Aku baru saja sampai ke UUM pukul 6.30 petang tadi dari program di Sedim.
Dalam program ni, aku berperanan sebagai fasilitator kepada peserta. Walaupun program bermula pada petang 21 Januari (Khamis), tapi tugas aku sudahpun bermula 2 minggu sebelum program. Untuk kali ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan ini melibatkan orang lain juga. Terutamanya kelas, dan ko-k. Aku miss 2 kelas pada hari khamis, iaitu Sains Pemikiran dan Etika dan subjek feveret aku, Marketing Principle.Untuk ko-k, sepatutnya harini aku ada kawad, tapi kawad ini akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sebabnya, markah sesi latihan kawad mempunyai pembahagian sebanyak 15%. Assignment kumpulan yang sepatutnya aku hand on sendiri pada pensyarah terpaksa aku serahkan kepada Rezzal yang besusah-payah melengkapkan kekurangan yang aku dah buat , dan paling penting, 'take-home' exam Kenegaraan Malaysia aku yang mempunyai pembahagian 10% terpaksa minta kawan aku, Azma hantarkan. Report Spring Wonderland terpaksa suruh Kai Yun, ketua biro print sendiri walaupuntu tugas akusebagai setiausaha. Terima kasih untuk semua yang sudi berkorban untuk aku.
Nama program ni, "Transformasi Kecemerlangan Akademik". Aku pun taklah terer sangat untuk bantu peserta dalam proses transformasi, tapi bak kata Encik Norizan, moderator program, kita tak boleh nak bagi semuanya dalam masa yang singkat, tapi kita bantu menunjukkan jalan kepada mereka. Dengan aku sekali rasanya transform, sebabnya yang terlibat memberi talk untuk meningkatkan semangat peserta program ni bukanlah calang-calang orang..
Program bermula dengan ice-breaking, peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan mengikut tarikh lahir. Ada peserta yang kenal aku, dan ada senior yang tahu aku lebih muda dari mereka. Ini membuatkan aku gelabah sikit pada mulanya, terutama apabila ramai yang mempersoalkan umur dan semester aku. Waktu fasilitator memperkenalkan diri, kami dikehendaki memberiahu nama, asal, program pengajian dan umur. Bila sampai waktu memberitahu umur, aku katakan yang umur aku 20. Terus saja bunyi2 rasa terkejut keluar dari hampir 190 peserta..Aku tak mahu menipu, walaupun risikonya aku akan dipandang rendah oleh peserta yang berumur lebih tua. (umur diorang dalam range 20-25).
Memang ada yang tak mahu dengar cakap apabila aku mengeluarkan arahan, tetapi cumalah segelintir sahaja. Itupun cuma dari pihak lelaki. Memang kekok rasanya membahasakan diri sebagai 'kakak' kepada 'adik-adik', tapi bila membahasakan diri sebagai 'kakak' memberikan aku keyakinan yang mereka memang 'adik-adik' yang perlu diberi arahan sebagai bimbingan dan memudahkan urusan. Alhamdulilah, tak sampai sehari, entah bila akupun tak perasan, tapi mereka menerima perkataan panggilan 'adik' dari aku dengan mudah dan cepat. Peserta lelaki juga memanggil aku 'kakak'.
Waktu aktiviti yang paling ketara memerlukan bantuan fasi ialah ketika aktiviti rafting, absailing dan flying fox. Aku bantu menguruskan aktiviti absailing, dan pengalaman 'wall climbing' membantu aku untuk membantu peserta memakai pengikat khas untuk absailing. Kata Kak Asmah (pegawai Kaunseling COB), aku dilarang oleh abang2 fasi untuk manage rafting. haha. Aku pun tak pasti atas alasan apa. Aku perempuan terakhir yang melakukan absailing...walau macammana yakin pun aku pada diri, aku tetap berdebar tatkala berada di puncak untuk terjun..
Tips-tips yang Abang Asyraf (kaunselor pelatih) beri bila aku tanya bagaimana untuk menghadapi perasaan inferior tatkala menghadap 'adik-adik', katanya;
- pertama sekali, baca bismillah. Mulakan dengan al-Fatihah
- kedua, eye contact. Pastikan mereka mendengar arahan dan kata-kata kita dengan memandang ke muka. Kalau kita sendiri yang tak memandang mereka, mesej yang nak dikatakan mungkin tak sampai.
- ketiga, pastikan kumpulan berada dalam keadaan bulat, dengan lutut berlaga dengan lutut supaya mudah mesej sampai kepada yang berada di dalam kumpulan.
- Bahasakan diri 'kakak' atau 'abang' walaupun kita lebih muda, supaya mereka merasakan kita adalah orang yang dapat membantu dan berkongsi.
- gunakan ayat pelemah.
Sebenarnya, taklah susahpun nak ubah persepsi dan fikiran 'underestimate' orang pada kita. Yang penting kita tak under estimate diri sendiri, barulah kita nampak apa potensi yang ada pada diri kita. Bersangka buruk pada orang lain adalah satu kesilapan besar, sebabnya kita tak melihat kebaikan seseorang dari sudut yang lain.
Minta maaf pada ibu, abah, Kai Yun, dan yang lain-lain sebab missed call aku banyak kali, tapi tak berangkat sebab bateri aku kong [charger aku tertinggal kat rumah orang]. Terima kasih pada Kak Asmah, Kak Ida, pak cik driver bas, Abang Faizal, Abang Nik, Firdaus, Suhaimi, Fazmi, Kak Aimi, Kak Jamiah, Kak Ijan, Kak Peanut, Abang Asyraf dan semua peserta yang banyak memberi peluang untuk aku belajar. Semoga Allah membantu kita memperbaiki diri. [aku pun nak transform towards a better person!] =)

0 komen best:
Post a Comment