Showing posts with label transport theory. Show all posts
Showing posts with label transport theory. Show all posts

Wednesday, September 01, 2010

seharian di atas jalan raya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 01, 2010 2 komen best
Pada hari kemerdekaan yang lalu, saya telah menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Seharian berada di atas bas, itulah cara saya menyambutnya.

Maksud saya, bukanlah saya menyambutnya dengan duduk saja-saja dalam bas, tapi saya telah mengembara ke Serdang dan balik semula ke UUM dalam masa sehari. Pukul 7.30 pagi saya mula bertolak ke Kulim, mengambil masa 3 jam dari Alor Setar. Dari Kulim ke Serdang mengambil masa 30 minit untuk sampai.

Serdang merupakan mukim terpencil dalam daerah Bandar Baharu, dan, kata orang di situ, kawasan termundur dalam negeri Kedah. Pembangunannya agak lembab, dan kalau dari segi infrastruktur pun setakat yang cukup sahaja. Populasi penduduknya pula 27 000 orang, lebih sedikit dari Bandar Baharu yang 25000 orang. Oh, Nilai pun saya tak sempat nak mengkaji serumit ini. Mungkin pembangunannya agak lembab kerana nilai tanah di situ, dimana, mengikut bahasa intelek, 'tiada nilai politik pun' kalau dibangunkan. Tambahan lagi, aktiviti utama penduduk ialah bekerja ladang sawit dan menoreh getah, jadi kebanyakan tanah adalah milik syarikat swasta, antaranya ialah Sime Darby. Disebabkan tanah-tanah ini milik syarikat dan persendirian, kerajaan tidak boleh mengambil tanah mereka sewenang-wenangnya untuk pembangunan dan infrastruktur.

Banyak lagi yang saya dapat dari lawatan saya ke Serdang. Dalam perjalanan balik ke Alor Setar, saya mengambil bas dari Serdang ke Butterworth, sebab kalau ambil bas ke Kulim, bas dari Kulim ke Alor Setar pula akan ada pada pukul 5 petang. Lama juga menunggu bas di Serdang, ambil masa satu jam juga. Rupa-rupanya, bas dari butterworth ke Alor Setar hanya memakan masa 1.5 jam sahaja. Tiket pun murah, RM9.90. Cuma, masa saya nak beli tiket, duit saya tak cukup RM1, dan pakcik bas yang baik hati telah memberi saya not RM1. terima kasih, pakcik, semoga dirahmati Allah :)

Saya tahu penulisan saya hari ini agak membosankan sebab tak ramai yang berminat nak tahu tentang bas. Tapi, apa yang saya dapati dari keseluruhan pemerhatian dalam perjalanan saya ialah, industri bas kita beroperasi dalam keadaan kerugian. Ini kerana hampir setiap rumah di kawasan kampung dan pekan telahpun mempunyai kenderaan sendiri, menjadikan bas bukan lagi kenderaan utama seperti suatu waktu dulu. Kalau anda nak tahu, bas Mara Liner diberi subsidi oleh kerajaan supaya wujudnya perkhidmatan bas, terutamanya di kawasan kampung. Kalau kerajan tak memberi subsidi kepada bas, terutamanya dari segi pengurangan harga tol dan minyak, saya percaya, perkhidmatan bas mungkin susah didapati di kampung-kampung dan mungkin hampir tiada.

Jadi, kalau sesiapa yang berduit tu, kalau naik bas pun janganlah berkira sangat..

Begitu juga dengan teksi. Saya syorkan kepada anda, naiklah teksi yang berlesen. Anda nak tahu tak, betapa susahnya seorang pemandu teksi? Mereka mempunyai pemeriksaan PUSPAKOM, membayar caj sewa teksi (harian), maintenance, insurans.. Kalau penumpang bas pun tak ramai, apatah lagi pelanggan teksi.. Industri kereta sewa/teksi semakin rugi apabila mendapat saingan sengit daripada teksi sapu dan kereta sewa haram.. Kereta sewa haram sebenarnya telah memotong rezeki banyak orang, iaitu PUSPAKOM, insurans, teksi, dan beberapa pihak lagi.. Ia juga menjadikan pendapatan negara tidak dapat dikira dengan efisien, dan defisit sebab jumlah pendapatan yang tidak direkodkan.. bukankah ia menyusahkan banyak pihak? Jadi, kawan, walaupun ia mudah untuk kepentingan diri, fikirkan juga kepentingan orang lain.. Pemandu teksi pun ada anak isteri untuk ditanggung. Jangan ingat mereka pakai baju putih bergaya, mereka ada duit..

Semasa dalam perjalanan menaiki bas dari Alor Setar ke Kulim, ada tragedi berlaku. Entah dari mana, ada batu sebesar penumbuk seorang lelaki gemuk terbang melepasi cermin hadapan bas dan jatuh tepat di seat belakang saya. Mungkin ada orang baling dari hadapan, menyebabkan pemandu bas cedera di bahagian dadanya (tepat mengena pada bawah leher pemandu bas). Berdarah-darah juga tubuh pemandu hampir separuh umur tu.. Syukurlah, tidak terkena pada saya sebab biasanya, saya lebih suka duduk di bahagian hadapan bas untuk melihat pemandangan luar. Rasa gerun pun ada masa kejadian tu, sebab Kulim masih jauh, dalam 1jam perjalanan lagi.

Alhamdulillah, saya sampai di UUM tepat pukul 6.57 petang. Ini kali pertama saya betul-betul alert dengan masa dan kos. Nak jadi pengurus pengangkutan yang hebat, mestilah kena ambil tahu sekecil-kecil perkara.. Saya cadangkan, pemimpin yang hidup senang di luar sana, yang hidupnya konon-konon berjuang untuk rakyat, jangan terleka dengan apa yang anda ada.. Dengarlah kesusahan mereka yang mengharap anda sebagai pemimpin untuk turut mengambil tahu apa yang diperlukan mereka. Apa yang anda makan dan pakai tu, gajinya dari hasil mereka yang menyokong anda, jadi, taknak ke buat sesuatu untuk rakyat?

Ah, saya benci pemimpin yang cakap tak serupa bikin!
Photobucket

Saturday, August 14, 2010

baru saya faham.. (2)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 14, 2010 0 komen best
Semalam, saya telah merancang untuk ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan assignment kumpulan kami untuk subjek Urban & Rural Transport.

Sepanjang proses perancangan dan pencarian berlaku, bermula daripada saya di-appoint untuk menguruskan kesemuanya, segalanya dirasakan terlalu sukar. Mungkin saya paling junior dalam kumpulan itu, jadi saya masih terlalu mentah kerana tidak tegas dan mengikut sahaja kata orang.

Kesukaran. Susah untuk saya mendapatkan kata sepakat dari kumpulan ini. Susah untuk saya membuat keputusan apabila tidak semuanya memberi komitmen. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'bossy'. Kalau buat meting, tidak ada kehadiran yang penuh. Sudah plan yang begini, yang lain mahu begitu. Yang ini sudah settle, timbul pula masalah lain.

Masalah terbesar dalam projek ini ialah kereta. Serdang dan UUM amat jauh, memakan masa 4 jam dari UUM-Alor Star-Kulim-Serdang. Dengan masa yang terhad, kami mesti pulang dalam masa sehari. Bagi mengelakkan bermalam di luar, pensyarah memberi kemudahan kepada kami untuk membawa kereta. Bermula daripada tak dapat kereta, akhirnya, alhamdulillah, Abang Adib sudi memberi pinjam kereta. Bila dah dapat kereta, tak ada pemandu pula, sebab Lee, satu-satunya ahli kumpulan kami yang ada lesen enggan memandu. Malah, balik rumah bercuti pula. Jadi, saya perlu cari pemandu. Bila dah dapat pemandu, batal pada saat akhir pula. Veni, akhirnya memujuk pakwenya untuk mengikut kami menjadi driver, dan, setelah pakwe Veni ambil kereta, malam itu juga dia jatuh tangga dan kepalanya luka teruk. Pagi itu, dia masih gagahkan diri untuk bantu kami. Dia memandu.

Kereta Abang Adib agak lama, jadi mesti sentiasa diperiksa air dan minyak hitamnya. Tayar juga begitu. Sebelum pergi, Kalai dah pastikan semuanya OK, dan kami berhenti dua kali dalam perjalanan. Dan, apabila sampai ke Sungai Petani, enjin kereta mengeluarkan bau, jadi Kalai berhenti di bahu jalan. Setelah diperiksa oleh mekanik, katanya gasket bocor, perlu diganti dan boleh siap dalam masa dua jam. Tapi bila sampai bengkel, entah kenapa saya tengok mekanik buka enjin dan entah apa-apa. habis dikeluarkan isi enjin. Mungkin saya ditipu. Maklum, saya tidak tahu menahu langsung tentang kereta.

Kereta tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin dua atau tiga hari. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang. Saya amat bersedih, sebab saya telah menyusahkan orang. Dan saya telah merosakkan kereta seseorang. Dan, kesedihan saya bertambah kerana Veni seperti membiarkan sahaja saya, malah membiarkan saya menghadapi semuanya dan tidak cuba memahami. Saya amat bingung, dan menyesal.

Saya menyesal kerana tidak sedar bahawa Allah memang tidak mengizinkan perjalanan ini sejak dari mula lagi. Di saat-saat akhir pun Allah telah memberi petanda bahawa plan saya tidak akan menjadi apabila Dia telah mentakdirkan pakwe Veni (si pemandu) jatuh tangga dan rambutnya botak sedikit sehingga nampak kulit kepalanya.

Saya juga sedar bahawa kata sepakat tidak akan tercapai dengan teruknya cara saya memberikan arahan dan menurut sahaja perintah orang yang bossy. Saya juga tahu bahawa kesemua masalah yang saya hadapi ini tidak akan dapat selesai dengan menangis. Saya jarang sekali menangis di hadapan orang, tetapi entah kenapa, semalam saya menangis di hadapan  orang tanpa rasa segan lagi. Mungkin saya ingin melepaskan semua rasa terbeban di kepala saya yang sudah beberapa hari menghabiskan berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus duit abah untuk menghubungi pihak di Serdang untuk mendapatkan kepastian tentang siapa yang akan saya berjumpa. Mungkin juga tangisan itu untuk perasaan tertekan yang tak terluahkan sebelum ini. Tertekan juga rupanya saya menghadap orang yang bossy, padahal saya paling suka berlagak tenang (kononnya la kut)..

Sepanjang saya bermuhasabah tentang apa yang berlaku, banyak yang saya pelajari. Kali ini, rupa-rupanya saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan.

Hikmahnya perjalanan yang tersangkut di Sungai Petani, saya dapat bertemu dengan Kak Aisyah di Alor Setar dan bermalam di rumahnya, memuhasabahkan diri, mendengar nasihat, dan berehat dari kelelahan.

Alhamdulillah, ibu dan abah sangat supportive semasa saya memberitahu apa yang telah berlaku. Terasa ingin pulang sekarang juga mendakap ibu..

Saya berjanji takkan menangis lagi untuk assignment ini dan akan datang, dan cuba menghadapi segalanya dengan guide dari Allah..

Ramadhan ialah madrasah iman dan taqwa. Semoga, ujian yang saya tempuhi ini menambahkan iman dan menyemai taqwa dalam diri saya.. Dan, ujian-ujian ini benar-benar telah 'menyekolahkan' saya!
Photobucket

Monday, August 09, 2010

SMART Tunnel dan fitrah manusia

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 09, 2010 0 komen best
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca.. Alhamdulillah, hari ni Allah beri saya peluang mengharungi satu lagi hari yang penuh kemudahan dalam urusan. Allah suka tengok hambaNya senyum, kan?

Saya nak kongsi 3 perkara hari ni.
  1. Harini, dalam kelas Road Transport Management, saya menonton video tentang SMART Tunnel.. Kalau anda pernah pergi Kuala Lumpur, atau akan pergi KL, lalu la kat terowong SMART ni.. tengoklah teknologi canggih lebuhraya yang kita ada.. SMART Tunnel ni memakan belanja sebanyak 2.0 billion, dan kegunaannya adalah, sebagai satu solusi kepada banjir tropika yang sering melanda KL, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas. Sebenarnya ia juga mempunyai risiko yang besar, sebab kalaulah anda tahu, jika silap perkiraan jurutera, waktu banjir teruk ia boleh pecah, dan silap-silap boleh menenggelamkan bangunan-bangunan yang ada, seperti tergoleknya anda ke dalam sebuah lubang.. Dan, alhamdulillah, terowong ni lulus ujian kritikalnya dalam mengawal banjir dengan mengalirkan air banjir ke Sungai Kerayong di bahagian selatan KL, seperti dalam plan.. Lepas kelas terus saya call abah, pesan supaya jangan guna terowong SMART selalu.. :p (Sebenarnya,sebagai pelajar transport, saya amat berbangga dengan pencapaian Malaysia, semestinya.. dan saya pesan pada abah jangan guna SMART tunnel adalah waktu hujan, bukan waktu biasa: menjawab persoalan seorang anon dari formspring saya)
  2. Bulan lepas, Akh Fadhli ajak saya untuk dengar penyampaian beliau untuk adik-adik sekolah menengah form 3,4,5. Talk ni berkaitan kecemerlangan diri dan akademik.. sebagai muqaddimah, A.Fadhli bagi lagu Kiya Karo (Maher Zain) pada adik-adik sebagai halwa telinga.. Saya rasa maksud lagu tu amat jelas, bahawasanya semua perkara tu sangat nyata.. "just like the river will find the sea", bermaksud, semua kejayaan tu pasti akan dicapai dengan pencarian.. Dan fitrahnya manusia ni adalah mencari..
  3. Baru-baru ni Haluan mendapat peluang bertapak di UUM secara perlahan-lahan, alhamdulillah melalui konsert hari pahlawan yang lalu.. dan saya obviously agak gembira.. dan, makcik pesan.. Kita kena beringat, kadang-kadang jalan yang terbentang luas, peluang yang mudah datang dengan tiba-tiba, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.. jadi, mesti berhati-hati.. [Sebenarnya ini sangat mengajar saya untuk tak mudah melatah dan terjelepuk.. Makcik banyak pengalaman.. Dan, lagi satu, jangan terlalu suka dengan sesuatu perkara, takut-takut kelak akan membawa kepada kesedihan yang lebih banyak..]
Ramadhan dah nak jenguk kita.. tak sabar rasanya.. esok, ada meeting PERKIM di DKG 3/1. Dan, ada temuduga fasilitator untuk program dibawah Biro Kerohanian MPP UUM, pada hari yang sama juga. Jom, berukhwah!


Photobucket

Thursday, July 22, 2010

Assignment pertama semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 22, 2010 2 komen best
Musim kesibukan telah lama bermula, seiring dengan bermulanya semester baru sesi 2010/2011.

Macam biasa, aktiviti luar kuliah memang cuba saya programkan untuk diri sendiri; supaya tak rasa bosan tinggal di kampus. Sekurang-kurangnya, tak adalah kos lepas bagi tenaga muda macam saya.. Tiga perkara yang bakal memenuhkan masa sepanjang semester ialah;

  • Program luar kampus
  • assignment
  • aktiviti luar kawalan (biasanya program DPP)
Hari ni saya telah berjaya memperoleh assignment pertama untuk semester ni. Memang menarik. Saya rasa sangat teruja dengan tugasan kali ni; tugasan untuk subjek Rural & Urban Transport. Apa yang perlu dibuat ialah, setiap kumpulan mesti menaiki bas/apa-apa pengangkutan awam ke tempat yang telah ditetapkan oleh pensyarah; kebanyakannya adalah kawasan-kawasan/daerah dalam negeri Kedah. 

Kumpulan saya?

Dalam kumpulan saya, sayalah yang termuda.. hihi. 2 lelaki dan 3 perempuan: lelaki China dan Cina Kelantan, Gadis india dan dua muslimah. Group paling unik yang saya miliki selama belajar di UUM, sebab ada 3 kaum utama, dari 3 semester berbeza, dan ada foreigner. Destinasi kami ialah Serdang. Jangan tak tahu, Serdang juga berada di Negeri Kedah Darul Aman. Kedudukannya berada di selatan negeri Kedah, berhampiran dengan Penang. Lebih jauh daripada Kulim..

Seronok, kan, assignment ni? saya suka! :D


Photobucket

Thursday, February 25, 2010

4F dan transport theory

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 25, 2010 2 komen best
Dah lama rasanya tak hadir kelas Hubungan Etnik. 2 kali, pertama kerana ada program dan kedua kerana saya sakit.

Hari ini kelas membincangkan bab 7, Hubungan etnik dan Menangani Cabaran. Saya tertarik dengan kata-kata pembentang yang menekankan 4R dalam konsep pembaratan-sebab yang selalu saya dengar ialah 3S:Sex, Song, Sport.

4F- Fashion, Food, Fun, Festival.

Apa yang dimaksudkan dalam 4F dalam konsep pembaratan ialah hubungan etnik kita menghadapi ancaman dalam mempertahankan 4F ini kerana globalisasi telah membawa duni menjadi semakin sempit dan semua perkara menghadapi ancaman pembaratan ini.

Makanan kita sudah hilang manis-pedas-masam-masinnya.
Fesyen budaya kita sudah hilang kebudayaannya.
Festival: kita juga turut terpengaruh meraikan perayaan yang diaraikan orang barat: Valentine dan Krismas.
Fun? orang kita memang suka bersuka-suka.

Jadi..sesiapa yang mempelajari Hubungan Etnik pasti tahu cara menghadapi cabaran pembaratan ini.

Kelas Transport Theory pun dah 2-3 kali batal sebab lecturer busy. Kelas harini menarik sangat. Politically, saya dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam sindiket penyeludupan dan bagaimana sindiket penyeludupan barang boleh 'lepas' walapun biasanya penyeludupan dapat dikesan. Tak logiklah kalau dah bertahun-tahun menguruskan kes tapi tak tahu trend jenayah..

Tak elok rasanya kalau nak kongsi di sini, mungkin boleh menjadi fitnah kepada yang tak berkenaan. Cuma kalau anda tanya saya in-person, bolehla saya kongsikan..

Sebagai orang yang masih belajar dan tak pernah melihat jenayah secara terang berlaku depan mata, saya tak nampak dimana rasionalnya rasuah dan saya tak percaya wujudnya hal-hal jahat gitu walaupun dah banyak tengok cerita orang jahat kan..

Kadang-kadang ia buat saya rasa takut terus untuk buka perniagaan dan jadi pemimpin. Saya bimbang kalau perniagaan saya dicemari rasuah, meskipun perniagaan saya cumalah perniagaan red carpet ataupun kain kapan.

Saya fikir kalau subordinat saya buat kerja gila macam rasuah ape suma tu, saya hantar kapur barus, kain kapan ngan keranda untuk suma sekali ahli kuarga dia.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea