Showing posts with label program motivasi. Show all posts
Showing posts with label program motivasi. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Post-mortem program

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 17, 2011 0 komen best
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Bismillahirrahmanirrahim. Entri ini adalah entri tentang post mortem dua program yang telah berakhir: Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu, dan juga Forum Untung Tiada Rugi.

Latarbelakang program:
1. Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu:
Program ini mula dicadangkan pada minggu pertama saya menjadi warga Petronas kepada Ustaz Yusnaidi, dimana Ustaz Yusnaidi mendekati saya pada malam program 'Malam Rapat Petro' kerana terlihat saya datang lewat semasa ikrar bersama roommate saya. Menyedari yang saya mendaftar dibawah Biro Kerohanian, Ustaz berpesan kepada saya agar membangunkan BKS DPP.. Pucuk dicita ulam mendatang, saya mencadangkan kepada ustaz untuk membuat program umum yang akan membawa kepada program susulan yang lebih khusus. Pada masa itu, masalah saya ialah tidak mempunyai manpower (anggota kerja).

Semangat saya agak pudar pada bulan 2 kerana terdapat masalah saya terpaksa mencari sendiri ahli jawatankuasa program. Namun, pada awal bulan 3, Encik Fadhli, sang murabbi memberi sedikit tolakan yang membuat saya terus berusaha dengan izin Allah. Allah telah menyusun saya untuk menghadiri Kursus Fasilitator Efektif dan Dinamik yang dipimpin oleh Kak Asma'. Di sana, saya bukan sahaja memperoleh banyak ilmu, tetapi juga sahabat-sahabat yang mempunyai jiwa yang ready, dan juga tersedia satu lagi tanggungjawab baru.

Allah telah menguji saya dengan begitu banyak barrier pada program ini. Perkara yang paling sulit ialah mendapatkan tarikh yang sesuai. Ya, bukan senang mendapatkan synchronization masa setiap orang, dari segi AJK, penceramah, penasihat, tempat, saya sendiri dan lain-lain. Jadi benarlah, segala yang berlaku itu memang benar-benarlah dengan izin Allah.

Kertas kerja saya dihantar pada penghujung Mac. Tak silap saya, 24 Mac. Dan ustaz menghantar permohonan kelulusan kepada Pusat Konvensyen pada 27 Mac. Permohonan ini diluluskan pada 29 Mac. Allah, mudahnya urusan!

Sepanjang mengendalikan perjumpaan-perjumpaan, semuanya baik-baik sahaja. Urusan mudah dan lancar, saya yakin Allah merestui program ini.. Promosi hanya bermula seminggu sebelum program, dan Allah izin lagi, saya dijemput menjadi AJK program Musabaqah al-Qur'an di Pusat Islam. Melihatkan ada beberapa program turut dijalankan di tempat yang sama, Ustaz menggalakkan saya untuk membuka meja promosi. Promosi pada hari tersebut telah membawa seramai 56 orang daripada peserta pada hari program. Allah!

Saya kagum dengan semangat dan kerjasama yang diberikan AJK pelaksana program yang dipilih Allah ini.. Saya yakin, meskipun ada yang menjadi AJK itu memberikan alasan-alasan, tidak datang meeting dan sebagainya, saya yakin, mereka hanyalah ujian-ujian yang Allah datangkan untuk menguji, sejauh mana saya mampu menahan gelodak marah dan sedih.

Target peserta pada awalnya ialah 200. Menyedari target ini tidak begitu SMART, seminggu sebelum program saya mengurangkan kepada 150 sahaja. Alhamdulillah, pada hari program, peserta yang datang ialah seramai 146 orang! Syukur, Allah telah memilih mereka.

Projek ini agak besar, sebenarnya. Ini kali pertama saya merancang program dan Allah telah mengizinkan ia lulus dengan bajet program sebanyak RM3538.

"Jika Allah mahu memberikan sesuatu kepada seseorang, maka, tidak akan ada tangan yang mampu menghalangnya. Jika Allah tidak mahu memberi sesuatu kepada seseorang, PASTI, tidak akan ada tangan yang dapat menghulurkan apa-apa kepadanya."

2. Forum Untung Tiada Rugi. 
Program ini sebenarnya dirancang bersama-sama dengan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu sebagai program susulan: pembinaan kefahaman, kemuadian membina kemantapan kendiri, kata Ustaz Yusnaidi.

Kali pertama saya menghubungi Exco Kerohanian DPP ialah pada 7 Mac, memberitahu idea tentang program. Beliau seterusnya meminta saya untuk membuat kertas kerja dan bajet. Allahuakbar, memang sebenarnya buat kertas kerja itu tidak ada yang susah, dengan izin Allah.

Cuma yang leceh bila bekerja dalam DPP ialah terlalu cerewet dan banyak birokrasi.

Pada waktu ditetapkan tarikh program pada 16 April, entah kenapa saya tenang sahaja, walaupun tarikh Seminar Cinta ialah pada 15 April. Mungkin saya telah mampu mengukur kebolehan diri dengan keizinan Allah, yakin dengan bantuan Allah, walaupun saya sedang sibuk dengan projek Warehouse.

Yang paling sedih ialah bajet dipotong oleh pihak opis, dari RM550 kepada RM 350. Dan paling mengejutkan ialah saya kena keluarkan duit sendiri sebagai duit pendahuluan. haha. Kakak saya jadi mangsa, sponsor duit.. ngeh ngeh ngeh. Sayang Kakngah.

Yang paling melelahkan ialah orang yang saya harapkan penting tidak dapat berfungsi sebagai penting untuk saya. Rupa-rupanya Allah ingin saya menganggap bahawa Dialah yang terpenting untuk saya yakini.

Saat yang paling genting ialah ketika saya didatangi minggu 'emosi'. Ah, memang menguji kesabaran. Kena tegur sedikit dengan Exco pun saya mudah sekali terasa hati. Tambahan lagi dengan beberapa tekanan kerja lain membuatkan saya memarahi setiausaha untuk perkara yang sangat remeh.

Program ini tidak begitu dirisaukan berbanding Seminar Cinta kerana Exco Kerohanian banyak memberi guidance, begitu juga dengan Kak Nurul dan Kak Lin, dan JKPS yang ikhlas memberi tunjuk ajar. Dan lagi, Forum ini ialah salahsatu daripada agenda Open Day Petro.

Tidak lupa untuk saya rakamkan mehnah yang dilalui. Perkara yang paling menguji saya ialah tidak dapat melawan kerenah seseorang. Saya berdebat dengan pengetua di hadapan mata orang, hanya kerana saya tidak ingin Rumah Hantu dijalankan semasa forum sedang berlangsung. Isu rumah hantu sahaja telah banyak mendidik saya tentang manusia. Akhirnya, saya tidak terus melawan, bukan kerana saya pasrah tetapi meneruskan dalam keadaan yang halus: Pakcik Rosdi berpesan, jangan dilakukan sesuatu kalau itu merugikan Islam. Dan, mengambil sirah Hasan al-Banna, beliau sendiri pergi ke pub-pub untuk menyebarkan dakwah dan mengingatkan manusia tentang ajal dan kematian. Allah. Banyak sekali yang Engkau ingin berikan pada jiwa yang kecil ini..

AJK yang paling saya ingat ialah Amirul: AJK makanan. Saya tersedar yang saya agak kasar menegurnya dalam meeting hanya kerana dia tidak update kepada saya tentang tempahan makanan. Dan saya perasan dia begitu 'funny' dalam menunjukkan aksi dan riak muka kerana entah takut atau segan atau malu.

Semasa sesi post-mortem,  saya memerhatikan AJK, seorang demi seorang. Tidak-ada seorangpun yang berkata tentang lelah dan letih. Cuma mereka ingin tahu tentang perasaan saya.

Perasaan saya yang ada hanyalah satu; CINTA. Rasa cinta ini telah memadamkan semuanya, kerana mereka telah membuatkan saya belajar banyak perkara.

Semuanya ini adalah tarbiyah.Kerana jalan ke syurga itu tidak ditaburi dengan bunga-bunga.

Saturday, January 23, 2010

they under estimate me!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 23, 2010 0 komen best
Aku baru saja sampai ke UUM pukul 6.30 petang tadi dari program di Sedim.

Dalam program ni, aku berperanan sebagai fasilitator kepada peserta. Walaupun program bermula pada petang 21 Januari (Khamis), tapi tugas aku sudahpun bermula 2 minggu sebelum program. Untuk kali ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan ini melibatkan orang lain juga. Terutamanya kelas, dan ko-k. Aku miss 2 kelas pada hari khamis, iaitu Sains Pemikiran dan Etika dan subjek feveret aku, Marketing Principle.Untuk ko-k, sepatutnya harini aku ada kawad, tapi kawad ini akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sebabnya, markah sesi latihan kawad mempunyai pembahagian sebanyak 15%.  Assignment kumpulan yang sepatutnya aku hand on sendiri pada pensyarah terpaksa aku serahkan kepada Rezzal yang besusah-payah melengkapkan kekurangan yang aku dah buat , dan paling penting, 'take-home' exam Kenegaraan Malaysia aku yang mempunyai pembahagian 10% terpaksa minta kawan aku, Azma hantarkan. Report Spring Wonderland terpaksa suruh Kai Yun, ketua biro print sendiri walaupuntu tugas akusebagai setiausaha. Terima kasih untuk semua yang sudi berkorban untuk aku.

Nama program ni, "Transformasi Kecemerlangan Akademik". Aku pun taklah terer sangat untuk bantu peserta dalam proses transformasi, tapi bak kata Encik Norizan, moderator program, kita tak boleh nak bagi semuanya dalam masa yang singkat, tapi kita bantu menunjukkan jalan kepada mereka. Dengan aku sekali rasanya transform, sebabnya yang terlibat memberi talk untuk meningkatkan semangat peserta program ni bukanlah calang-calang orang..

Program bermula dengan ice-breaking, peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan mengikut tarikh lahir. Ada peserta yang kenal aku, dan ada senior yang tahu aku lebih muda dari mereka. Ini membuatkan aku gelabah sikit pada mulanya, terutama apabila ramai yang mempersoalkan umur dan semester aku. Waktu fasilitator memperkenalkan diri, kami dikehendaki memberiahu nama, asal, program pengajian dan umur. Bila sampai waktu memberitahu umur, aku katakan yang umur aku 20. Terus saja bunyi2 rasa terkejut keluar dari hampir 190 peserta..Aku tak mahu menipu, walaupun risikonya aku akan dipandang rendah oleh peserta yang berumur lebih tua. (umur diorang dalam range 20-25).

Memang ada yang tak mahu dengar cakap apabila aku mengeluarkan arahan, tetapi cumalah segelintir sahaja. Itupun cuma dari pihak lelaki. Memang kekok rasanya membahasakan diri sebagai 'kakak' kepada 'adik-adik', tapi bila membahasakan diri sebagai 'kakak' memberikan aku keyakinan yang mereka memang 'adik-adik' yang perlu diberi arahan sebagai bimbingan dan memudahkan urusan. Alhamdulilah, tak sampai sehari, entah bila akupun tak perasan, tapi mereka menerima perkataan panggilan 'adik' dari aku dengan mudah dan cepat. Peserta lelaki juga memanggil aku 'kakak'.

Waktu aktiviti yang paling ketara memerlukan bantuan fasi ialah ketika aktiviti rafting, absailing dan flying fox. Aku bantu menguruskan aktiviti absailing, dan pengalaman 'wall climbing' membantu aku untuk membantu peserta memakai pengikat khas untuk absailing. Kata Kak Asmah (pegawai Kaunseling COB), aku dilarang oleh abang2 fasi untuk manage rafting. haha. Aku pun tak pasti atas alasan apa. Aku perempuan terakhir yang melakukan absailing...walau macammana yakin pun aku pada diri, aku tetap berdebar tatkala berada di puncak untuk terjun..

Tips-tips yang Abang Asyraf (kaunselor pelatih) beri bila aku tanya bagaimana untuk menghadapi perasaan inferior tatkala menghadap 'adik-adik', katanya;
  • pertama sekali, baca bismillah. Mulakan dengan al-Fatihah
  • kedua, eye contact. Pastikan mereka mendengar arahan dan kata-kata kita dengan memandang ke muka. Kalau kita sendiri yang tak memandang mereka, mesej yang nak dikatakan mungkin tak sampai.
  • ketiga, pastikan kumpulan berada dalam keadaan bulat, dengan lutut berlaga dengan lutut supaya mudah mesej sampai kepada yang berada di dalam kumpulan.
  • Bahasakan diri 'kakak' atau 'abang' walaupun kita lebih muda, supaya mereka merasakan kita adalah orang yang dapat membantu dan berkongsi.
  • gunakan ayat pelemah.

Sebenarnya, taklah susahpun nak ubah persepsi dan fikiran 'underestimate' orang pada kita. Yang penting kita tak under estimate diri sendiri, barulah kita nampak apa potensi yang ada pada diri kita. Bersangka buruk pada orang lain adalah satu kesilapan besar, sebabnya kita tak melihat kebaikan seseorang dari sudut yang lain.

Minta maaf pada ibu, abah, Kai Yun, dan yang lain-lain sebab missed call aku banyak kali, tapi tak berangkat sebab bateri aku kong [charger aku tertinggal kat rumah orang]. Terima kasih pada Kak Asmah, Kak Ida, pak cik driver bas, Abang Faizal, Abang Nik, Firdaus, Suhaimi, Fazmi, Kak Aimi, Kak Jamiah, Kak Ijan, Kak Peanut, Abang Asyraf dan semua peserta yang banyak memberi peluang untuk aku belajar. Semoga Allah membantu kita memperbaiki diri. [aku pun nak transform towards a better person!] =)

Monday, January 18, 2010

Program Mahasiswa Robbani

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 18, 2010 6 komen best
Semalam aku sampai ke bilik beberapa minit selepas pukul 1.

Pada 16-17 Januari yang baru berlalu ini, Haluan Siswa telah menganjurkan program Mahasiswa Robbani yang bertempat di Pulara Resort, Taiping, Perak. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membina tautan-tautan hati dan mengeratkan silaturrahim antara peserta, di samping membentuk jiwa-jiwa robbani..

Sebelum ini aku ada mempromosikan program ini di blog ini, di bahagian header. Dan penyertaan dari UUM termasuk aku adalah 4 orang, dan hasrat melihat penyertaan dari sahabat dari UUM tidak tercapai.

Itu secara konkrit sahaja. Secara abstraknya, jauh di sudut hati, program ni banyak memberi ilmu dan pengalaman buat aku. Pada aku, program ni telahpun berjalan seawal aku mencari peserta dan mencari jalan tentang urusan pengangkutan.Pengangkutan ditaja oleh akh Fadhli, dan pemandu diimport dari KUIN. Terima kasih dan Jazakillah buat Kak Aisyah.. =) Ada rezeki nanti aku ambil lesen, Insya-Allah..

Pengisian program kali ni penuh, dan banyak input yang aku peroleh. Belajar dari kesilapan, aku tak tidur masa program..alhamdulillah... coz masa kat Mar'ah, buat rugi je aku ter-'syahid' masa program, jadi banyak pengisian yang aku 'tak dapat'.. masa kena say something untuk kalimah akhirah, aku tak sedia, jadi aku rasa macam cara aku cakap macam kasar je.. bila dah duduk, baru aku rasa ada yang aku nak ucapkan..hmm..

