Friday, August 27, 2010

misi ke Serdang, Kedah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, August 27, 2010
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Hari ini groupmate Urban & Rural Transport saya ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan misi yang sudah 2 kali tergendala dek kerana banyak halangan dan dugaan. Untuk pengetahuan semua, tugasan ini sudahpun bernilai melebihi RM1000. Campur kos telefon dan tiket bas, masa dan tenaga, ah, entah berapa. Jadi, kalau saya tak beroleh A+++++ untuk subjek ni, memang rugi sangat. Jangan give up, tapi, buat yang terbaik!

Saya tak dapat menyertai mereka pada hari ini dek kerana saya akan menduduki test mid sem Applied Statistics pada petang ini, pukul 3.00-4.30pm. Saya akan membuat bahagian tugasan yang lebih penting, iaitu meninjau sekitar kawasan Serdang dan menemubual penghulu kawasan pada hari sambutan kemerdekaan nanti, 31 Ogos.

Saya amat berharap senor-senior ini betul-betul boleh diharap. Semoga mereka tahu apa yang nak dibuat. Semoga mereka berkomunikasi antara satu sama lain.Semoga mereka bertolak ansur hari ini. Mungkin, kalau saya bersama-sama mereka, saya yang akan lakukan semuanya, tapi Allah bagi mereka peluang untuk bertanggungjawab bagi assignment ni. Baiknya Allah, tak mahu bagi mereka fail.. Sebab saya baru je terniat nak mencacatkan markah assignment mereka yang tak commit dengan tugasan. (Maknanya, Allah tak restui niat buruk saya ni..) =P

Dan saya amat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Dan semoga saya apat menjawab exam dengan baik hari ni. Ganbatte, ikin!~

p/s: Kali kedua, entah kenapa, nama saya disenaraikan untuk terlibat dalam MPP. Tapi, saya tak pergi kem kepimpinan yang dikhaskan sebab saya ada exam pada hari yang sama minggu lepas, dan saya tak ada kredit masatu untuk beri respons kehadiran. Ini menyebabkan ketua blok menyampaikan peringatan dari HEP kepada saya. Apadehal. Layakkah saya menjadi MPP? Saya tak pernah mencalonkan diri walau sekali pun, dan saya bimbang dengan peluang yang 'mudah'. Dan saya tak ada ilmu siasah. Ingatlah, bencana akan tertimpa atas sesuatu umat kerana beberapa sebab, antaranya memilih pemimpin yang bukan ahli, dan tidak menghiraukan fakir miskin.. 


Mungkin kerana salah pilih pemimpinlah, entah bencana apa dah jadi pada kelompok kita, masyarakat kita, bangsa kita, agama kita, dan dunia hari ini. Dan, mungkin kerana silap memilih saya sebagai pemimpinlah, kumpulan saya tak dapat melakukan tugasan kumpulan Serdang sebaik-baiknya.


Saya cuma seorang perempuan kerdil berjiwa besar untuk menjadi seorang yang bermanfaat untuk umat! (Tak perlu jadi pemimpin pun boleh berbakti..)
Photobucket

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea