Jiwa & Kehidupan
yang kuat atau lemah, yang hidup atau mati itu adalah jiwa kita.
yang kuat atau lemah, yang hidup atau mati itu adalah jiwa kita.
Ketika jiwa kuat, masalah besar dirasakan kecil.
Namun, ketika jiwa lemah, masalah yang kecil-kecil saja sudah mampu menjadikan kita lupa diri.
Kata-kata diatas dicatat ketika Retreat'10 daripada kata-kata Ustaz Ali Irfan. Memang betul, ketika jiwa kuat, apabila ada masalah menghalang saja, terus penyelesaiannya pop-out dalam kepala dan hati berbisik, "Allah kan ada.."..
Namun ketika hati rasa lemah, segalanya menjadi kucar-kacir. Diri tidak lagi proaktif dan lincah melaksanakan sesuatu seperti sebelumnya. Jujur saya katakan, ianya menjadi penyebab untuk saya berkali-kali mempunyai keinginan untuk menutup terus blog ini. Kerana ada satu persoalan yang selalu timbul di benak ini, "layak ke aku tulis macamni?"
Saya benar-benar rasa tak layak untuk menjadi seorang da'ie atau bergelar da'ie. Saya takut sekali menggunakan gelaran itu kerana takut diri ini membawa fitnah. Pada saya, seseorang yang bergelar da'ie itu sempurna. Sempurna dan sensitif dengan dosa pahalanya. Malu kerana sentiasa merasakan CCTV Allah ada di mana-mana.
Namun bila berfikir saya taknak lagi menjadi da'ie kerana rasa tak layak, timbul pula persoalan lain;
"tanpa menjadi da'ie apalah saya ni sebenarnya. Hanya menjadi empty shell tanpa nilai."
Dalam satu slot pengisian, Ustaz Ali ada berkongsi kata-kata ini; "dakwah ini adalah satu bekalan terbaik yang boleh kita persembahkan di hadapan Allah. Ia adalah satu peluang, kerana dengan amal kita sendiri untuk dipersembahkan pasti tidak cukup".
Sebenarnya semua orang itu da'ie, apabila dia mengucapkan "Laailaahaillallah.."
Saya tak ingin ada calar di belakang saya di akhirat kelak tanda lari dari medan jihad. Nauzubillah.

0 komen best:
Post a Comment