Showing posts with label kerja.. Show all posts
Showing posts with label kerja.. Show all posts

Wednesday, December 03, 2014

Ancient Kapadokya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 03, 2014 0 komen best

Perjalanan saya bermula semalam. Jejak Uthmaniyyah, menelusuri perjalanan sirah Ottoman Empire, Romania dan Byzantine.. well. saya tak bagus dari segi sirah2 ni.. kalau tulis nanti bimbang tersalah, jadi saya akan betulkan bila ada sumber nanti.

Saya bertolak dari Istanbul jam 10 malam, berhenti di banyak tempat dan sampai di Goreme jam 9 pagi. 11 jam perjalanan ini, saya tak dapat melihat banyak benda, sebab saya memang 'a good sleeper', tambahan lagi, malam2 bukan boleh tengok apa2. However, saya tahu yang kebanyakan tempat hanyalah padang jarak padang tekukur, tak ada apa melainkan bukit bukau dan jalan yang sunyi, tidak sesibuk bandaraya Istanbul.

Pagi di Goreme, saya telah tiba ke "kota sarang semut", tempat bermulanya Christianity pada abad ke 12. I will do so much revision so that I can share here later on, insyaAllah.

Menjelang petang, kami ke gereja ortodoks, which is ada banyak lukisan yang dipadamkan mukanya oleh orang Greece (setelah berlaku pertukaran populasi Turkish-Greece pada permulaan pemerintahan Mustafa Kemal).

Selepas itu, kami ke Kota Bawah Tanah, tempat orang2 Kristian bersembunyi. *will find out more information later on*

Last but not least, for today, kami berhenti sebentar di 'Pigeon house' tempat terdapat banyaaak burung merpati. Ianya human-made, bukan pigeon-made.

Perjalanan saya ini mengikut rombongan 9 pelancong Korea termasuk seorang wanita Australia dan 2 lelaki Europe, seorang dari Uruguay dan seorang lagi dari Costa-Rica. 13 orang pelancong, dua pemandu pelanconh dan seorang pemandu.

Nora The Explorer.

Today's journey made me feels like I'm gonna work harder and fly a little further.

Terima kasih Allah, sebab bagi rezeki, jemput datang ke negeri orang, melihat kebesaranMu..

Saya terfikir sama ada kita sempat menjadi ancient atau tidak, dan sejarah kita dinikmati oleh generasi zaman akan datang, sebelum datangnya kiamat.

Wednesday, June 22, 2011

Old Couples.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 22, 2011 6 komen best
Seperti yang anda maklum, saya sekarang bekerja di sebuah kedai home deco di Nilai 3.

Hampir setiap hari kedai ini dilawati oleh pasangan yang sudah berumahtangga.. sebab kedai jual barang-barang rumah jarang dilawati orang muda yang belum ada rumah sendiri.. Apa yang saya perhatikan, most of the man (precisely, the husbands) memang sepakat dan sayangkan isteri mereka.. ingin berkongsi dan mahu memenuhi kehendak isteri, walaupun penat dah mengangkat barang-barang shopping yang lain. Lagi, entah mana nak letak almari kabinet serta set pinggan yang beli dari kedai ni. Kadang-kadang mereka sendiri tak faham kenapa isteri nak beli bunga sedangkan tak pandai gubah.

Ada tu yang datang seorang diri kali pertama kemudian datang lagi bawa isteri, sebab tahu yang si isteri sukakan apa yang dilihatnya. Tak ada perkataan yang boleh saya ungkapkan selain "sweet".

Perempuan, suka beli. Semuanya nampak cantik di mata, sambil membayangkan space yang mana kat rumah yang belum diisi. Lelaki, kalau bising-bising kat isteri pun, at last, bayar jugak.~~

Well, bukanlah harta benda yang para suami nak sangat bagi kat isteri, dan, bukan sebenarnya mengizinkan isteri beli bunga dan pasu banyak-banyak itu yang benar-benar dia mahu.. tapi, ingatan suami pada isteri, dan rasa ingin memberi penghargaan.. rasa cinta, itulah yang sebenarnya ada dalam hati mereka..

Suka, bila tengok pasangan tua. Mereka selalu sekata dan sepakat.. Walaupun kadang-kadang, perangai customer memang macam-macam.. :P

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea