Thursday, December 02, 2010

I'm yours ??

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 02, 2010
I'm yours, you're mine?

He's mine, not yours?

We belong together?

hohoho.
Saya pernah menghalang kawan saya daripada 'approaching' seseorang yang dia suka semata-mata sebab dia sudah berpunya. Kemudian kawan saya kata, "kalau orang dah bertunang pun boleh putus, apatah lagi yang sekadar couple je" (which means, orang dah kahwin pun boleh bercerai, kan?)

Sedarlah. Dont be too childish.

Kalau anda pernah, ada orang berkata 'i'm yours , you're mine, we belong to each other etc etc yang boleh buat hati anda cair macam aiskrim apabila mendengarnya, orang itu sebenarnya tidak sedar, atau mungkin terlupa bahawa dia sendiri tidak berhak ke atas setiap urat nadinya sendiri yang berdenyut.

Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan. Kita biasa mendengar, "Sayangilah seseorang sekadarnya, boleh jadi dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang sekadarnya, boleh jadi dia akan menjadi orang yang disayangi"

Ramai sekali di antara kita yang terfikir, "macammana aku nak kawin kalau tak couple dulu"?
Ramai juga antara ibubapa yang berfikir, "macammana anak aku nak kawin kalau dia tak cari pasangan dulu?".. Malah, berlagak sporting bila membiarkan anak dating di luar rumah.

Tolonglah. itu bukan sporting  namanya. Itu dipanggil irresponsible a.k.a tak bertanggungjawab. Tak cukupkah kebejatan sosial yang ada sekarang untuk menyekat tahap sporting?

Jangan gah dengan dosa yang kita buat dengan menayangkannya kepada umum: facebook, blog, dsbg. Jadilah orang yang bermaruah, yang tak merendahkan agama!
Photobucket

6 komen best:

Hazwan said...

yup2..
kalo x silap la..
dayus kalo sorg laki mmbiarkan anak pmpuannya gi dating hehe

aal said...

yup2... betul2... truskan menulis ya ukhti..
sy da suke tahap kritikal kat blog ni.. ngee... like ur entry beri2 much.. :)

norashikin rahmat said...

@hazwan arif;
boleh rujuk entri ni:
http://fadhlimd.blogspot.com/2009/07/ringan-ringan-sebelum-kahwin.html

berkisarkan tentang lelaki akan menjadi dayus apabila melakukan sesuatu yang disenaraikan (dalam entri tersebut).

norashikin rahmat said...

@syauqah wardah kesayangan,
terima kasih kerana membaca dan beri komen.. semoga memberi manfaat kepada diri kita :)

Unknown said...

bagus entri ni..sangat setuju!!!he3..

norashikin rahmat said...

thanks plankton for stopping by. semoga bermanfaat.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea