Kenapa saya masih ingat dengan maksud 'zalim' yang terungkap dalam buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan Dua? Sebabnya ia sangat berkait rapat dengan saya. Semasa tingkatan dua, saya mempunyai 'habit' memetik bunga raya di sekitar kawasan kelas. Bunga raya memang cantik dan pelbagai, unik dan menarik. Sampai saya menjadikannya penanda buku bunga kering. Saya masih ingat yang saya pernah merajuk dengan classmate bernama Farhana dan dia menghadiahkan saya bunga raya yang diletakkan dibawah meja sebagai ucapan 'maaf'.
Dan pada suatu hari, Ustaz Kamal atTohamy mengajar bab akhlak, bertajuk 'Zalim'. Apabila diimplementasi dalam kehidupan, rupa-rupanya saya zalim dengan bunga yang saya selalu petik kerana ia dilakukan tanpa tujuan dan hanya sekadar suka-suka sahaja. Dengan rasa menyesal yang ada, saya berhenti memetik bunga raya yang saya sukai. Sejak itu, saya juga kenal erti zalim dengan sebenarnya, bahawa melakukan sesuatu dengan suka-suka tanpa tujuan pun boleh menjadi zalim.
Zalim, bagi saya adalah satu perkara yang besar tetapi begitu halus. Ia juga berlaku kepada diri sendiri oleh diri sendiri.
Kehidupan sebagai pelajar kadangkala menjadikan kita kedekut untuk tidur atau makan, kadang-kadang. Ada yang sampai tak tidur menelaah untuk exam. Atau buat assignment sampai lewat. Prinsip saya, walau macammana banyak sekalipun kerja, hak tubuh mesti diberikan. Waktu makan mesti makan, waktu penat mesti rehat walaupun sekejap. Awak tu bukannya robot, kawanku..
Tapi sayangnya pada akhir-akhir ini kata-kata ini perlu saya berikan kepada diri sendiri. Makan saya yang kadang-kadang tak terurus kerana terlalu kepenatan akan membuat saya menegur diri sendiri, kerana tubuh kita memerlukan haknya ditunaikan. Solat juga tanggungjawab yang kalau ditinggalkan akan membuatkan kita menzalimi diri.
Padahal saya selalu berpesan, 'jangan sampai tak makan, berdosa'. Sekarang diri sendirilah yang perlu dinasihati.
Jangan zalim pada diri ye, kawan-kawan. Tunaikanlah haknya, jangan sampai ia mengadu kepada Allah kerana kelalaianmu menjaganya sebagai amanah Allah..

4 komen best:
eh awak dulu belajar kat mana? macamana boleh kenal ustaz kamal shahril at-tohamy? senior saya masa kat mrsm kuala klawang ke?
Ya. Saya dulu MRSM Kuala Klawang. 2003-2005.
saya ingat awak ni lahir tahun 1987. ok salam satu maktab. saya pun MRSM KK, 2001-2003. semoga berjaya dalam kehidupan anda, junior.
Saya dah tahu. Awak kan yang selalu baca doa masa kat perhimpunan.
Post a Comment