 Masa kat program aku banyak bercakap..[hakikatnya aku memang perempuan yang banyak cakap, okeh] dan aku teringat juga yang suatu hari nanti akan tiba masanya kita diuji dengan kata-kata kita sendiri..  Semoga pada waktu tu, Allah bantu aku untuk mengingatkan aku tentang kata-kata aku..

Seronok sangat program kali ni, terlalu pantas masa berlalu. Apa yang bestnya, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa aku dah kenal erti ukhuwwah, dan aku teringin nak kongsi perasaan tu..

Waktu jungle tracking, aku digigit pacat. Selama ni aku rasa geli dengan pacat, dan makhluk-makhluk yang seangkatan: ulat bulu, ulat beluncas, gonggok, lipan, lintah.. tapi rupa-rupanya digigit lintah bukanlah hal yang menyakitkan..sedar-sedar je lipan tu dah takdek..mesti dia sangat kenyang makan darah aku..hehe..

Hari kedua kami kena duduk dalam air sungai selama satu jam..dengan sangat sejuk..baca al-ma'thurat.. Bukan disebabkan tak bangun, tapi memang ada dalam perancangan. Kalut juga masa diberitahu tu.. Selepas tu, ada kalimah akhirah..dalam kalimah akhirah tu, ada disebut tentang suruhan membina istijam, iaitu keserasian dengan jiwa supaya kita tidak kekok, tak menjadi dagang dan pelik dengan Islam. Waktu ni, aku sangat teringatkan tugas aku sebagai seketariat Kaunseling.. naluri aku mengatakan yang keputusan aku menyertai seketariat ini di luar kesukaan Islam..Aku bertanya pendapat akh Fadhli, dan katanya bagus menyertai seketariat kaunseling, cuma aku akan melalui keadaan-keadaan yangaku t ak suka.. mungkin sebab tu, aku rasa tak senang dengan keputusan aku sendiri. Betul, akan sampai masanya aku diuji dengan kata-kata aku sendiri..

Program dah berakhir, bermakna suatu waktu telah berlalu.Kalau aku hanya soleh masa program je, program telahpun berlalu. Tapi kalau aku soleh kerana Allah, Allah akan membantu aku untuk istiqamah.

Aku amat mengharapkan pengertian Robbani terserap ke dalam jiwa ini..

Wednesday, October 07, 2009

bila hati terluka

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 07, 2009 4 komen best
dekat-dekat nak exam, emosi selalu down kan.

perasaan sedih selalu membuat aku melakukan hal-hal yang luarbiasa sikit daripada biasa. kalau geram dan marah aku pegi basuh baju, kalau sedih aku pegi bilik orang, study. dan bila tak bersemangat, aku akan telefon orang-orang yang inspiring untuk memperoleh sedikit nasihat dan pembakar semangat.

semalam aku menghadiri seminar 'menjadi perundingcara yang unggul dan sedikit wacana ilmu'. sebenarnya seminar ini, walaupun terbuka untuk semua tetapi ia khusus ditujukan buat pelajar bidang pure counselling dan sains kaunseling. aku diajak oleh seorang senior, jadi aku pergi. sebenarnya aku perlu memilih antara dua acara pagi semalam, sama ada menghadiri 'coconut day' anjuran DPP EON yang meriah dengan games dan acara-acara menarik, atau menghadiri seminar/ceramah ni. so..buat apa coconut day..

banyak ilmu yang aku serap daripada encik penceramah dari UWAIS Consultant nih. ilmu paling berguna adalah tentang mengubah persepsi, merombak cara berfikir dan menukar masalah menjadi peluang. Aku agak terpana dengan game 'mari menaiki kapal terbang'. game ni menyedarkan aku yang manusia sentiasa cenderung memandang masalah sebagai makanan rutin, sedangkan peluang luas terbentang. selama ni aku tahu peluang ada, tapi tidak tahu bagaimana mewujudkan dimensinya di celah-celah masalah rumit.

muqadimahnya juga amat membuka hati, beliau membacakan surah As-Syams, 1-10, dan menghurainya satu demi satu. dalam surah ini, Allah menyumpah tujuh hamba-Nya: matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa. dalam tujuh hamba Allah ini, enam yang lain tidak pernah gagal melaksanakan tugasnya. adakah yang ketujuh itu melestarikan amanah Allah? hmmm...

setujukah dengan fungsi hati untuk berfikir? ini juga salahsatu perkara yang baru sahaja aku pelajari semalam.

tentang menjadi perundingcara, model yang digunakan UWAIS Consultant, aku dapati ada sedikit kelainan berbanding consultancy yang lain. dan aku pun ada juga cita-cita nak buka consultancy, buat membuka peluang kerja kepada masyarakat, dan memberi bantuan kepada yang memerlukan nasihat dan rundingan. hehe..since i'm not yet somebody, my mind can force myself to be anybody, even just virtually and not in reality. ekeke. :)

encik penceramah sedikit sebanyak membuka minda aku untuk menjadi penasihat buat diri sendiri juga :)
ceramahnya sampai tengah hari, pukul satu. mengisi masa dengan hal yang sibuk membuat kita terlupa tentang hal yang menyakitkan hati.

memaafkan adalah yang terbaik.

"pakaian yang paling cantik dan takkan lusuh sehingga kiamat adalah hati yang baik"

bila hati terluka: pergilah cari minyak gamat atau plaster..aduiai..itupun nak kena ajar ke? bengal ke hape? ekkeke. hehei. orang yang pandai mencari bahagia pun akan rasa gusar juga dengan sekeping hati yang tercalar...

Saturday, September 12, 2009

Laporan majlis iftar jamaie di Ko-Insan, Alor Star, Kedah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 12, 2009 0 komen best
  • Aktiviti: majlis berbuka puasa, solat maghrib, isya’ dan tarawikh berjemaah serta qiamullail
  • Anjuran: HALUANSISWA Zon Utara
  • Tempat: Ko-Insan, Alor Star, Kedah (Sekolah Rendah Ummi (SeRU))
  • Tarikh: 11-12 September 2009
  • Kehadiran: 47 orang

Pada 11 september 2009, HALUANSISWA Zon Utara telah menganjurkan majlis iftar jama’ie bertempat di Ko-Insan, Alor Star, Kedah. Tentatif program ini ialah majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib, Isya, dan tarawikh secara berjemaah, serta qiamullail. Majlis ini telah dihadiri oleh 47 orang muslimin dan muslimat daripada pelbagai institusi pengajian di bahagian utara semenanjung Malaysia, iaitu KTDN, UUM, USM, KUIN dan Qasah MATRI.

Majlis bermula dengan ketibaan hadirin bermula sebelum 7.00 petang, 11 September. Namun begitu, peserta dari USM, Pulau Pinang tiba selepas Maghrib. Setelah berbuka dengan jamuan ringan, hadirin bersolat maghrib kemudian barulah menjamu selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk. Setelah itu, hadirin menunaikan solat isya, bertarawikh dan solat sunat witir berjemaah.

Majlis diteruskan dengan sesi ta’aruf, iaitu sesi perkenalan sesama peserta. Hadirin perlu memperkenalkan nama, maksud nama, asal dan institusi pendidikan. Sesi ini memberi peluang kepada hadirin untuk memperkenalkan diri masing-masing di samping mengenali peserta lain. Ta’aruf amat penting dalam membina ukhuwah sesama insan. Sesi ini hanya mengambil masa 30 minit, kemudian pada 10.30 malam diadakan pula sesi bersama Cikgu Azmi. Cikgu Azmi memberi tazkirah tentang kepentingan takwa, pentafsiran ketuhanan tidak dengan kemanusiaan, tentang galakan mencontohi ibadah para sahabat serta kepentingan ibadah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan demi mencari malam lailatul qadar, iaitu malam yang lebih baik berbanding ibadah dalam seribu bulan. Cikgu Azmi merupakan seorang pendidik di MATRI, Beseri, Perlis.
Setelah itu, majlis diteruskan oleh Encik Fadhli bin Mohd Diah yang memberi penerangan kepada hadirin serba sedikit tentang HALUAN, HALUANSISWA, dan HALUANSISWA Zon Utara dari segi tujuan, objektif dan halatujunya. Sesi ini berakhir pada jam 11.30 malam.

Setelah berkemas dan bersiap, iaitu menyusun atur semula peralatan di madrasah Ummi, hadirin mula meninggalkan SeRU menuju ke Masjid Zahir yang terletak di pusat bandar Alor Star untuk beriktikaf dan qiamullail. Namun terdapat sedikit masalah bagi pihak muslimat dimana pihak masjid tidak dapat membenarkan peserta muslimat masuk ke dalam masjid bahagian muslimat, atas sebab tidak memohon kebenaran awal. Setelah perbincangan dan musyawarah, peserta muslimat berkeputusan untuk bermalam di SeRU.

Program qiamullail bermula pada pukul 3.30 pagi. Peserta muslimin ikut serta program qiamullail yang dianjurkan oleh pihak Masjid Zahir, manakala peserta muslimah tiba di masjid pada pukul 4.15 pagi dan terus ikut serta solat sunat tasbih yang sedang ditunaikan secara berjemaah. Program Qiamullail ini dimulai dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat diikuti dengan solat sunat tasbih secara berjemaah yang diimamkan oleh imam Masjid Zahir. Kemudian, para peserta ikut bersahur bersama jemaah masjid yang lain. Hidangan sahur ini disediakan oleh pihak Masjid Zahir.

Peserta program iftar jama’ie bersurai setelah bersolat jemaah bersama-sama jemaah masjid. Semoga program perkampungan ibadah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan semoga ukhuwwah yang terbina tidak terhenti begitu sahaja, malah dipereratkan lagi.

Disediakan oleh;
(NORASHIKIN RAHMAT)
Setiausaha,
HALUANSISWA Kedah.

Monday, August 17, 2009

beyond the limit: 1st class student di Pulau Perhentian

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 17, 2009 2 komen best
saye dah balikk!! hehehh..
aku baru saja tiba dari perjalanan yang panjang ke UUM tercinta inipada pukul 3.33 pagi ini. taklah terasa penat sangat sebab dah agak puas juge tido dalam bas tadi. sepanjang perjalanan, dari hari pertama, segala macam hal yang berlaku. tak sabar rasenye nak hapdet blog nih. berikut merupakan tentatif program kat Pulau Perhentian.

13 Ogos:
9.30 pm: bertolak dari UUM
11.00pm: berhenti di Hentian Rehat (kat mane entahh..)

14 Ogos:
5.30 am: tiba kat sebuah masjid.
7.00 am: tiba di jeti
9.30 am: naik bot bertolak ke Pulau Perhentian
12.00pm: check in bilik, lunch.
2.00 pm: snorkelling
6.00 pm: balik, makan
8.00 pm: PDK1 (program dalam kumpulan)

15 ogos:
12.00am: tido
kul 1am: kejutann
3.oo am: tido
9.oo am: breakfast n body stretching
10.ooam: Jungle Tracking
1.00 pm: lunch
2.oo pm: PDK 2
5.00 pm: senamrobik
7.00 pm: mandi&solat
8.00 pm: PDK 3

16 ogos:
12.00am: tido.
8.00 am: breakfast
9.00 am: majlis penutup
11.00am: serah kunci
12.00pm: naik bas
3.50 pm: tiba di Rantau Panjang
6.10 pm: bertolak balik

sepanjang perjalaan, macam-macam hal berlaku pada aku. telur pecah, purse hilang.. dalam tu banyak barang penting : ic, kad matrik, kunci bilik, pendrive, atm2 card ngan dwet..ohoh..kalau dah Allah nak uji. mau bagaimana lagi?...

program ni amat best! paling seronok snorkelling walaupun aku muntah2 sebab tak tahan bau petrol bot. cantik sangat ciptaan Tuhan..tengok laut macam dalam tv..ekeke..cuma tak jumpa la tempat macam Bikini Bottom dalam cter Spongebob.. aku nak terlemas juge mase snorkelling tu..benci betul dengan google pelik itu. asik masuk air saje..snorkelling kat beberapa tempat, dapat tengok penyu :) ikan2 pun shhaaantikk sangat.. tapi bila nak tangkap die lari2 plak. then paling mengejutkan malam pertama kat situ ade la plakk program burung hantu.. jungle tracking plak conducted by Pak Su, selain tengok alam ciptaan Tuhan yang indah ni, keje aku bergambar jelahh..hehe.. Pak Su jalan tak pakai selipar pun..lexx je evendoe umur dah 50.. dia slalu pesan kat aku n diorang sume suro belaja baik-baik..katanya, bukan senang nak senang..

program dalam kumpulan: bridge, leadership&teamwork: amat berguna buat aku yang sedang membina sifat seorang ketua dalam diri. paling best mase buat bridge, tak pernah aku terfikir nak buat bridge dari kertas then kas guli berpusing atas tu. macam track hot wheel..hehe. tapi group aku tak mendapat tempat terbaik sebab aku rasa ada kelemahan dari segi kepimpinan dan sedikit dari segi kerjasama. even mase buat persembahan, nak prepare untuk present pun ada ketidak-synchronize di situ. but, everything goes well with teammates..alhamdulillah..

sepanjang program, kami ada barang amanah yang perlu dijaga iaitu sebiji telur dan sebatang spaghetti. apa yang berlaku ialah telur amanah aku terpecah pada pagi hari jumaat. really feels bad. at the end, hari terakhir, cuma beberapa orang saje yang barang amanahnya masih bertahan. jadi kami kena denda. dendanya, buat ayat tidak lebih 20 perkataan dan semua perkataan mesti bermula dengan huruf 's'. ayat aku:
Sally Said She Sick Sucking Straw. She Sew Silk, Stitching Something, Sketching Someone's Sketch, So Shes Sleepless.
haha. aku tak dapat fikir ayat bahasa melayu, jadi aku buat bahasa Inggeris.

all the facis really helpful and friendly. merekalah orang yang banyak membantu, mengambil berat dan memberi bantuan. aku amat suka dengan pegawai kaunseling, Puan Asmah. her words really motivate me, orangnya tenang-tenang je... dan a special big thanks to Kak Rin my roommate, Kak Aida, Kak Yana, Kak Su n Kak Ila yang sangat baik hati n caring, stick to me like kembar siam n help me in every single thing. terima kasih juge buat abang Shafiq n abang Adib yang sentiasa tanya whether aku ok@tak, kasi aku obat n balm.

masa berhenti di Rantau Panjang, ada banayk foods yang tak berlabel. aku tanya makcik penjual: "dijamin halal ke ni makcik? makcik buat sendiri?" makcik cakap: "taklah aihh..ni suma beli..halal ni dikk.." aku tanya: "ni orang Melayu kite ke buat, makcik?" makcik cakap: "taklah dikk..campur-campur le..." hmm....aku agak tak berpuas hati di situ. aku tak puas hati dengan satu hal lagi dimana food kat gerai yang kami berhenti makan amat mahal, tapi peserta sekalian hanya mumbling n cakap-cakap belakang je. aku tak makan sebab kurang sihat, jadi aku hanya mendengar cakap-cakap orang. aku katakan pada encik fasi: inilah sebab orang kita susah nak maju. rezeki tak berkat, pijak bangsa sendiri. thats why gerai dia takleh nak upgrade pun....

apa yang aku dapat dari program ni bukan saja merelease tension, pengisian program atau apepun, tapi ukhuwah yang terjalin sesama peserta. thanks to UUM!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea