Saturday, August 06, 2011

letting go.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 06, 2011
Khas untuk jiwa yang kecelaruan, semoga lebih tabah mengharungi layar kehidupan.

Selepas suatu tempoh, kita harus melepaskan kecintaan kita pergi kerana kita mengasihinya. Kerana ada kasih yang lebih besar yang menantinya, dan ia lebih perlu untuk dilepaskan pergi. Mungkin jika kita memegangnya terlalu lama, ia akan menyebabkan kasih menjadi pudar dan tidak bermakna lagi. Atau pegangan kita yang terlalu lama akan membuatkannya sesak dan ia menjadi rosak, kita tidak tahu.

Ketahuilah, wahai jiwa yang kecelaruan, bahawa kita adalah Cinderella yang memiliki had masa dalam dunia yang tidak ada labu air bertukar menjadi kereta kuda. Namun had masa itu membenarkan kita menikmati masa yang ada untuk mencari apa yang dicita, menyedari bahawa hidup adalah pertandingan mencari hati yang paling redha.

Entahlah.

"Kadang-kadang aku jelas, dan kejelasan itu sangat terang sampai aku mampu melihat jalan yang hujung.. Namun kadang-kadang kejelasan ini jadi samar dengan dosa sehingga aku merasa berada dalam sebuah malam yang sangat gelita tanpa ada sekerdip pun cahaya.. Keadaan ini menjadikan aku ragu membuat keputusan bahawa melepaskan pergi itu adalah jalan terbaik..."

Allah, khabarkanlah kepada kami, jalan yang Engkau sukai.. dan perjelaskanlah kepada kami, bahawa cintaMu itu mengatasi segala cinta yang ada..

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea