well the hardest time in life will be the best thing for me.
Sekali lagi, untuk Karival Keusahawanan dan Kebudayaan UUM anjuran DPP EON, saya bekerja dengan bangsa cina. Saya semakin faham perangai dan kerenah diorang.. once kita dapat baca tindakan dan kebiasaan seseorang tu, senanglah kita nak cope dengan diorang.
Cuma, saya hadapi masalah yang sama, iaitu tentang protokol pemakaian. Kali ni saya tak tahu mana nak lari. Saya betul-betul bekerja sebagai Biro protokol, dan ketua saya kali ni lebih strict walaupun agak tolerant dalam lain-lain hal.
Allah pasti akan bantu saya kali ni juga.
Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan ini akan berlangsung selama 5 hari pada 24-28 Julai 2010.
Cuma karnival ni agak istimewa dan besar berbanding ekspo-ekspo keusahawanan UUM sebelum ni. Sebagai usaha mempromosikan karnival ni, pelbagai aktiviti dan perkara menarik yang akan berlangsung, antaranya;
- Food Carnival di bahagian tapak ekspo
- Jualan barang-barang seperti pakaian, kasut, beg, dan pelbagai lagi
- ICT carnival di Dewan MAS (camera carnival, computer n handphone carnival)
- cabutan bertuah sepanjang karnival berlangsung
- Pertandingan tarian
- Pertandingan nyanyian
- Jemputan artis
Sepanjang karnival ini berlangsung, bas kitaran kampus akan disediakan bermula 6petang sehingga 12malam. Hadiah pertandingan juga adalah lumayan, semuanya RM 100 above. Tak dinafikan, hadiah cabutan bertuah juga bukanlah barangan biasa seperti pensel dan pen, tetapi lebih kepada barangan seperti pendrive dan yang lebih berharga.
Melihat cara mereka bekerja:
Saya dah hampir lali dengan kawan-kawan dari bangsa lain: orang cina yang paling biasa. Mereka cukup komprehensif dalam membuat rancangan. Kata orang, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, wanginya pun terpalit sama, kan? Sedikit demi sedikit, sayapun cuba meniru apa yang baik..tak kedekut, dan mudah mesra.
dan yang saya perhatkan, elemen asas marketing: 4P, menjadi asas kepada semua perancangan program ni. Banyak yang saya belajar.

2 komen best:
macam mana dengan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan? semua ok?
alhamdulillah..walaupun ada masalah sikit-sikit, tapi semuanya berjalan lancar.. dah selesaipun, tapi komplikasinya saya dah demam dan batuk sejak karnival berakhir.. dan sunburnt.. oh.. penat sagt kut =.='.
nanti saya buat post tentang akhiran karnival tu ye. :)
Post a Comment