Showing posts with label wacana pemikiran Islam. Show all posts
Showing posts with label wacana pemikiran Islam. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

9/10, bukan lagi rahsia-part 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 31, 2010 0 komen best
Dalam forum ini, Ustaz Zahazan mengatakan bahawa Business adalah membina orang-orang di sekeliling kita untuk menyokong kita. Franchise-jenis perniagaan berangkai di bawah satu penjenamaan seperti 7Eleven- sebenarnya adalah berasal darpada teori Islam, berdasarkan teori koperasi Islam.

Berniagalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Berdoalah untuk sentiasa dekat dengan Allah.Pernah dengar tak nama Abdullah bin Sirin, seorang saudagar minyak zaitun? Pada suatu hari, pekerjanya mengkhabarkan bahawa satu daripada 100 tong minyaknya dimasuki tikus-atau lebih tepatnya, mengandungi bangkai tikus. Lalu Abdullah bin Sirin memerintahkan satu tong minyak itu dibuang isi keseluruhannya. Belum sempat khadam itu kembali ke tempat tong minyak tadi berada, pekerja lain telahpun mengangkat tong minyak yang mengandungi bangkai tikus itu untuk berada bersama-sama tong minyak yang lain. Apabila Abdullah bin Sirin mengetahui hal ini, maka beliau memerintahkan kesemua minyak zaitun daripada 100 tong yang ada dituangkan, iaitu dibuang. Adakah anda merasakan ia membazir dan rugi? Saya yakin dan pasti, orang yang tidak beriman akan membuang sahaja bangkai tikus itu dan menjualkan kesemua minyak zaitun, tapi Abdullah bin Sirin sanggup melakukannya demi mengharapkan keredhaan Allah dan takutkan balasan Allah.

Subhanallah, bersemangat betul rasanya saya. Cari dan galilah semangat orang yang berjaya yang mengharapkan keredhaan Allah, dan banyakkan berdoa supaya Alah mengajar kita perkara baru yang orang lain tidak tahu. Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W mengajar umat Islam supaya jangan bergantung kepada orang lain, dan penuh pengharapan kepada Allah kerana itulah kemuliaan yang paling tinggi. Janganlah kita bergantung kepada orang yang tidak ada kemuliaan padanya.

Dr. Jamnul berkata, bab rezeki ni, janganlah bergantung dengan manusia. Jangan berkira sangat... Sebabtu kita jangan kedekut dan lokek.. Imam Hasan al-Basri keika ditanya tentang ketenangannya (sebab beliau ni sangat tenang orangnya), dia menjawab; "kerana aku tahu bahawa rezekiku ditetapkan oleh Allah.."

Sewaktu sesi soaljawab, ada yang bertanya tentang meletakkan pelaris di dalam premis dan kedai, iaitu ayat-ayat al-Qur'an, gambar sultan, dan lain-lain. Soalan ini dijawab dengan menyatakan bahawa amalan kepada ayat itu yang penting, bukan hanya dengan menggantungnya semata-mata. Amalan ini dibimbangi menjadi khurafat, sebab kita seperti mengharap kepada kedatangan rezeki hasil daripada ayat itu, bukan semata-mata dari Allah-wallahu a'lam.

Dari segi pengiklanan, ahli panel berpesan, pengiklanan juga menyumbang kepada punca rezeki, jadi biarlah pengiklanan itu mengikut syara' dan baik, bukan mengunakan model-model yang tak menutup aurat dsb. Sebenarnya perkara-perkara begini amat halus perhitungannya, terutama dari segi punca rezeki..kita mesti sangat berhati-hati, untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi baik dalam perniagaan, khususnya. Jadilah kita orang yang amanah, dan banyaklah bersedekah dalam mengusahakan perniagaan. Ini kerana Allah berjanji akan memberikan pulangan berganda-ganda kepada orang yang suka bersedekah-ingat tak kisah Saidina Ali sedekah buah delima kepada seorang tua di perjalanannya padahal buah delima itu untuk isterinya, Fatimah yang mengidam? Allah memberikan kepadanya pulangan 10 biji buah delima, dihantar melalui malaikat pula- lihat bagaimana Allah mengangkat darjat dan memberi kemuliaan kepada orang yang bersedekah.

Wallahu a'lam. semoga bermanfaat fillah.


Photobucket

Tuesday, March 30, 2010

Wacana Pemikiran Islam bersama Dr. Asri Zainul Abidin dan Dr Muhammad el Muhammady

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 30, 2010 0 komen best
sampai bilik aje saya cepat-cepat nak update blog. haih. Kalau awal bulan Mac yang lalu telah berlangsungnya Wacana Pemikiran bersama Syeikh Nuruddin al-Banjari [yang saya tak dapat hadir kerana ada kelas], jadi, pada
1 April ini, Universiti Utara Malaysia menganjurkan 
Wacana Pemikiran Islam  
bersama tokoh yang tidak asing lagi,  
+Dr. Asri Zainul Abidin, 
Pensyarah Kanan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), 
dan  
+Dr. Muhammad Uthman el Muhammady, 
Felo yang Amat Utama, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  
moderator 
Profesor Madya Dr. Shukri Ahmad,
pensyarah UUM CAS yang amat saya segani dan hormati,
di 
Dewan Seminar Bangunan Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia 
pada pukul 10 Pagi
---------------------------Jom Beramai-ramai pergi majlis ilmu!-------------------------------------
[rasa excited dan tak sabarr!]
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea