Sunday, July 04, 2010

hidup penuh harapan: hari pendaftaran pelajar baru sesi 2010/2011

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 04, 2010
Penat betul harini.

Tapi ahli team jualan yang lain mesti lebih penat berbanding saya. Diorang bertugas untuk akaun, angkat barang, goreng nugget dan sosej, buat air, susun barang dan ape-ape ntah lagi yang saya tak perasan.. Saya cuma jual food dan tolong mana yang patut aje.

Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7 camtu parents dah sampai. Macam tahun lepas, sepanjang jalan akan ternmpak banner-banner ucapan selamat datang kepada pelajar baru. Bila ternampak banner kat dewan EON, baru tahu yang DPP EON adalah DPP TERBAIK 2009 di UUM. Wah, bangga saya dengan dpp Eon. :)

Sepanjang setengah hari saya berjualan, macam-macam ragam saya tengok. Teringat pulak masa hari pertama. Masa tengok ibubapa yang dah berumur dan atuk nenek hantar anak/cucu mereka, hati saya macam diruntun-runtun sedihnya. Teringat-ingat wajah ibu masa hantar saya. Teringat-ingat wajah ibu setiap kali saya akan pulang ke kampus. Wajah penuh harapan, Wajah yang berkata-kata seperti berpesan: "jaga diri baik-baik nak, belajar rajin-rajin"

Mereka menggagahkan diri untuk orang kesayangan mereka.  Duit mereka mengalir macam air untuk kita. Siapa tahu kalau adik-adik kita kat rumah dikurangkan belanjanya kerana kita. Siapa tahu kalau ayah kita ikat perut berbulan-bulan nak sara kehidupan kita di universiti. Why not kita yang masih muda menggagahkan diri untuk capai yang terbaik untuk mereka?

Kalau rasa diri dah hebat, terlupa kat ibu ayah, saya pesankan, sekurang-kurangnya datanglah pada hari pendaftaran untuk sesi akan datang pula untuk melihat wajah yang penuh harapan. Waktu tu, anda akan betul-betul tak dapat lupa wajah ibu sendiri!

p/s: sedihnya :'( saya rindu ibu..
Photobucket

6 komen best:

beliamuda said...

tahun lepas masuk ke dalam suasana macam ni. terasa kelainannya. masa tu kat USM Penang. wajah ayah ibu yang berharap kepada anaknya.

norashikin rahmat said...

@beliamuda:
masa baru masuk univ memang xberapa nampak wajah2 tu..plus, semua orang pesan perkara yang sama: belajar rajin2. pesanan tu dah macam angin lalu je.. tapi bila terlihat dari air muka orang lain, baru betul2 sedar harapan yang tersirat di sebalik kata-kata yang simple.

fahana_ann said...

salam rindu kembali..
betul ikin..masa kita lalui kita rasa macam biasa..apa lah pada ayat yang dah biasa org lain cakap.. tapinyer, bila tengok wajah2 yg penuh harapan pada muka orang lain, teringat, terimbas kembali. harapan yang sama..untunglah, masih ada peluang untuk perbaiki..salam mahabbah..jaga diri baik2 ye>_<

norashikin rahmat said...

terima kasih, kak fahana.. :)
insyaAllah, suatu hari nanti kita pun akan ada anak dan mempunyai harapan yang tak kurang besarnya macam ibu dan ayah kite..

intern elok2 ye :D

SuNsHiNe said...

waa~ btol2..sbb kdg2 bile kita selalu dgr bnda kita rse mcm da lali,pastu xamek endah..cm hal ni btol la..kna tgok balik mke parents yg anta anak2 g blaja ni..huhu

norashikin rahmat said...

kin nak tunggu jeton hantar anak gi skola nanti..jeton kawin cepat skit tau! :p

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea