Saya selalu tidak dapat meletakkan diri saya di tempat orang lain. Kebelakangan ini, ada beberapa orang sahabat memilih saya untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Namun, apa yang saya kesalkan ialah, saya tak mampu untuk menyelami dalam-dalam perasaan mereka. Sebab mungkin apa yang saya pernah alami, tak pernah serumit keadaan mereka. Namun, tak semestinya, untuk menasihati orang, mesti melalui dahulu keadaan yang serupa..
Seni mendengar
Waktu saya di kelas English, ada seorang classmate lelaki yang berasal dari Sarawak yang dipuji berkali-kali tulisannya oleh pensyarah. Untuk lebih tahu dan mengambil ibrah, saya baca tulisannya. Kali pertama membaca, saya rasa karangannya bukanlah apa-apa sangat. kali kedua membaca, saya perasan, penulisannya kemas dan bermakna. Dalam penulisan itu, dia menyebut, bahawa dia membesar dengan belajar mendengar. Mendengar, adalah anugerah Allah kepada manusia yang bukan biasa-biasa sahaja. Dan saya perasan, lelaki ini tak banyak bercakap.
Bahawa saya juga mengetahui bahawa hikmah itu tidak diperoleh dengan banyak bercakap.
berbalik kepada hal empathism yang saya bincangkan. Masalah tidak akan datang kepada orang yang mencari. Dan ia akan mengejar orang yang melarikan diri daripadanya. Untuk menyelesaikan masalah, caranya ialah dengan mengembalikannya kepada daripada mana ia datang: Allah. Dalam buku Mukasyafahul Qulb oleh Imam al-Ghazali ada menyebut, bahawa orang yang bertawakkal itu adalah yang paling tenang dan tidak kusut menghadapi apa-apa pun.
Kepada orang yang bersedih, saya suruh dia menangis. See, I am really not a good advisor, kan?

0 komen best:
Post a Comment