Wednesday, December 22, 2010

Kerana cinta terlalu banyak..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 22, 2010
Remaja. Cukup sinonim dengan perkataan mencari. Mencari cinta, terutamanya.

Saya remaja, saya taulah. :p
 Tapi, perlu ke cari cinta ni? Kalau tanya saya, mestilah saya kata Ya, Perlu, Mesti. Tapi mestilah cari cinta yang tulen, bukan cinta merapu lagi palsu..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak mengenalpasti cinta.
Apakah yang kita rasai itu hanya suka, atau sayang, atau cinta atau nafsu..?

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak menguruskannya..
Bila, bagaimana, apa, siapa..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak memilih
yang mana satu kaca, yang mana satu permata
kerana jika kita terpilih kaca, kitalah yang terluka
jika kita memilih permata, no doubt, kita akan kaya

Pepatah 'jawa' ada berkata,
"Too much love will kill you and too deep love will hurt".

Berhati-hatilah dengan cinta yang terlalu banyak, kerana ia boleh berubah menjadi sangkar emas lalu mengurung jiwa-jiwa yang dicintai..

Tunaikanlah hak cintamu, dan, cintailah Yang Memberikan cinta kepadamu.. kerana Dia lebih berhak. ^_^

Khalil Gibran ada menulis tentang cinta dalam puisinya;

Lalu berkatalah Almitra, Bicaralah pada kami perihal Cinta.
Dan dia mengangkatkan kepalanya dan memandang ke arah kumpulan manusia
itu, dan keheningan menguasai mereka. Dan dengan suara lantang dia berkata:
Pabila cinta memberi isyarat kepadamu, ikutilah dia,
Walau jalannya sukar dan curam.
Dan pabila sayapnya memelukmu menyerahlah kepadanya.
Walau pedang tersembunyi di antara hujung-hujung sayapnya bisa melukaimu.
Dan kalau dia berbicara padamu percayalah padanya.
Walau suaranya bisa menggetar mimpi-mimpimu bagai angin utara
membinasakan taman.
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau, demikian pula dia akan
menghukummu.
Sebagaimana dia ada untuk menyuburkanmu, demikian pula dia ada untuk
mencantasmu.
Sebagaimana dia mendaki ke puncakmu dan membelai mesra ranting-ranting
lembutmu yang bergetar dalam cahaya matahari.
Demikian pula dia akan menghunjam ke akarmu dan menggegarkannya di dalam
pautanmu pada bumi.
Laksana selonggok jagung dia menghimpun engkau pada dirinya.
Dia menghempuk engkau hingga kau telanjang
Dia mengasing-asingkan kau demi membebaskan engkau dari kulitmu.
Dia menggosok-gosok engkau sampai putih bersih.
Dia meramas engkau hingga kau menjadi lembut;
Dan kemudian dia mengangkat engkau ke api sucinya sehingga engkau bisa
menjadi hidangan suci untuk pesta kudus Tuhan.
Semua ini akan ditunaikan padamu oleh Sang Cinta, supaya bisa kau fahami
rahsia hatimu, dan di dalam pemahaman dia menjadi sekeping hati Kehidupan.
Namun pabila dalam ketakutanmu kau hanya akan mencari kedamaian dan
kenikmatan cinta.
Maka lebih baiklah bagimu untuk menutupi tubuhmu dan melangkah keluar
dari lantai-penebah cinta.
Memasuki dunia tanpa musim tempat kau dapat tertawa, tapi tak seluruh
gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua airmatamu.
Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil
apa-apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki;
Kerana cinta telah cukup bagi cinta.
Pabila kau mencintai kau takkan berkata, "Tuhan ada di dalam hatiku," tapi
sebaliknya, "Aku berada di dalam hati Tuhan."
Dan jangan mengira kaudapat mengarahkan jalannya Cinta, sebab cinta, pabila
dia menilaimu memang pantas, mengarahkan jalanmu.
Cinta tak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya. Namun pabila kau
mencintai dan memerlukan keghairahan, biarlah ini menjadi keghairahanmu:
Luluhkan dirimu dan mengalirlah bagaikan anak sungai, yang menyanyikan
alunannnya bagai sang malam.
Kenalilah penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh.
Rasa dilukai akibat pemahamanmu sendiri tentang cinta;
Dan menitiskan darah dengan ikhlas dan gembira.
Terjaga di kala fajar dengan hati berawangan dan mensyukuri hari baru
penuh cahaya kasih;
Istirah di kala siang dan merenungkan kegembiraan cinta yang meluap-luap;
Kembali ke rumah di kala senja dengan rasa syukur;
Dan kemudian tidur bersama doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sekuntum
nyanyian puji-pujian pada bibirmu.
(Dari 'Sang Nabi')
Photobucket

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea