Dah hampir seminggu saya bingung memikirkan sesuatu perkara. Perkara itu membuatkan jiwa saya terasa berat, dan selalu diselubungi rasa marah. Marah, kerana tidak faham kenapa saya mempunyai perasaan yang aneh itu. Sejujurnya, perasaan itu membuat saya ingin memukul orang sehingga hancur. Jahat kan, perasaan saya bila diganggu syaitan?
ta'lim itu penting, tetapi penting lagi tarbiyah.
Setiap kali dilanda masalah, saya akan memikirkan resolusi, penawar dan hikmah. Untuk mendapatkan resolusi terbaik, sabarlah yang paling penting. Saya selalu menunggu apa yang ingin Allah bagi..
Hikmah tidak datang dengan hanya menunggu goyang kaki. Engkau perlu bergerak dan mencari, meyakinkan diri bahawa kurniaan Allah itu pasti bagi orang yang bersabar.
Dalam melawan arus kerosakan hati, Allah menemukan saya dengan cinta dan keikhlasan. Dia meyakinkan saya bahawa peningkatan diri akan ditemui di sebalik kejatuhan saya (kerana kekuatan yang dikumpul sekian lama runtuh begitu mudah, saya membina kekuatan atas dasar yang rapuh, rupa-rupanya).
Maafkan saya andai post ini tak difahami, kerana saya sukar meyakinkan orang untuk memahami saya. Saya jarang meminta untuk difahami. Yang penting untuk difahami ialah kefahaman Islam dan keindahannya, fikirkan hikmah.
Allah :)

0 komen best:
Post a Comment