Thursday, February 25, 2010

sekadar secebis perkongsian rasa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 25, 2010
Rinduku Ya Rasulallah
Padamu Ya Habiballah
Walau tak pernah bersua 
Cintaku tetap membara

Rinduku Ya Rasulallah
Padamu Ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah Kekasih Allah..

Tatkala ini, saya terdengar-dengar suatu panggilan.

Panggilan itu adalah panggilan rindu seorang nabi kepada umatnya. Ummati..ummati..ummati.. Saya juga rindukan dia. Saya ingin sekali berkongsi apa yang saya rasa dengan anda. Dengan ibu bapa saya. Dengan sahabat-sahabat saya. Terkadang saya bimbang, saya lebih kasihkan orang lain berbanding orang yang sangat mencintai saya..

Apalah ertinya syahadat jika kita tak menghayati. Perasaan yang ingin saya kongsikan hanya bererti jika seseorang mampu membuang perasaan rindunya kepada orang lain.

Sahabatku, saya tidak mampu meluahkan rasa yang terbuku. Tetapi kata-kata ini saya petik dari Cikgu Azmi di blognya yang bertajuk; Seruan Ramadhan: Menangislah untuk Rasulullah SAW.

Pengorbanannya diluar batas kemanusiaan. Pernah Baginda berjalan-jalan ditengah padang pasir ketika tengahari yang panas yang kebiasaannya masyarakat Arab akan berehat di rumah. Apabila Baginda bertemu dengan dua orang sahabat maka ditanya kepada Baginda, kenapa Baginda SAW di situ, maka jawabnya “Aku lapar, sudah beberapa hari aku tidak makan”.

Bukankah Saidatina Khadijah isterinya adalah seorang janda yang cukup kaya dan Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang peniaga yang Berjaya dan disenangi?

Kemanakah perginya harta kekayaan Baginda?

Kenapa Baginda harus lapar?


Bahkan setelah dijamu makan oleh sahabat tadi, Baginda minta pula sedikit makanan untuk anaknya Fatimah RA, kata baginda “Sudah beberapa hari makanan tidak masuk ke dalam perutnya”. Kemanakah seluruh kekayaan Baginda dibelanjakan hingga Baginda dan anak kesayangannya itu terpaksa melalui hari-hari yang panas dalam kelaparan?
Bukankah semuanya dikorbankan untuk kita?
Untuk keimanan sampai ke hati-hati kita,
untuk kita mengenal Allah sebagai Ilah dan Rabb
dan untuk kita selamat dari azab neraka Allah SWT.
Sekadar secebis rindu. Semoga rindu ini lebih bererti buat saya. Selawat dan salam untuk baginda nabi SAW.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea