Showing posts with label pelajar dan HEP. Show all posts
Showing posts with label pelajar dan HEP. Show all posts

Monday, September 27, 2010

inspirasi - meeting someone special

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 27, 2010 1 komen best
"A wise person is not someone who can give
the right answer,
but someone who can throw
a good question"- Prof Azizi.

Saya suka jumpa prof Azizi. Walaupun sibuk dengan pelbagai beban kerja dekan, tapi bila saya datang ke pejabatnya, dia sentiasa terbuka dan sudi meluangkan masa. Saya suka dengar kata-katanya, dan seorang mentor dan pemberi motivasi yang baik. Dia suka berbincang tentang sesuatu yang buat saya berfikir. Katanya;

"Sampai satu tahap dalam kehidupan ni, kita akan terfikir bahawa melontarkan soalan itu menjadi lebih susah berbanding menjawabnya".

Saya pun ada target sepertinya. Tak silap saya, prof mendapat gelaran prof madya pada umurnya 30-an, dan gelaran prof pada usia 40. Testimoni daripada pensyarah lain bila saya mention prof Azizi adalah pensyarah SDG saya, kata mereka: 'He is a very hardworking man'.

Pelajar UUM, sesiapa yang ada kesempatan, ambillah peluang untuk bertemu orang yang tidak dapat kita temui di jalanan ini: bukan mudah untuk mengutip ilmu daripada seorang yang hebat. Kita suka nak sibuk mengambil kata-kata falsafah Barat, padahal kata-kata itu boleh diperoleh daripada orang yang dekat kefahamannya dengan kita.

"Jadilah orang yang berfikir!"
Photobucket

Saturday, January 23, 2010

they under estimate me!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 23, 2010 0 komen best
Aku baru saja sampai ke UUM pukul 6.30 petang tadi dari program di Sedim.

Dalam program ni, aku berperanan sebagai fasilitator kepada peserta. Walaupun program bermula pada petang 21 Januari (Khamis), tapi tugas aku sudahpun bermula 2 minggu sebelum program. Untuk kali ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan ini melibatkan orang lain juga. Terutamanya kelas, dan ko-k. Aku miss 2 kelas pada hari khamis, iaitu Sains Pemikiran dan Etika dan subjek feveret aku, Marketing Principle.Untuk ko-k, sepatutnya harini aku ada kawad, tapi kawad ini akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sebabnya, markah sesi latihan kawad mempunyai pembahagian sebanyak 15%.  Assignment kumpulan yang sepatutnya aku hand on sendiri pada pensyarah terpaksa aku serahkan kepada Rezzal yang besusah-payah melengkapkan kekurangan yang aku dah buat , dan paling penting, 'take-home' exam Kenegaraan Malaysia aku yang mempunyai pembahagian 10% terpaksa minta kawan aku, Azma hantarkan. Report Spring Wonderland terpaksa suruh Kai Yun, ketua biro print sendiri walaupuntu tugas akusebagai setiausaha. Terima kasih untuk semua yang sudi berkorban untuk aku.

Nama program ni, "Transformasi Kecemerlangan Akademik". Aku pun taklah terer sangat untuk bantu peserta dalam proses transformasi, tapi bak kata Encik Norizan, moderator program, kita tak boleh nak bagi semuanya dalam masa yang singkat, tapi kita bantu menunjukkan jalan kepada mereka. Dengan aku sekali rasanya transform, sebabnya yang terlibat memberi talk untuk meningkatkan semangat peserta program ni bukanlah calang-calang orang..

Program bermula dengan ice-breaking, peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan mengikut tarikh lahir. Ada peserta yang kenal aku, dan ada senior yang tahu aku lebih muda dari mereka. Ini membuatkan aku gelabah sikit pada mulanya, terutama apabila ramai yang mempersoalkan umur dan semester aku. Waktu fasilitator memperkenalkan diri, kami dikehendaki memberiahu nama, asal, program pengajian dan umur. Bila sampai waktu memberitahu umur, aku katakan yang umur aku 20. Terus saja bunyi2 rasa terkejut keluar dari hampir 190 peserta..Aku tak mahu menipu, walaupun risikonya aku akan dipandang rendah oleh peserta yang berumur lebih tua. (umur diorang dalam range 20-25).

Memang ada yang tak mahu dengar cakap apabila aku mengeluarkan arahan, tetapi cumalah segelintir sahaja. Itupun cuma dari pihak lelaki. Memang kekok rasanya membahasakan diri sebagai 'kakak' kepada 'adik-adik', tapi bila membahasakan diri sebagai 'kakak' memberikan aku keyakinan yang mereka memang 'adik-adik' yang perlu diberi arahan sebagai bimbingan dan memudahkan urusan. Alhamdulilah, tak sampai sehari, entah bila akupun tak perasan, tapi mereka menerima perkataan panggilan 'adik' dari aku dengan mudah dan cepat. Peserta lelaki juga memanggil aku 'kakak'.

Waktu aktiviti yang paling ketara memerlukan bantuan fasi ialah ketika aktiviti rafting, absailing dan flying fox. Aku bantu menguruskan aktiviti absailing, dan pengalaman 'wall climbing' membantu aku untuk membantu peserta memakai pengikat khas untuk absailing. Kata Kak Asmah (pegawai Kaunseling COB), aku dilarang oleh abang2 fasi untuk manage rafting. haha. Aku pun tak pasti atas alasan apa. Aku perempuan terakhir yang melakukan absailing...walau macammana yakin pun aku pada diri, aku tetap berdebar tatkala berada di puncak untuk terjun..

