dibawah logo PTS tu tertulis; "Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta kepada perbuatan yang dapatmendekatkan diriku kepada cintaMu..."
Dalam buku ni terkandung pengisian-pengisian tentang larangan dan suruhan dalam firman-firman Allah serta hadis-hadis Rasulullah yang bermanfaat bagi membentuk diri...
Satu daripada hadis yang ingin dikongsikan:
Abu Hurairah juga melaporkan, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, 'Orang paling awal yang akan diadili pada hari kiamat nanti adalah:
Pertama,orang yang mati syahid. Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya berperang kerana patuh kepadaMu sehingga saya mati syahid.' Allah berkata,'Kamu bohong. Sebenarnya kamu berperang supaya digelar berani dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
Kedua, orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan mengajar, serta membaca al-Qur'an.Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya menuntut ilm dan mengajarkan ilmu itu kepada orang lain, serta membaca Al-Qur'an kerana patuh kepadaMu.' Allah berata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu belajar supaya digelar sebagai ilmuwan dan kamu membaca al-Qur'an supaya digelar pandai membaca al-Qur'an. Dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian diperintahkan supaya orang itu diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
Ketiga,orang yang Allah berikan hidup selesa dan pelbagai jenis harta.Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya selalu mendermakan harta saya kerana patuh kepadaMu.' Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu menderma supaya kamu digelar sebagai orang dermawan dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian Allah memerintahkan supaya dia diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka."'-HR Muslim.Mudah-mudahan, dengan nikmat yang kita peroleh, kita gunakan dengan ikhlas ke jalan Allah... semoga hidup kita diredhai Allah! :)

0 komen best:
Post a Comment