Siti Aisyah r.a. sendiri mencalitkan minyak wangi keatas wangnya sebelum diinfaqkan. Katanya, kerana sebelum infaq itu sampai kepada tangan penerimanya, ia telah sampai ke tangan Allah terlebih dahulu. Subhanallah, tingginya, dalamnya, dan besarnya erti syukur seorang hamba..
Syukur adalah satu perasaan nikmat yang membuat kita rasa bahagia, walaupun dalam keadaan yang sulit. Hanya kita, dan Allah sahajalah yang tahu apakah perasaan itu.
Allah selalu seribu langkah terkehadapan berbanding kita. Dia Maha Tahu bahawa kita memerlukanNya, dan sentiasa menunggu kita menadah tangan meminta kepadaNya. Merasa faqir kepada Allah adalah wajib.. kerana kita perlu sedar hakikat bahawa kita adalah hamba.
Saya menyedari bahawa diri saya adalah seorang hamba pada umur yang begitu lewat. Mungkin kerana saya terlalu menjadi hamba dunia. Namun, pada waktu tatkala saya sedar saya seorang hamba, saya telahpun merdeka. Allah.. Allah sangat istimewa..
Kalau difikir-fikirkan, alangkah kerdilnya diri kerana tidak mampu mengawal sekelumitpun keatas diri, hatta setitis darah sekalipun yang mengalir dalam tubuh ini, Allahlah yang menentukannya..
Allah, bahagiakanlah hati ini!

0 komen best:
Post a Comment