Monday, January 04, 2010

pengurus logistik paling hebat di dunia

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 04, 2010
semalam aku hadir kelas pertama Teori dan praktis pengangkutan. Subjek wajib untuk semua yang seangkatan dengan aku: BBA Logistic&Transport.

Setelah penerangan panjang lebar oleh encik pensyarah, dia bertanya: Siapakah pengurus logistik paling hebat di dunia?

"Donald Trump?" jawab kawan di sebelah aku. Tuan pensyarah menggeleng...
Suara seseorang dari belakang kelas memberikan jawapan tepat. "IBU!"
Tuan pensyarah berkata, "Betul tu. Ibu kita adalah pengurus logistik paling hebat di dunia. Dia yang tahu stok beras di rumah, dia yang tahu apa yang perlu dibeli dan diganti, dia tahu kuantiti keperluan isi rumah. Dari kita kecil sehingga kita dewasa, ibu mengaturkan keperluan bukan sahaja kita seorang, tetapi seluruh isi rumahtangga.."

Rupa-rupanya ibu kita seorang yang amat hebat, lebih hebat daripada manusia paling kaya di dunia, lebih hebat daripada bos-bos besar syarikat-syarikat gergasi, lebih cantik dan sangat terer berbanding Miss World.

siapakah kita?

2 komen best:

beliamuda said...

selepas tu anak sulung la pembantu dia. haha. bangga jadi anak sulung. :P

norashikin rahmat said...

aik~
bukan anak sulung ke yang paling nakal?
ekeke~

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea