Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah rumah terpencil di hujung sebuah kampung yang terpencil di daerah paling kecil di sebuah negara bernama Alamaya.setelah sekian lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat. si suami selalu memujuk isterinya yang kadang-kala bersedih kerana sepi tanpa cahaya mata dengan kisah Nabi Zakaria dan kisah Al-Imran... setelah agak berumur, barulah si isteri mengandung anak pertama.. pasangan ini terasa amat bahagia apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal dikurniai anak sebagai penyeri rumah tangga.
setelah sampai waktunya si isteri hendak bersalin, maka si isteri inipun selamatlah bergelar seorang ibu dan suaminya bergelar bapa setelah bayi perempuan mereka dilahirkan. bayi yang comel ini diberi nama Rindu, atas sebab ibubapanya yang telah lama menanggung rindu untuk memperoleh anak. Rindu dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, maklumlah, cuma itu saja buah hati pengarang jantung Encik Bapa dan Puan Ibu. Rindu juga membesar sebagai anak yang baik, taatkan ibu dan abahnya, serta sentiasa berusaha menggembirakan hati kedua-dua orang tuanya itu. Rindu sentiasa mendapat tempat terbaik di tempat belajarnya demi melihat ibu dan abahnya bangga memperoleh anak secerdik dirinya.
masa berlalu tanpa disedari. Rindu kini sudah berumur 13 tahun dan ditawarkan untuk belajar di sekolah asrama penuh. tinggallah ibubapanya di rumah kerana melepaskan Rindu bersekolah di sekolah asrama tersebut, demi melihat Rindu mengecap kejayaan yang diimpikan. bagi mereka, kebahagiaan Rindu pastilah kebahagiaan mereka juga. Di sekolah, Rindu menemukan pelbagai kawan beraneka perangai. daripada yang banyak kerenah, sehinggalah yang baik macam malaikat. Rindu berkawan dengan semua orang, dan ternyata semua orang suka berkawan dengan Rindu.Rindu juga selalu mendapat keputusan yang memberangsangkan kerana menjadikan kedua-dua orangtuanya sebagai sumber inspirasi bagi mencapai kecemerlangan.
setelah 5 tahun bersekolah di asrama penuh, Rindu kini menunggu keputusan peperiksaannya. dia mengisi masa lapang dengan bekerja sambilan sebagai tukang taip di sebuah kedai menjual kren. gajinya lumayan juga, satu huruf satu sen. daripada pengalamannya bekerja itu, Rindu memperoleh keinginan untuk menjadi seorang eksekutif di bangunan-bangunan pencakar langit yang difikirnya begitu hebat dan elegan.
setelah keputusan peperiksaan diperoleh, Rindu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi yang tempatnya jauh beribu-ribu batu dari rumahnya. kalau naik basikal pun pasti mengambil masa entah berapa lama kalau dikayuh macam pakcik jual aiskrim. seperti yang dijangka, ibubapa rindu tidak membantah, malah amat gembira kerana anak mereka mempunyai wawasan untuk berbakti menabur budi setelah bekerja kelak. galakan mereka menjadi inspirasi buat Rindu. akhirnya Rindu mendaftar di sebuah institut pengajian tinggi dengan bantuan kewangan yang diperoleh daripada sebuah syarikat mengeksport kura-kura batu.
di institut pengajian tinggi ini, Rindu mempelajari bidang Pengurusan Eksekutif dan menyertai pelbagai aktiviti bagi mengasah
soft-skillnya. Pada suatu hari, kawan lama Rindu yang ditemui di tempat dia belajar mengajak Rindu menyertai sebuah persatuan Kembara yang mengajar ahlinya mendalami cara-cara mengembara dengan baik serta memupuk mereka menjadi berani melalui aktiviti kebajikan, jalan-jalan di hutan dan menghayati liku-liku hidup. Rindu, tanpa ragu-ragu ikut serta persatuan tersebut dan setelah ditelitinya, ternyata menyertai persatuan tersebut membawa satu sinar penghayatan alam kepada dirinya. Rindu memberitahu ibu tercinta yang dia menyertai persatuan tersebut demi menyuburkan cintanya kepada alam, serta demi memupuk keberanian dalam dirinya. si Ibu yang selama ini menyokong segala keinginan anaknya selagi baik, pastilah menggalakkan anaknya berbuat hal yang baik lagi mulia ini. namun Puan Ibu berkata kepada anaknya: "Rinduku sayang, kini kau sudah besar. telah kudidik engkau berfikir dengan waras berlandaskan al-Qur'an dan hadis. jikalau kau merasakan persatuan yang kau ikut itu baik, maka ikutilah. terpulang semuanya kepadamu. pastikan kau tidak tersesat dalam kembaramu. sebelum kau menyertai, telitilah dahulu dengan baik-baik, entah-entah ia menyebabkanmu sesat di dalam hutan.kita tidak berjalan mengembara untuk mencari titik hujung atau akhir kehidupan, tetapi kita mengembara demi kembali ke asal kita yang sendiri".
kata-kata si ibu membuat Rindu terpana, dan terdiam. walau sudah diterangkan kepada ibunya yang persatuan itu bertujuan baik dan berhaluan kanan, dia menganggap ibunya ragu-ragu dan tidak merestui sangat keinginannya. jadi kini Rindu terasa agak sedih dan keliru. adakah Puan Ibu tidak merestui jalan yang dipilihnya? mungkin dia akan meninggalkan persatuan yang dikasihinya demi memastikan ibunya redha. dalam hal ini, adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar, atau apa yang dikatakan Puan ibu merupakan langkah berjaga-jaga? Rindu tidak perlu bertanyakan pendapat abahnya, Encik Bapa sebab telah difahaminya sejak lahir bahawa abahnya itu merupakan penyokongnya yang terkuat walau apapun keputusan Rindu.
jadi, kini Rindu dalam dilemma. ibunya kalau hal yang lain boleh pula nak
sporting, tetapi entah kenapa kali ini seperti tidak memberi persetujuan. Rindu juga agak pelik apabila ibunya ada memberi 'lampu hijau' untuk hal mempunyai teman istimewa, walau sudah maklum bahawa Rindu masih belajar dan tidak perlu 'Mr. Right'.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini bukan kisah yang main-main saja. hal begini selalu berlaku. aku tidak setuju kalau ibubapa terlalu terbuka dalam memberi kebebasan kepada anak. memanglah sayang anak, tapi kalau terlalu memberi kebebasan kepada anak terutama dalam hubungan lelaki perempuan, itu sudah jadi sesuatu yang tidak perlu dan tidak patut. dan, kalau biarkan saja anak ikut kepala sendiri, itu maknanya bukan sayang anak, tetapi tak sayang anak. menghancurkan anak, malah tidak menjaga anak sebagai amanah dengan baik-baik. kecuali setelah berusaha.
persoalan yang masih belum terjawab; adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar kepada Rindu atau kata-kata si ibu merupakan satu langkah berjaga-jaga demi memastikan anaknya tidak tercedera dalam Kembara? hmmmmm...
p/s: cerita ini adalah originally by cik ashikin. tidak ada ciplak atau kopipes mahupun ceklatpes, okeh :)
sebagai satu santapan akal dan hati.