juga sahabat-sahabat yang mempunyai jiwa yang ready, dan juga tersedia satu lagi tanggungjawab baru.

Allah telah menguji saya dengan begitu banyak barrier pada program ini. Perkara yang paling sulit ialah mendapatkan tarikh yang sesuai. Ya, bukan senang mendapatkan synchronization masa setiap orang, dari segi AJK, penceramah, penasihat, tempat, saya sendiri dan lain-lain. Jadi benarlah, segala yang berlaku itu memang benar-benarlah dengan izin Allah.

Kertas kerja saya dihantar pada penghujung Mac. Tak silap saya, 24 Mac. Dan ustaz menghantar permohonan kelulusan kepada Pusat Konvensyen pada 27 Mac. Permohonan ini diluluskan pada 29 Mac. Allah, mudahnya urusan!

Sepanjang mengendalikan perjumpaan-perjumpaan, semuanya baik-baik sahaja. Urusan mudah dan lancar, saya yakin Allah merestui program ini.. Promosi hanya bermula seminggu sebelum program, dan Allah izin lagi, saya dijemput menjadi AJK program Musabaqah al-Qur'an di Pusat Islam. Melihatkan ada beberapa program turut dijalankan di tempat yang sama, Ustaz menggalakkan saya untuk membuka meja promosi. Promosi pada hari tersebut telah membawa seramai 56 orang daripada peserta pada hari program. Allah!

Saya kagum dengan semangat dan kerjasama yang diberikan AJK pelaksana program yang dipilih Allah ini.. Saya yakin, meskipun ada yang menjadi AJK itu memberikan alasan-alasan, tidak datang meeting dan sebagainya, saya yakin, mereka hanyalah ujian-ujian yang Allah datangkan untuk menguji, sejauh mana saya mampu menahan gelodak marah dan sedih.

Target peserta pada awalnya ialah 200. Menyedari target ini tidak begitu SMART, seminggu sebelum program saya mengurangkan kepada 150 sahaja. Alhamdulillah, pada hari program, peserta yang datang ialah seramai 146 orang! Syukur, Allah telah memilih mereka.

Projek ini agak besar, sebenarnya. Ini kali pertama saya merancang program dan Allah telah mengizinkan ia lulus dengan bajet program sebanyak RM3538.

"Jika Allah mahu memberikan sesuatu kepada seseorang, maka, tidak akan ada tangan yang mampu menghalangnya. Jika Allah tidak mahu memberi sesuatu kepada seseorang, PASTI, tidak akan ada tangan yang dapat menghulurkan apa-apa kepadanya."

2. Forum Untung Tiada Rugi. 
Program ini sebenarnya dirancang bersama-sama dengan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu sebagai program susulan: pembinaan kefahaman, kemuadian membina kemantapan kendiri, kata Ustaz Yusnaidi.

Kali pertama saya menghubungi Exco Kerohanian DPP ialah pada 7 Mac, memberitahu idea tentang program. Beliau seterusnya meminta saya untuk membuat kertas kerja dan bajet. Allahuakbar, memang sebenarnya buat kertas kerja itu tidak ada yang susah, dengan izin Allah.

Cuma yang leceh bila bekerja dalam DPP ialah terlalu cerewet dan banyak birokrasi.

Pada waktu ditetapkan tarikh program pada 16 April, entah kenapa saya tenang sahaja, walaupun tarikh Seminar Cinta ialah pada 15 April. Mungkin saya telah mampu mengukur kebolehan diri dengan keizinan Allah, yakin dengan bantuan Allah, walaupun saya sedang sibuk dengan projek Warehouse.

Yang paling sedih ialah bajet dipotong oleh pihak opis, dari RM550 kepada RM 350. Dan paling mengejutkan ialah saya kena keluarkan duit sendiri sebagai duit pendahuluan. haha. Kakak saya jadi mangsa, sponsor duit.. ngeh ngeh ngeh. Sayang Kakngah.

Yang paling melelahkan ialah orang yang saya harapkan penting tidak dapat berfungsi sebagai penting untuk saya. Rupa-rupanya Allah ingin saya menganggap bahawa Dialah yang terpenting untuk saya yakini.

Saat yang paling genting ialah ketika saya didatangi minggu 'emosi'. Ah, memang menguji kesabaran. Kena tegur sedikit dengan Exco pun saya mudah sekali terasa hati. Tambahan lagi dengan beberapa tekanan kerja lain membuatkan saya memarahi setiausaha untuk perkara yang sangat remeh.

Program ini tidak begitu dirisaukan berbanding Seminar Cinta kerana Exco Kerohanian banyak memberi guidance, begitu juga dengan Kak Nurul dan Kak Lin, dan JKPS yang ikhlas memberi tunjuk ajar. Dan lagi, Forum ini ialah salahsatu daripada agenda Open Day Petro.

Tidak lupa untuk saya rakamkan mehnah yang dilalui. Perkara yang paling menguji saya ialah tidak dapat melawan kerenah seseorang. Saya berdebat dengan pengetua di hadapan mata orang, hanya kerana saya tidak ingin Rumah Hantu dijalankan semasa forum sedang berlangsung. Isu rumah hantu sahaja telah banyak mendidik saya tentang manusia. Akhirnya, saya tidak terus melawan, bukan kerana saya pasrah tetapi meneruskan dalam keadaan yang halus: Pakcik Rosdi berpesan, jangan dilakukan sesuatu kalau itu merugikan Islam. Dan, mengambil sirah Hasan al-Banna, beliau sendiri pergi ke pub-pub untuk menyebarkan dakwah dan mengingatkan manusia tentang ajal dan kematian. Allah. Banyak sekali yang Engkau ingin berikan pada jiwa yang kecil ini..

AJK yang paling saya ingat ialah Amirul: AJK makanan. Saya tersedar yang saya agak kasar menegurnya dalam meeting hanya kerana dia tidak update kepada saya tentang tempahan makanan. Dan saya perasan dia begitu 'funny' dalam menunjukkan aksi dan riak muka kerana entah takut atau segan atau malu.

Semasa sesi post-mortem,  saya memerhatikan AJK, seorang demi seorang. Tidak-ada seorangpun yang berkata tentang lelah dan letih. Cuma mereka ingin tahu tentang perasaan saya.

Perasaan saya yang ada hanyalah satu; CINTA. Rasa cinta ini telah memadamkan semuanya, kerana mereka telah membuatkan saya belajar banyak perkara.

Semuanya ini adalah tarbiyah.Kerana jalan ke syurga itu tidak ditaburi dengan bunga-bunga.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea