Alhamdulillah, hati mula terasa sembuh dari sedih, apabila saya membaca buku ini: "Penawar bagi orang yang ditimpa musibah".
Sebenarnya saya cari Mukasyafahul Qulb (Penenang Jiwa) oleh Imam al-Ghazali di library, dah beberapa hari, tapi tak terjumpa. Jadi saya ambil buku ini.
Buku oleh Muhammad bin Muhammad al-Manjabi al-Hambali ini telah mengungkap dengan lembut rahsia sesuatu musibah itu terjadi. Berlandaskan sentuhan hadis dan al-Qur'an, ayat-ayatnya cukup menghiburkan bagi melegakan kesedihan. Antaranya,
- "Syurga itu dikelilingi oleh perbuatan yang dibenci manusia sementara neraka itu dikelilingi oleh perbuatan yang disukai oleh hawa nafsu". (Riwayat Muslim, At Tirmidzi dan Anas bin Malik).
- Wahab bin Munabbih berkata, bahawa Isa bin Maryam pernah bekata; "Orang yang paling mencintai dunia di antara kamu ialah orang yang paling tidak tahan meghadapi musibah" (bermaksud, kalau saya tidak tahan mengadapi mehnah, maknanya, rasa cintakan dunia dalam diri saya tu sangat kuat. astaghfirullahal'azim..)
Rasa bahagia sangat.. bila sebenarnya ujian itu ditimpakan Allah kepada orang-orang beriman untuk menguji keimanan..semoga Allah meletakkan saya dalam kalangan orang-orang beriman..
dan ujian itu adalah sebagai pengubat kepada kelalaian.. sebenarnya ujian adalah sebagai satu panggilan Allah kepada kita, supaya kita sentiasa mengingatiNya.
kemudian,.. oh.. terasa segan pula bila membaca kata-kata Abdullah bin Muhammad al-Harawi, iaitu: "Di antara permata kebaikan ialah menutupi musibah sehingga orang lain mengira bahawa kita tidak pernah ditimpa musibah."
padahal saya telah memberitahu satu dunia tentang kesedihan saya. Lepasni, bolehlah saya dan rakan-rakan memperbaiki diri.
Kenapa anda lihat orang beriman yang hebat seperti tak mempunyai masalah dalam hidupnya? Sebabnya, segala pergantungan diletakkan kepada Allah semata-mata, dan dia tahu bahawasanya manusia tidak mempunyai kudrat apapun untuk menyembuhkan kesedihannya.
Sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan kita berbanding kerongkong kita sendiri. Rasailah kehadiran Allah dalam setiap perkara. Sebenarnya Allah sangat sayangkan kita.
Semoga pengalaman saya ini bermanfaat untuk diri saya dan semua. Alhamdulillah. :)

0 komen best:
Post a Comment