Monday, July 18, 2011

Jadilah penghibur!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 18, 2011
Penghibur bukanlah seorang penyanyi dan pelawak, tetapi seorang yang mampu memberi suatu perasaan yang menggembirakan dalam hati orang lain. Orang yang menghiburkan, mestilah mempunyai hati yang terhibur dan bahagia.

Banyak sekali pelawak dan pelakon terkenal yang digelar penghibur sama ada dari Barat atau Timur, hakikatnya memmpunyai hati yang tak terhibur. Cuba kaji pelakon watak Mr. Bean, P. Ramlee, Charlie Chaplin.. saya yakin, hakikatnya mereka memiliki jiwa yang tak bahagia.

Sebagai seorang manusia, kita perlu bijak menghiburkan hati.. hati kita perlukan hiburan. Hiburan sebuah hati bukanlah berbentuk dendangan muzik yang kuat sehingga sakit telinga dan puas hati, hiburan hati ialah didikan dan rangsangan-rangsangan yang baik, yang mampu memberi ketenangan padanya..

hati akan terhibur dengan akhlak yang baik, namun sebaliknya hati akan benci kepada perbuatan yang keras, kasar dan keji..
hati juga akan terhibur dengan wajah yang tersenyum, sebaliknya hati rasa 'down' dan marah melihat wajah yang masam..

Rahsia untuk menjadi seorang penghibur ialah dia mesti memiliki seni menghibur dalam dirinya.

Penghibur terbaik ialah al-Qur'an. Kalau tak percaya, masa rasa down yang teramat sangat, cuba buka al-Qur'an. Ia akan membuat anda rasa bahagia dan tersenyum, kerana di dalamnya terdapat seribu satu janji yang pasti dari Allah.. Allah mengajarkan apa yang kita tidak tahu, dan mengkhabarkan berita-berita melaluinya.. al-Qur'an adalh seperti surat daripada Kekasih secara telus kepada kekasihNya..

Saya ingin mengajak anda untuk selalu berdoa agar kita menjadi insan yang tenang dan menenangkan, senang dan menyenangkan, terhibur dan menghiburkan, agar orang-orang di sekeliling kita merasa bahagia atas kehadiran kita dalam hidup mereka.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea