Wednesday, July 20, 2011

Misi kecil tapi besar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 20, 2011
Menceritakan hal kecil-kecil dalam hidup ni adalah benda yang tak best. Mungkin sebab kita tak ada perihal besar-besar untuk dikongsi, lalu kita meneruskan bercerita kisah dongeng.

Bertanya tentang makan minum itu hal kecil. Tidur bangun juga hal kecil. Perihal kereta mewah pun masih hal kecil. Apatah lagi kesibukan menguruskan bisnes, ia juga masih hal kecil. Masih tidak menghairankan lagi pada waktu sekarang jika kita sibuk mencanang cerita bahawa kita bakal bergelar dokter atau engineer, atau berkahwin dengan seorang yang kaya.

Semua itu tak ada harga, jika ianya untuk kepentingan diri. Tak ada harga jika tak bawa kebaikan dan manfaat pada orang lain.

So..

kalau nak kerja, setakat dapat duit rm 800 pastu rasa puas hati, tak contribute apa-apa dan tak bawa apa-apa manfaat, memanglah kita ni mempunyai jiwa yang kecil je. Rasanya semut hitam lebih mulia, sebab sentiasa berubudiah kat Allah. Dia kerja tak minta ganjaran!

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea