Showing posts with label saya juga insan biasa seperti anda. Show all posts
Showing posts with label saya juga insan biasa seperti anda. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

Rome wasn't built in a day.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 07, 2011 1 komen best
Meruntuhkan tak sesusah membina, itu satu kenyataan yang amat pahit untuk ditelan.

Hati kita kalau tak dibina dengan asas iman yang kukuh, ia akan mudah terlarut dengan suasana.

Betapa susahnya menjaga hati.

Sunday, April 17, 2011

Post-mortem program

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 17, 2011 0 komen best
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Bismillahirrahmanirrahim. Entri ini adalah entri tentang post mortem dua program yang telah berakhir: Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu, dan juga Forum Untung Tiada Rugi.

Latarbelakang program:
1. Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu:
Program ini mula dicadangkan pada minggu pertama saya menjadi warga Petronas kepada Ustaz Yusnaidi, dimana Ustaz Yusnaidi mendekati saya pada malam program 'Malam Rapat Petro' kerana terlihat saya datang lewat semasa ikrar bersama roommate saya. Menyedari yang saya mendaftar dibawah Biro Kerohanian, Ustaz berpesan kepada saya agar membangunkan BKS DPP.. Pucuk dicita ulam mendatang, saya mencadangkan kepada ustaz untuk membuat program umum yang akan membawa kepada program susulan yang lebih khusus. Pada masa itu, masalah saya ialah tidak mempunyai manpower (anggota kerja).

Semangat saya agak pudar pada bulan 2 kerana terdapat masalah saya terpaksa mencari sendiri ahli jawatankuasa program. Namun, pada awal bulan 3, Encik Fadhli, sang murabbi memberi sedikit tolakan yang membuat saya terus berusaha dengan izin Allah. Allah telah menyusun saya untuk menghadiri Kursus Fasilitator Efektif dan Dinamik yang dipimpin oleh Kak Asma'. Di sana, saya bukan sahaja memperoleh banyak ilmu, tetapi juga sahabat-sahabat yang mempunyai jiwa yang ready, dan juga tersedia satu lagi tanggungjawab baru.

Allah telah menguji saya dengan begitu banyak barrier pada program ini. Perkara yang paling sulit ialah mendapatkan tarikh yang sesuai. Ya, bukan senang mendapatkan synchronization masa setiap orang, dari segi AJK, penceramah, penasihat, tempat, saya sendiri dan lain-lain. Jadi benarlah, segala yang berlaku itu memang benar-benarlah dengan izin Allah.

Kertas kerja saya dihantar pada penghujung Mac. Tak silap saya, 24 Mac. Dan ustaz menghantar permohonan kelulusan kepada Pusat Konvensyen pada 27 Mac. Permohonan ini diluluskan pada 29 Mac. Allah, mudahnya urusan!

Sepanjang mengendalikan perjumpaan-perjumpaan, semuanya baik-baik sahaja. Urusan mudah dan lancar, saya yakin Allah merestui program ini.. Promosi hanya bermula seminggu sebelum program, dan Allah izin lagi, saya dijemput menjadi AJK program Musabaqah al-Qur'an di Pusat Islam. Melihatkan ada beberapa program turut dijalankan di tempat yang sama, Ustaz menggalakkan saya untuk membuka meja promosi. Promosi pada hari tersebut telah membawa seramai 56 orang daripada peserta pada hari program. Allah!

Saya kagum dengan semangat dan kerjasama yang diberikan AJK pelaksana program yang dipilih Allah ini.. Saya yakin, meskipun ada yang menjadi AJK itu memberikan alasan-alasan, tidak datang meeting dan sebagainya, saya yakin, mereka hanyalah ujian-ujian yang Allah datangkan untuk menguji, sejauh mana saya mampu menahan gelodak marah dan sedih.

Target peserta pada awalnya ialah 200. Menyedari target ini tidak begitu SMART, seminggu sebelum program saya mengurangkan kepada 150 sahaja. Alhamdulillah, pada hari program, peserta yang datang ialah seramai 146 orang! Syukur, Allah telah memilih mereka.

Projek ini agak besar, sebenarnya. Ini kali pertama saya merancang program dan Allah telah mengizinkan ia lulus dengan bajet program sebanyak RM3538.

"Jika Allah mahu memberikan sesuatu kepada seseorang, maka, tidak akan ada tangan yang mampu menghalangnya. Jika Allah tidak mahu memberi sesuatu kepada seseorang, PASTI, tidak akan ada tangan yang dapat menghulurkan apa-apa kepadanya."

2. Forum Untung Tiada Rugi. 
Program ini sebenarnya dirancang bersama-sama dengan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu sebagai program susulan: pembinaan kefahaman, kemuadian membina kemantapan kendiri, kata Ustaz Yusnaidi.

Kali pertama saya menghubungi Exco Kerohanian DPP ialah pada 7 Mac, memberitahu idea tentang program. Beliau seterusnya meminta saya untuk membuat kertas kerja dan bajet. Allahuakbar, memang sebenarnya buat kertas kerja itu tidak ada yang susah, dengan izin Allah.

Cuma yang leceh bila bekerja dalam DPP ialah terlalu cerewet dan banyak birokrasi.

Pada waktu ditetapkan tarikh program pada 16 April, entah kenapa saya tenang sahaja, walaupun tarikh Seminar Cinta ialah pada 15 April. Mungkin saya telah mampu mengukur kebolehan diri dengan keizinan Allah, yakin dengan bantuan Allah, walaupun saya sedang sibuk dengan projek Warehouse.

Yang paling sedih ialah bajet dipotong oleh pihak opis, dari RM550 kepada RM 350. Dan paling mengejutkan ialah saya kena keluarkan duit sendiri sebagai duit pendahuluan. haha. Kakak saya jadi mangsa, sponsor duit.. ngeh ngeh ngeh. Sayang Kakngah.

Yang paling melelahkan ialah orang yang saya harapkan penting tidak dapat berfungsi sebagai penting untuk saya. Rupa-rupanya Allah ingin saya menganggap bahawa Dialah yang terpenting untuk saya yakini.

Saat yang paling genting ialah ketika saya didatangi minggu 'emosi'. Ah, memang menguji kesabaran. Kena tegur sedikit dengan Exco pun saya mudah sekali terasa hati. Tambahan lagi dengan beberapa tekanan kerja lain membuatkan saya memarahi setiausaha untuk perkara yang sangat remeh.

Program ini tidak begitu dirisaukan berbanding Seminar Cinta kerana Exco Kerohanian banyak memberi guidance, begitu juga dengan Kak Nurul dan Kak Lin, dan JKPS yang ikhlas memberi tunjuk ajar. Dan lagi, Forum ini ialah salahsatu daripada agenda Open Day Petro.

Tidak lupa untuk saya rakamkan mehnah yang dilalui. Perkara yang paling menguji saya ialah tidak dapat melawan kerenah seseorang. Saya berdebat dengan pengetua di hadapan mata orang, hanya kerana saya tidak ingin Rumah Hantu dijalankan semasa forum sedang berlangsung. Isu rumah hantu sahaja telah banyak mendidik saya tentang manusia. Akhirnya, saya tidak terus melawan, bukan kerana saya pasrah tetapi meneruskan dalam keadaan yang halus: Pakcik Rosdi berpesan, jangan dilakukan sesuatu kalau itu merugikan Islam. Dan, mengambil sirah Hasan al-Banna, beliau sendiri pergi ke pub-pub untuk menyebarkan dakwah dan mengingatkan manusia tentang ajal dan kematian. Allah. Banyak sekali yang Engkau ingin berikan pada jiwa yang kecil ini..

AJK yang paling saya ingat ialah Amirul: AJK makanan. Saya tersedar yang saya agak kasar menegurnya dalam meeting hanya kerana dia tidak update kepada saya tentang tempahan makanan. Dan saya perasan dia begitu 'funny' dalam menunjukkan aksi dan riak muka kerana entah takut atau segan atau malu.

Semasa sesi post-mortem,  saya memerhatikan AJK, seorang demi seorang. Tidak-ada seorangpun yang berkata tentang lelah dan letih. Cuma mereka ingin tahu tentang perasaan saya.

Perasaan saya yang ada hanyalah satu; CINTA. Rasa cinta ini telah memadamkan semuanya, kerana mereka telah membuatkan saya belajar banyak perkara.

Semuanya ini adalah tarbiyah.Kerana jalan ke syurga itu tidak ditaburi dengan bunga-bunga.

Sunday, October 10, 2010

Semester 3: towards the end

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 10, 2010 0 komen best
My semester 3 is toward the end. And, a lot of things to before the middle of October.

First, now I am working on 3 assignment, which are, 2 group assignments and one individual assignment. I do not know why currently I feel very lazy to do my homework. :(

A lot of book waiting to be read, too.. Not only which related to subject, but also unrelated. But, since I keep watching movies and comics, when all of this will be done? Ooooh.. I hope a 'reading robot' ever exist so that it can read for me. If there also a 'homework robot' which willing to do my task for me, I will be grateful. Hehehehehe (evil's laugh).

Hey, stop dreaming, ikin. Lazy person will be left behind, and your 3.7 will left unachieved.

Towards the end of semester, especially when its after Eid, a lot of momentum has lost, and I feel hard to gain 'em back. And, why is everyone is so busy when I really need them?

The conclusion is, only ALLAH have the power to give and taken back thestrength, and only ALLAH will always be there for us. So, open your heart and eyes, and always think positive.

Semester 3 is towards the end, only 3 weeks left. So, ganbatte kudasai!

*apabila sesuatu itu berakhir, bermakna ia permulaan kepada sesuatu yang baru. Semester 4, here i come!
Photobucket

Friday, September 24, 2010

diam tanda menghukum

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 24, 2010 0 komen best
Menurut Seksyen 78 Akta Kemarahan, Diam boleh dikategorikan sebagai menghukum apabila seseorang yang berasa marah tidak memberi repons apa-apa kepada pihak yang satu lagi.

Sebenarnya akta yang dinyatakan di atas tak wujud sama sekali. Ia cuma satu biasan daripada apa yang saya belajar dalam kelas sahaja. Maklum, kepala tengah pening, baru lepas test.

Saya baru je habis mid exam subjek Law. Undang-undang. Business Law. Sayangnya, dalam subjek undang-undang yang digubal utuk mendidik masyarakat berlaku adil dan benar ini juga, ada yang menipu (fraud) dalam exam ini. Haih. Geram betul, dahlah dekat je dengan saya.. 

Saya suka membalas kemarahan dengan diam. Dan saya juga biasa diam semasa marah. Bagi saya, diam itu satu tanda untuk saya mengelakkan diri daripada 'melancarkan' misil kemarahan yang akan meledak, dan kesannya akan lebih teruk daripada kesan pengeboman Hiroshima & Nagasaki (kerana ia mungkin akan membawa saya ke lubang jahanam..nauzubillah). 

Sebagai seorang yang kerdil dan lemah, saya tak layak menghukum orang. Apatah lagi sikap saya ini adalah tak profesional dan tak matang. Buanglah dendam dan marah, kerana hidup adalah terlalu singkat untuk dibuang pada kemarahan.

Rasional, dan adil. walaupun hati rasa sarat dengan marah.Photobucket

Wednesday, September 08, 2010

kejam ke saya ni?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 08, 2010 2 komen best
Sekarang saya menghadap kertas-kertas assignment. Di sebuah rumah kampung. Bersama keriuhan sepupu-sepupu kecil yang sedang menyepahkan permainan. Aneh, kan? hanya saya saja macamni. Terpaksalah, kalau tak, lepas cuti, saya akan sibuk dengan exam dan dateline assignment, sekaligus sibuk sebagai AJK konvo nanti (masih dalam proses membuat keputusan).

Untuk sesuatu perkara yang penting, adakah salah utuk menjadi seorang yang menekan (keep giving pressure)?

Saya dah tetapkan tarikh semalam (7 September) untuk hantar dan kumpul bahagian tugasan masing-masing pada saya, sebab semuanya akan diberi kepada ahli kumpulan yang lain pula untuk proses seterusnya. Tapi, yang seorang ini, baru hantar petang tadi melalui e-mel. Katanya dia minta maaf, dan dia mengambil masa 1 jam untuk ke kafe siber. Mungkin sebab rumahnya jauh dari bandar.

Entah kenapa, saya rasa macam nak cakap 'itu sepatutnyalah' masa terima mesej tu. Saya pun ada bahagian saya. Semua orang mesti tepati janji. Tapi bila fikir-fikir balik, timbul rasa kesian pula. Kejam ke saya ni, bila tak meletakkan diri saya pada kesusahan orangtu? Rasa unfair pula. Not to consider my burden, saya berbeza sikit sebab walau apapun ibubapa saya masih cukup untuk beri kami sekeluarga makan, malah mampu menampung pengajian saya di universiti. Tapi dia? mungkin dia menghabiskan banyak waktu untuk ke bandar semata-mata untuk menghantar assignment ini. Atau mungkin dia sedang tak ada duit untuk membayar kos perjalanan. Atau begini dan begitu. 2jam, dihabiskan untuk hantar assignment.

Baru buat satu assignment yang rumit. Akan datang, macam mana? Adakah saya akan jadi seorang ketua/bos yang tak berfikir tentang kesusahan subordinat saya?

Cepat, buang sifat ini, takut jadi barah!


Photobucket

Monday, September 06, 2010

when 1 person walks out, 10 comes to cheer me up! : facebook quotes

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 06, 2010 0 komen best
  • saya suka belajar daripada pokok. tahukah anda, pokok akan hidup sesuai dengan persekitarannya. kalau ia xsurvive, ia akan mati, tetapi apabila ia terus survive, ia akan menjadi sesuatu yang menghias pemandangan dan menjadi bermanfaat kepada persekitarannya. manusia juga begitu! ♥
  • Salahsatu bentuk kezaliman yang sangat berat ialah apabila ibubapa menggelapkan masa depan akhirat anak-anaknya akibat dari kelalaian mentarbiyyah (mendidik) anak-anak dengan sebaiknya.
  • Apabila matinya seorang manusia, dia meninggalkan semuanya kecuali 3 perkara: ilmu yag bermanfaat, sedekah jariah (infaq) dan anak yang soleh... untuk mendapatkan ketiga-tiganya sekaligus, hantarlah anak menuntut ilmu..
  • semester ini akan cepat berlalu, seiring dengan habisnya umur kita.
  • perjalanan itu memang melelahkan, tapi lihatlah, setelah jauh berjalan, kita bukan lagi orang yang sama dipermulaan.
  • belajarlah daripada pokok...ia juga bermula daripada benih, ia juga mudah dilentur ketika usia mudanya... apabila sudah mempunyai batang dan dahan kayu, ia tidak lagi mudah tumbang dilanggar angin.. dan ia tidak pernah marah kerana dijadikan sebatang pohon yang sentiasa menegak disimbah cahaya matahari, debu, air dan angin.. malah ia menggunakan semua itu untuk survival!
  • ‎"ada satu jenis pokok di atas muka bumi ini yang sifatnya seperti orang mukmin, iaitu pohon kurma" -al-hadis.
  • hidup tanpa berjuang ibarat 4 musim tanpa musim bunganya... hidup tanpa bersahabat ibarat bunga tanpa kuntumannya...
  • Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda, "Jangan saudara2 duduk berdua-duaan di tempat sunyi dengan seorang perempuan, kecuali mahram perempuan itu ada bersama" -HR Bukhari dan Muslim 
  • "young trees die because of not enough shower of love and care"
  •  jangan harapkan sinar pelangi, sebabnya yang bercahaya adalah matahari... 
  • jangan percayakan bintang, kalau terbitnya di siang hari.. 
  • a cup without tea is meaningless, a heart without feeling is useless. 
  • "Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat kepadanya" (HR al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah) 
  • social interview asked me: "is love blind?" i answered: "oh, YES, buta sampai tak nampak jurang neraka" 
  • ‎"the best way to keep love is by giving its wing, but the best way to keep friendship is by never letting go." 
  • 'life is like ice-cream, love is like chocolate' : life is like ice cream: melts, nice, sweet, n if u dunno how to manage it, it mess up on your shirts. love is like chocolate: sweet but have side effect: and the sweetness dont lasts. hmmmm... 
  • selagi kita masih diberi kekuatan untuk bersenyum, maka senyumlah! 
  • lihat dengan mata kecilmu: bahawa hidup ini indah :) 
  • biarkan marah menjadi debu yang ditiup angin.. biarkan senyum menjadi penawar.. biarkan masa bantu melupakan. hakikatnya melupakan tidak semudah memaafkan. 
  • ‎"orang pandai kenal orang bodoh sebab dia pernah bodoh, orang bodoh tak kenal orang pandai sebab dia tak pernah pandai"
  • persaudaraan itu ada di celah-celah hati yang beriman :)
  • senyum tanda sabar, sabar buah keimanan. 
  • kebahagiaan yang paling besar adalah apabila seseorang itu bisa menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya.  
  • kuat tak semestinya hebat, menangis tak semestinya lemah 
Sebenarnya ada banyak lagi quote yang best.. tapi saya dah delete.. saya nak tutup terus, insyaAllah. Sebab semester ni saya banyak juga buang masa kat facebook. Jadi, langkah untuk mengubat salahsatu dari cabang kelalaian saya ialah dengan mencantasnya dari akar umbi..
mungkin ini adalah satu alasan, tapi saya tak cuba delete sebelum ni sebab ada satu halangan kecil..Sekarang halangannya sudah tak ada, jadi, bolehlah langkah seterusnya dilaksanakan..

Semoga dengan usaha ini, saya akan lebih menumpukan perhatian!

    Saturday, August 21, 2010

    Ganbatte!~

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 21, 2010 2 komen best
    Ini adalah semester ketiga bagi saya di UUM.

    Setakat ni, semester yang paling enjoyful adalah semester kedua. Semester ketiga banyak cabaran, ia menjadi terlalu thrill bagi saya yang kerdil ni.

    Baru saya sedar, semester kedua saya banyak ambil subjek yang membincangkan undang-undang dan kemanusiaan, macam subjek hubungan etnik, sains pemikiran dan etika, dan kenegaraan Malaysia. Subjek-subjek ini membuatkan saya banyak berfikir. Rasa sayang pula bila saya dah pass semua subjek ini dengan baik..rupa-rupanya minat saya cenderung juga ke arah itu..

    Semester kedua adalah sem terbaik bagi saya kerana saya mula memperbaik langkah dalam mengatur kehidupan seharian.. saya mula mengulang library setiap hari atas galakan Husna, kawan saya semasa di matrikulasi dulu-sebab dengan cara ini, dia score 4.0 di UiTM Shah Alam-mana boleh jadi, saya tak boleh biarkan Husna terkehadapan sorang-sorang, saya nak kejar dia dan berjalan bersama-sama dengannya nanti- Dan walaupun dengan cara tu saya tak dapat 4.0, sekurang-kurangnya result saya dah boleh jadi burning desire utuk semester ni.

    Saya suka semester kedua sebab saya ada Ustaz Khadafi yang mendidik, bukan setakat membaca lecture notes yang kalau tak masuk kelas pun boleh score A.. Saya taknak jadi manusia robot yang tak ada otak.. saya bukan robot yang boleh diprogram-program menjadi apa yang orang lain mahu.. Apa gunanya pulun waktu nak exam tapi tak mampu jadi manusia sejati.. Saya inginkan sistem pendidikan, bukan sistem pemprograman manusia..

    Apa boleh buat, masa sudah berlalu. Ia telah jauh meninggalkan kita.

    Semester ini saya banyak mengambil subjek yang serius: Undang-undang perniagaan, Pengangkutan bandar dan luar bandar, Pengangkutan jalan, Keusahawanan, Perakaunan, Statistik gunaan dan English. Kalau selama ini saya menyukai subjek English sebagai satu subjek untuk saya enjoy, tapi suasana kelas dan groupmates menjadikan saya rasa bosannya kelas.. Saya rindukan classmates saya di MRSMKK yang bijak serba-serbi walaupun masa itu kami masih muda.. kami berada dalam synchronization, dimana setiap kali drama pentas dan nasyid, kelas kami selalu dapat juara.. kami faham apa itu 'cover line', sampaikan kalau tak practise untuk presentation pun kami boleh bentang dengan baik dan difahami kelas. We complete each other's flaws.

    Saya tak bolehlah nak harap keadaan akan sentiasa sama, tak thrill lah life kalau semua benda sama je..

    Ambil subject transport memang kena banyak membaca..saya selalu kata pada kawan saya; "kalaulah saya boleh scan je buku-buku ni semua.."..

    Hakikatnya, nikmat itu terletak pada kesusahan, kemanisan terletak pada kepahitan, dan tak ada benda yang mudah dalam dunia ni melainkan dengan usaha. Saya adalah raja yang memerintah diri saya!
    Photobucket

    Thursday, August 19, 2010

    penawar bagi orang yang ditimpa musibah

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 19, 2010 0 komen best
    Saya bukan nak bagi ubat, saya cuma nak berkongsi sedikit apa yang saya dapat daripada pembacaan saya hari ini.


    Alhamdulillah, hati mula terasa sembuh dari sedih, apabila saya membaca buku ini: "Penawar bagi orang yang ditimpa musibah".

    Sebenarnya saya cari Mukasyafahul Qulb (Penenang Jiwa) oleh Imam al-Ghazali di library, dah beberapa hari, tapi tak terjumpa. Jadi saya ambil buku ini.

    Buku oleh Muhammad bin Muhammad al-Manjabi al-Hambali ini telah mengungkap dengan lembut rahsia sesuatu musibah itu terjadi. Berlandaskan sentuhan hadis dan al-Qur'an, ayat-ayatnya cukup menghiburkan bagi melegakan kesedihan. Antaranya,


    • "Syurga itu dikelilingi oleh perbuatan yang dibenci manusia sementara neraka itu dikelilingi oleh perbuatan yang disukai oleh hawa nafsu". (Riwayat Muslim, At Tirmidzi dan Anas bin Malik).


    • Wahab bin Munabbih berkata, bahawa Isa bin Maryam pernah bekata; "Orang yang paling mencintai dunia di antara kamu ialah orang yang paling tidak tahan meghadapi musibah" (bermaksud, kalau saya tidak tahan mengadapi mehnah, maknanya, rasa cintakan dunia dalam diri saya tu sangat kuat. astaghfirullahal'azim..)
    Rasa bahagia sangat.. bila sebenarnya ujian itu ditimpakan Allah kepada orang-orang beriman untuk menguji keimanan..semoga Allah meletakkan saya dalam kalangan orang-orang beriman..

    dan ujian itu adalah sebagai pengubat kepada kelalaian.. sebenarnya ujian adalah sebagai satu panggilan Allah kepada kita, supaya kita sentiasa mengingatiNya.

    kemudian,.. oh.. terasa segan pula bila membaca kata-kata Abdullah bin Muhammad al-Harawi, iaitu: "Di antara permata kebaikan ialah menutupi musibah sehingga orang lain mengira bahawa kita tidak pernah ditimpa musibah."

    padahal saya telah memberitahu satu dunia tentang kesedihan saya. Lepasni, bolehlah saya dan rakan-rakan memperbaiki diri.

    Kenapa anda lihat orang beriman yang hebat seperti tak mempunyai masalah dalam hidupnya? Sebabnya, segala pergantungan diletakkan kepada Allah semata-mata, dan dia tahu bahawasanya manusia tidak mempunyai kudrat apapun untuk menyembuhkan kesedihannya.

    Sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan kita berbanding kerongkong kita sendiri. Rasailah kehadiran Allah dalam setiap perkara. Sebenarnya Allah sangat sayangkan kita.

    Semoga pengalaman saya ini bermanfaat untuk diri saya dan semua. Alhamdulillah. :)


    Photobucket

    Wednesday, August 18, 2010

    hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan kesilapan orang.

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 18, 2010 2 komen best
    Sedih rasanya apabila terasa saya tahu bahawa ada gunting dalam lipatan dalam kumpulan tugasan saya. Tak baik bersangka buruk, tetapi saya tak mampu mewarnakan bibir saya seperti badut yang tersenyum walaupun dirinya tak gembira pun.

    Terasa letih sangat bila ada orang yang macamni. Bukan saya putus asa, bukan. Cuma saya sedih. Dia telah membuatkan setiap apa yang dirancang dan dipersetujui menjadi kucar-kacir dan apabila masalah berlaku, dia tak mahu ambil tahu dan tak bertanggungjawab. Letih!

    Saya bukan malaikat. Saya manusia biasa yang punya jiwa untuk diubati lukanya. Saya tak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Sudah berhari-hari saya begini.

    Sudahlah dia mengajar saya untuk menipu dalam assignment, kemudian menyusahkan orang lain pula. Orang begini memang tak patut dibuat kawan!

    But, life is too short to waste on sadness and time is too precious to spend on rubbish things. What can we do is, fighting! Keep Going, girl! orang Islam tak lemah dengan mehnah!

    Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun.. Semoga Allah mengampunkan dosa saya, dan menggantikan sesuatu itu dengan sesuatu yang lebih baik. Kata Kak Aisyah, kadang-kadang, Allah bagi kita rasa jatuh supaya kita mampu membawa kebangkitan yang lebih besar! ammin..

    Sudah, jangan sedih-sedih lagi, ashikin!
    Photobucket

    Monday, August 16, 2010

    hikmah dari mehnah

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 16, 2010 0 komen best
    "Ajaib urusan orang mukmin, segalanya baik baginya.. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin sahaja. Apabila mendapat nikmat dia bersyukur, maka itulah yang terbaik..apabila dia mendapat musibah, maka itu juga terbaik baginya."

    Hadis di atas cukup bermakna. Allah itu Maha Mengetahui bahawa hambaNya yang kerdil ini tidak tahan menanggung perasaan berat, jadi Dia ringankan hati ini.. alhamdulillah.. nikmatnya sabar!

    Sabar itu terasa nikmat sekali apabila difikir-fikirkan kenapa saya diberi peluang untuk melalui ujian ini.. Sabar telah membuatkan saya rasa masalah besar menjadi kecil sedikit berbanding sebelumnya.. 

    Sabar itu sangat manis apabila amarah berjaya ditahan dan mampu bertenang tatkala berhadapan krisis dan kemarahan..

    Dan paling manis sekali apabila mehnah telah mempertemukan saya dengan manusia sejati.. Orang-orang yang bersahabat dengan ikhlas.. mehnah juga menayangkan kepada kita seperti filem kepada siapa kita boleh percaya, dan siapa yang tidak.. mehnah ini telah menyingkap di mana khilafnya manusia kerdil seperti saya. Dan, ujian ini menyedarkan saya, bahawa restu ibu itu amat penting untuk semuanya, hatta untuk perkara seremeh manapun..

    Syurga saya terletak pada ibu, dan antara ibu dengan Allah itu tak ada hijab.. jadi, mintalah doa dan restu ibu untuk kita..

    Mehnah juga membuka hati saya seluas-luasnya, bahawa Allah tidak pernah membiarkan hambaNya keseorangan menghadapi apa-apapun..

    Jadi, jangan cepat putus asa! ^__^
    Photobucket

    Saturday, August 14, 2010

    baru saya faham.. (2)

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 14, 2010 0 komen best
    Semalam, saya telah merancang untuk ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan assignment kumpulan kami untuk subjek Urban & Rural Transport.

    Sepanjang proses perancangan dan pencarian berlaku, bermula daripada saya di-appoint untuk menguruskan kesemuanya, segalanya dirasakan terlalu sukar. Mungkin saya paling junior dalam kumpulan itu, jadi saya masih terlalu mentah kerana tidak tegas dan mengikut sahaja kata orang.

    Kesukaran. Susah untuk saya mendapatkan kata sepakat dari kumpulan ini. Susah untuk saya membuat keputusan apabila tidak semuanya memberi komitmen. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'bossy'. Kalau buat meting, tidak ada kehadiran yang penuh. Sudah plan yang begini, yang lain mahu begitu. Yang ini sudah settle, timbul pula masalah lain.

    Masalah terbesar dalam projek ini ialah kereta. Serdang dan UUM amat jauh, memakan masa 4 jam dari UUM-Alor Star-Kulim-Serdang. Dengan masa yang terhad, kami mesti pulang dalam masa sehari. Bagi mengelakkan bermalam di luar, pensyarah memberi kemudahan kepada kami untuk membawa kereta. Bermula daripada tak dapat kereta, akhirnya, alhamdulillah, Abang Adib sudi memberi pinjam kereta. Bila dah dapat kereta, tak ada pemandu pula, sebab Lee, satu-satunya ahli kumpulan kami yang ada lesen enggan memandu. Malah, balik rumah bercuti pula. Jadi, saya perlu cari pemandu. Bila dah dapat pemandu, batal pada saat akhir pula. Veni, akhirnya memujuk pakwenya untuk mengikut kami menjadi driver, dan, setelah pakwe Veni ambil kereta, malam itu juga dia jatuh tangga dan kepalanya luka teruk. Pagi itu, dia masih gagahkan diri untuk bantu kami. Dia memandu.

    Kereta Abang Adib agak lama, jadi mesti sentiasa diperiksa air dan minyak hitamnya. Tayar juga begitu. Sebelum pergi, Kalai dah pastikan semuanya OK, dan kami berhenti dua kali dalam perjalanan. Dan, apabila sampai ke Sungai Petani, enjin kereta mengeluarkan bau, jadi Kalai berhenti di bahu jalan. Setelah diperiksa oleh mekanik, katanya gasket bocor, perlu diganti dan boleh siap dalam masa dua jam. Tapi bila sampai bengkel, entah kenapa saya tengok mekanik buka enjin dan entah apa-apa. habis dikeluarkan isi enjin. Mungkin saya ditipu. Maklum, saya tidak tahu menahu langsung tentang kereta.

    Kereta tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin dua atau tiga hari. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang. Saya amat bersedih, sebab saya telah menyusahkan orang. Dan saya telah merosakkan kereta seseorang. Dan, kesedihan saya bertambah kerana Veni seperti membiarkan sahaja saya, malah membiarkan saya menghadapi semuanya dan tidak cuba memahami. Saya amat bingung, dan menyesal.

    Saya menyesal kerana tidak sedar bahawa Allah memang tidak mengizinkan perjalanan ini sejak dari mula lagi. Di saat-saat akhir pun Allah telah memberi petanda bahawa plan saya tidak akan menjadi apabila Dia telah mentakdirkan pakwe Veni (si pemandu) jatuh tangga dan rambutnya botak sedikit sehingga nampak kulit kepalanya.

    Saya juga sedar bahawa kata sepakat tidak akan tercapai dengan teruknya cara saya memberikan arahan dan menurut sahaja perintah orang yang bossy. Saya juga tahu bahawa kesemua masalah yang saya hadapi ini tidak akan dapat selesai dengan menangis. Saya jarang sekali menangis di hadapan orang, tetapi entah kenapa, semalam saya menangis di hadapan  orang tanpa rasa segan lagi. Mungkin saya ingin melepaskan semua rasa terbeban di kepala saya yang sudah beberapa hari menghabiskan berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus duit abah untuk menghubungi pihak di Serdang untuk mendapatkan kepastian tentang siapa yang akan saya berjumpa. Mungkin juga tangisan itu untuk perasaan tertekan yang tak terluahkan sebelum ini. Tertekan juga rupanya saya menghadap orang yang bossy, padahal saya paling suka berlagak tenang (kononnya la kut)..

    Sepanjang saya bermuhasabah tentang apa yang berlaku, banyak yang saya pelajari. Kali ini, rupa-rupanya saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan.

    Hikmahnya perjalanan yang tersangkut di Sungai Petani, saya dapat bertemu dengan Kak Aisyah di Alor Setar dan bermalam di rumahnya, memuhasabahkan diri, mendengar nasihat, dan berehat dari kelelahan.

    Alhamdulillah, ibu dan abah sangat supportive semasa saya memberitahu apa yang telah berlaku. Terasa ingin pulang sekarang juga mendakap ibu..

    Saya berjanji takkan menangis lagi untuk assignment ini dan akan datang, dan cuba menghadapi segalanya dengan guide dari Allah..

    Ramadhan ialah madrasah iman dan taqwa. Semoga, ujian yang saya tempuhi ini menambahkan iman dan menyemai taqwa dalam diri saya.. Dan, ujian-ujian ini benar-benar telah 'menyekolahkan' saya!
    Photobucket

    Saturday, August 07, 2010

    kenangan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan 2010

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 07, 2010 0 komen best
    Dah hampir 2 minggu sejak karnival tamat.

    Rindu pula rasanya nak bersibukan macam masa minggu karnival. Semput dan lelah berkejar-kejar ke sana setiap hari selama 4 hari. Tapi, orang lain lebih banyak letihnya dari saya.

    Saya tak banyak ambil gambar masa karnival. Selain tak ada kamera, saya memang tak gemar nak ambil gambar kemudian meng-upload di blog. Cuma dengan orang tertentu je. Gambar kat facebook, setakat kenangan yang ada cumalah gambar yang di-tag orang.

    Sejak semester bermula, baru hari ni saya ada masa senggang pada waktu hujung minggu di bilik. Kalau tak, hujung minggu sebelum ni memang dihabiskan di luar bilik.

    Lepasni, InsyaAllah, kita akan menempuh sebulan Ramadhan.. InsyaAllah, banyak program telah mula disusun untu mengisi bulan yang mulia ni..

    Dan, di bulan yang mulia ini juga pergelutan dengan tugasan dan peperiksaan akan berlangsung...

    Jadi, persediakan jiwa, tenaga dan mental seadanya!-sejujurnya, saya betul-betul belum bersedia menghadap apa-apa test pun :(
    Photobucket
     

    Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea