Semasa menunggu Auntie selesai bertemu dokter, saya terfikir.. kalau saya berkahwin nanti, saya inginkan suami saya untuk turut sama hadir ketika anak sakit.. bersama-sama merawat anak-anak dan sudi meluangkan sedikit masa walaupun sibuk.
Lelaki dan dapur
Saya ada dua orang adik lelaki yang hanya akan buat kerja dapur kalau kena paksa. Cuma bila ada mood je diorang buat sendiri. Mungkin ini adalah kesan daripada trait abah saya yang bukan jenis masuk dapur sejak usia muda (Abah lahir dalam keluarga yang ramai anak perempuan).. dan anak-anak lelaki dalam rumah saya tak diajar pun untuk masuk dapur.. semua ibu buat sendiri, kalau kakak dan saya tak ada di rumah..
Jadi lelaki bukan alasan untuk tak masuk dapur.. Di utara, saya kenal rapat dengan seorang yang saya panggil ummi.. suami ummi seorang guru biasa yang suka buat kerja rumah.. sifat suami ummi sangat saya kagumi, sebab dia sangat loving.. dia sangat sukar berenggang dengan anak-anak dan akan tidur dengan anak-anak.. ummi juga kadang-kadang suka berkongsi tentang kebaikan walid pada keluarga. Walid sendiri rajin cari resepi kat internet dan buat sendiri kuih muih. Kata ummi, donut yang dibuat suaminya lebih sedap berbanding Dunkin Donuts!
Isteri solehah
Berbalik kepada cerita Auntie.. bila saya lihat dia.. saya mendapat satu erti tentang menjadi isteri. Kalau saya jadi suami auntie, saya akan mengiktiraf auntie sebagai isteri solehah. Kenapa? Sebabnya, auntie hanya akan lakukan sesuatu dengan izin suaminya.. dan auntie tidak melanggar larangan suaminya walaupun apa yang dilarang suami Auntie taklah haram pun.. contohnya, anak auntie sangat suka makan KFC & McD.. tapi bila uncle boikot makanan tu dan larang auntie beli McD & KFC, auntie sanggup menahan keinginannya..
(info: auntie merupakan seorang mualaf..dan dia kurang alert dengan isu-isu berkaitan boikot.. dan suaminya merupakan orang yang sangat tegas.. menurut auntie, ketaatan auntie berpunca dengan keyakinan kepada janji Allah & Rasulullah bahawa isteri yang taat akan ditempatkan di syurga melalui kisah wanita pertama yang masuk syurga )
konklusinya pada saya, isteri solehah tak semestinya bertudung labuh.. seorang isteri itu solehah apabila selain dia taat suruhan Allah, dia menjadi penyenang hati suami dan redha & taat pada suami.. pada saya taat itu adalah hal yang sangat berat dan susah.. sedangkan kadang-kadang dengan ibu dan abah pun saya rasa macam cepat nak marah apatah lagi dengan seorang lelaki asing yang bergelar suami..
Ayah soleh, anak pun soleh..
Generasi soleh itu juga bermula daripada seorang lelaki.. Benar, iman itu bukan warisan.. Tetapi riwayat dalam al-Qur'an banyak menyebut lelaki sebagi pendidik anak.. al-Qur'an telah merakamkan dialog antara ayah dan anaknya.. Luqman al-Hakim, Nabi Ibrahim dan Ismail, Nabi Ya'qub dan Nabi Yusuf..
Saya masih berfikir kenapa Allah mengangkat para ayah dalam menasihati anak.. Sedangkan ibu lebih banyak masa dengan anak. Namun saya tak nafikan, kata-kata abah lebih berkesan pada saya berbanding kata-kata ibu.
Semoga Allah kasihkan kita..

0 komen best:
Post a Comment