sudah menjelang pagi. dan kerja mengulas jurnal ini masih belum siap.
Aku perlu mengulas dua jurnal untuk tugasan Management of transport. Mungkin sebab kali pertama mengenali jurnal, maka perlu bertaaruf dan kalau boleh bercinta dengannya, menghurai satu demi satu persoalan dan penyataan berselirat yang ada. Best, sebabnya aku mengupas isi jurnal yang bertajuk 'warehouse management technologies'. Selain mengetahui teknologi apa digunakan dalam warehouse bagi mengawal penstoran barang, aku juga tahu aplikasinya. Kalau nak tau, proses identifikasi barang kat airport kini menggunakan RFID tag yang mengurangkan 99.9% kesilapan, berbanding sistem kuno yang menyebabkan banyak kos digunakan untuk penghantaran semula barang akibat pertukaran dan kesilapan. (bear in your bussiness head, error costs, okeh.) Kalau zaman sekarang masih guna lagi konsep manual dalam pergudangan, alamat tak jalan aa bisnes.. Jadi kita kena bersyukur dengan kewujudan teknologi pergudangan.
Aku dengan roommate, sama-sama tak tido. Pagi-pagi buta gini, buat hal masing-masing. Terkial-kial aku meneliti jurnal warehouse management tu, dan dia dengan laptopnya. Ai...pening la saye.. jurnal..jurnal..
Pagi-pagi buta gini, aku mintak coklat si roommate. terima kasih, roommate.
Aku dengan roommate, sekarang jarang makan sama-sama. Kalau aku sorang-sorang kat bilik, kipas adalah pada maximum level:5. tapi kalau roommate ada, maksimum pun 3. itupun atas permintaan aku. Selalu dia on kipas level 1-2 je.
sambil buat jurnal, dengar lagu "for the rest of my life" by Maher Zain from my feveret blog. erm..sweet juga lagu tu.. dengar sampai bosan dah..ekkeke.. [i was always thinking that love was wrong?]
saja meleceh kat blog ni kejap aje~ sambung jurnal la, budak! :P
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 komen best:
teknologi RFID. mahal jugak kan teknologi tu? scanner dia tu kan?
blog mana tu yang ikin dengar?
erm..bukan blog mana-mana..
memang belajar jenis-jenis teknologi dalam penggunaan logistik dan pengangkutan-RFID tag, infra-red scanner, bar code..
teknologi gini memang mahal, sebab ia adalah sistem yang hanya dibeli oleh pihak tertentu je. (airport, kargo, shipment company..)
cuma jurnal yng ikin ulas tu cerita tentang warehouse management. Dapat dari emerald [browser untuk cari bahan carian yang digunakan UUM].
Incik belia berminat? er..dah pening kut fikir tentang chemicality in transport~ hehhe..
Post a Comment