Tips-tips yang Abang Asyraf (kaunselor pelatih) beri bila aku tanya bagaimana untuk menghadapi perasaan inferior tatkala menghadap 'adik-adik', katanya;
  • pertama sekali, baca bismillah. Mulakan dengan al-Fatihah
  • kedua, eye contact. Pastikan mereka mendengar arahan dan kata-kata kita dengan memandang ke muka. Kalau kita sendiri yang tak memandang mereka, mesej yang nak dikatakan mungkin tak sampai.
  • ketiga, pastikan kumpulan berada dalam keadaan bulat, dengan lutut berlaga dengan lutut supaya mudah mesej sampai kepada yang berada di dalam kumpulan.
  • Bahasakan diri 'kakak' atau 'abang' walaupun kita lebih muda, supaya mereka merasakan kita adalah orang yang dapat membantu dan berkongsi.
  • gunakan ayat pelemah.

Sebenarnya, taklah susahpun nak ubah persepsi dan fikiran 'underestimate' orang pada kita. Yang penting kita tak under estimate diri sendiri, barulah kita nampak apa potensi yang ada pada diri kita. Bersangka buruk pada orang lain adalah satu kesilapan besar, sebabnya kita tak melihat kebaikan seseorang dari sudut yang lain.

Minta maaf pada ibu, abah, Kai Yun, dan yang lain-lain sebab missed call aku banyak kali, tapi tak berangkat sebab bateri aku kong [charger aku tertinggal kat rumah orang]. Terima kasih pada Kak Asmah, Kak Ida, pak cik driver bas, Abang Faizal, Abang Nik, Firdaus, Suhaimi, Fazmi, Kak Aimi, Kak Jamiah, Kak Ijan, Kak Peanut, Abang Asyraf dan semua peserta yang banyak memberi peluang untuk aku belajar. Semoga Allah membantu kita memperbaiki diri. [aku pun nak transform towards a better person!] =)

Wednesday, July 29, 2009

suara siswa: HEP vs Siswa?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 29, 2009 0 komen best
semalam petang aku ke Pulau Pinang. atau lebih spesifiknya Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. satu bas UUM ke sana bagi mengikuti siaran langsung Suara Siswa yang bertajuk HEP vs Siswa. dalam satu bas, selain ahli MPP, aku tidak pasti ada pelajar semenanjung ikut serta. aku dikelilingi orang sabah. walaupun aku masih di semenanjung, cuma aku seorang bukan orang sabah. lucu juga..ekeke.

HEP vs siswa. oleh sebab aku tak sempat jadi ahli panel semalam, aku nak melontarkan sedikit pendapat di sini.

sejak aku kecil, bersekolah rendah sehingga aku menjejakkan kaki ke UUM, peranan dan jasa HEP memanglah teramat banyak. selalunya individu berjawatan GPK HEP atau penolong pengetua HEP adalah manusia yang paling dekat dengan pelajar. peranan HEP cukup terserlah semasa aku di MRSM. siapa lagi yang menguruskan biasiswa caruman, permohonan cuti, perpindahan MRSM dari mrsmkk ke mrsm muar, dari mrsm muar ke mrsm serting kalau bukan bahagian HEP? sememangnya HEP memang dekat dengan pelajar. tak dinafikan, peranan HEP di universiti lebih luas berbanding di sekolah. tapi bezanya tidak banyak. tujuannya pasti untuk kebajikan pelajar. kalau tidak ada HEP, tentu kebajikan pelajar tidak diambil peduli, terabai, atau tidak terurus.

aku tidak pasti kenapa HEP dikatakan mengongkong. mungkin aku masih baru di universiti, jadi tidak nampak apa-apa yang tidak betul. maklum, kacamata manusia selalu mencari yang salah. universiti bukan sekolah, jadi pelajar universiti bukan pelajar sekolah. adanya sekatan-sekatan atau prosedur tertentu dalam melaksanakan sesuatu permohonan bagi aku adalah biasa. biarlah pelajar terasa susahnya mendapatkan sesuatu, barulah sesuatu yang diberikan oleh pihak HEP dihargai dengan baik. memanglah susah dalam melakukan sesuatu permohonan, tapi kalau betul, benar-benar mahu, pasti dapat. yang penting usaha tanpa putus asa. sebagai pelajar universiti dan bukan pelajar sekolah, fikir dengan baik-baik dan faham kenapa aku katakan begini. HEP telah banyak memberi, dan kita sebagai pelajar banyak menerima saja. sepatutnya kita harus ada give and take.

tapi, kalau tidak ada pelajar, tak adalah HEP. betul? sebab HEP merupakan singkatan bagi hal ehwal pelajar. HEP dan pelajar saling berkait rapat dalam menentukan arah tuju sesebuah institusi pendidikan. pelajar merupakan produk sesebuah universiti. kalau universiti adalah kilang, pelajar adalah produk. tak ada produk yang nak dihasilkan, tak adalah universiti. jadi di sini HEP sentiasa memerlukan pelajar untuk bergerak. sperti kaki pula. kalau kaki tidak mahu bergerak kalau kita tak mahu pakai selipar, mahu atau tidak kita terpaksa juga pakai selipar demi memudahkan urusan kita. begitulah analoginya HEP dan pelajar.

kalau aku yang jadi panel, pasti forumnye tidak akan habis sampai esok. ekeke. perasan betul la cik shikin nih. :)

buat carian di facebook dgn keyword suara siswa untuk menghantar comment dan sebagainye. thanks!Kyo Cute Pictures, Images and Photos
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea