Thursday, March 25, 2010

kesatuan dalam berpasukan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 25, 2010
tadi saya hadir ke Perasmian Pesta Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia untuk sesi integrasi kokurikulum-Saya Ko-k Pembimbing Rakan Sebaya.

Saya ceritakan kronologinya.
kami tiba ke padang luar stadium Pusat Sukan pada 8-8.30 pagi, kemudian perarakan masuk dalam pukul 9pagi. Kami yang integrasi cuma bertugas memenuhkan tempat duduk di stadium aje, menyaksikan perarakan lintas hormat dan persembahan.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk dan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen PALAPES darat, udara dan laut, diikuti Kor Suksis PDRM, kemudian kontinjen Dewan Penginapan Pelajar (DPP), barisan pelajar asing, kontinjen pancaragam SK Sintok, kontinjen band dan penari SM Asma dan Kontinjen Band UUM.

Selepas lintas homat, majlis diteruskan dengan ucapan YDP MPP/Pengarah EKUUM, Mohd Syafiq Japar dan dirasmikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi. Selepas perasmian, majlis diserikan dengan persembahan oleh adik-adik sekolah rendah, Band sekolah menengah, band UUM, kemudian persembahan oleh RAMD (Rejimen Askar Melayu diRaja) Kepala Batas.

Apa yang saya nak ketengahkan kat sini bukanlah kemalangan pesawat udara yang berlaku semasa persembahan band UUM yang menyebabkan suasana menjadi tidak tenang selepas itu, tetapi saya menghargai kesatuan dalam berpasukan yang ditunjukkan oleh kesemua kumpulan kontinjen, khususnya kepada kumpulan PALAPES dan band-band pancaragam.

Apa yang saya perhatikan, synchronization yang wujud antara mereka menghasilkan sebuah persembahan yang indah dan harmoni, cantik dan bergaya.  Untuk menghasilkan keharmonian ini, bukan sedikit usaha yang dilakukan. Selain latihan, kesatuan ini terbentuk melalui ketua yang bijak.

Kawan saya cerita, kadet palapes kena rendam dalam tasik Guthrie untuk beberapa jam pada waktu pagi-pagi buta (2am kut). Latihan pula sangat tough, dalam kem, diorang hanya diberi 1 botol mineral untuk bertahan selama berapa hari entah. 3 hari kut. Pastu Berus gigi sebatang kena kongsi untuk 40 orang. dan banyak lagi yang saya tak ingat. Thats how, and thats why. Mereka diajar untuk menjadi sebati dan sehati sejiwa.

Dulu, saya pun PKBM masa sekolah menengah. Tapi latihannya tidaklah serius, sekeras dan sesusah kadet palapes di universiti.

Persoalannya, adakah untuk membentuk kembali perpaduan antara rakyat, pemimpin sesama pemimpin perlu melalui latihan sekeras ini?

Untuk membentuk kesatuan rakyat, adakah rakyat berbilang kaum ini mesti dsebatikan dengan kekerasan dan kesusahan?

Untuk menjadikan pemimpin berjiwa rakyat dan bukan makan harta rakyat dan saling tindas menindas, perlukah pemimpin duduk dan hidup dengan rakyat, berkongsi jiwa dengan mereka,supaya rakyat memahami pemimpin dan pemimpin memahami rakyat?

kalau saya di tampuk atas, kesemua jawapan kepada persoalan ini adalah ya kalau bukan dengan tarbiyyah imaniyyah-sebab manusia pada hari ini, walau pangkatnya seolah raja, walau hanya rakyat biasa, kalau cuma penagih jalanan, semuanya, sama sahaja-hidup seperti apa ya, makan tidur dan berkelamin cuma.

Penyelesaiannya, tarbiyyah Islamiyyah.


p/s: Takziah untuk lelaki yang bawa pesawat dari Kepala Batas untuk perasmian EKUUM itu, saya pun tak pasti keadaannya. Semoga Allah bantu.

Photobucket

2 komen best:

Unknown said...

owh,ada kemalangan ke?
uum untung ada badan uniform, kat sini xde
masuk palapes mst best, dh la dpt elaun

norashikin rahmat said...

dapat elaun, then graduate with 2 honour-leftenan muda dan bac. degree dalam bidang sendiri. dan untuk pengiktirafan itu, ada harga yang mesti dibayar.

kemalangan tu, mula2 saya ingatkan gimik je dan hati pun berkata everything should be okay. tapi.. berita terbaru mengatakan pemandu pesawat tu meninggal dunia. Innalillah..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea