Thursday, February 04, 2010

kenapa saya sepohon kayu mati?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 04, 2010
Seorang perempuan remaja berumur dalam lingkungan belasan tahun termenung. Dia memandang ke luar tingkap bas, membuang ingatannya yang sarat tertumpu pada tugasan-tugasan kuliah yang tidak kunjung habis. Ditambah dengan aktiviti-aktiviti luar kuliah, semua itu, walaupun kesukaannya, kadang-kadang membuat dia terasa lelah. Di sepanjang perjalanan, mujur ada pohon-pohon yang saujana menghijau, mendamaikan hatinya. Nun di hujung pandangan, langit petang yang menabiri alam sungguh indah.Hatinya berbisik halus,

"Meski jauhnya jurang antara langit dan bumi, kedua-duanya tetap saling memerlukan. Apalah ertinya bumi tanpa langit, bermaknakah langit tanpa bumi. Hijau dunia tanpa biru langit membosankan, Biru alam tanpa kehijauan bumi cukup menjemukan."                                                 [diilhamkan daripada 'ikatan langit dan bumi']

Perjalanannya petang itu jauh, dia menanti ketibaannya ke kampung yang dirindui.Entah kenapa, kali ini matanya tidak mahu lena. Dalam perjalanan itu, dia melalui sebuah jambatan yang menyeberangi muara. Air di muara itu, dari hulu sungai menuju ke laut lepas. Alangkah ajaibnya, di muara itu warnanya seperti kuning keperangan, tetapi dihujung matanya laut lepas berwarna biru kehijauan. Hatinya berzikir memuji Ilahi. Dia teringatkan tafsir ayat terakhir dari surah Al-Mulk yang bermaksud, 
"Adakah kau lihat jika airmu terbenam (ke dalam bumi), maka siapakah yang memberimu air yang mengalir?" [al-Mulk:30]
Maha Suci Allah.. Dia tahu bahawa sifat bumi itu menyerap air, ajaibnya, air sungai yang mengalir tidak pula diserap bumi.. Dan air ini digunakan manusia buat meneruskan sistem kehidupan..Subhanallah.. hatinya memuji lagi. Kalau tidak Allah yang mengalirkan air ini menjadi sungai, pasti manusia sudah mati kehausan..

Melepasi jambatan tadi, bas yang dinaikinya terus bergerak melintasi sebuah padang. Matanya tertumpu pada sepohon pokok tunggal di tengahnya. Hatinya tersentuh, kerana kasihankan pokok itu yang tunggal, tidak ada pohon-pohon lain di sekelilingnya. Pohon itu bagaikan menahan terik mentari. Tiba-tiba airmatanya mengalir. Dia rasa malu dengan pokok itu.Hatinya merintih;

"Pohon itu tidak rebah tatkala sepanjang hayatnya ia sendirian ditiup angin, malah ia redha daunnya gugur jatuh ke bumi. Tatkala menahan terik mentari, ia tidak mati malah subur. Ia tak mengeluh penat seperti aku. Tatkala ditimpa hujan, pokok itu tidak menepis, malah menerimanya sebagai anugerah di hujung panas. Tidakkah pokok itu lebih bersyukur daripada aku? daunnya, segan mahu gugur selagi tidak diizinkan Allah."
 Hari menjelang senja, dan matanya tertumpu ke langit. Di awanan, sekawan burung terbang, pulang ke sarang agaknya. Akalnya memberi pandangan; sedangkan manusia pun tidak mempu bermuafakat berjalan seiring pada waktu mereka menuju ke arah yang sama.. Tetapi, burung tak berakal, berjiwa kecil di langit yang tebentang luas, namun mereka mampu untuk seiring.. Laa ilaaha illallahh..
Dan tidaklah Kami jadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya sebagai mainan.[al-anbya';16]
Sejenak, dia terlelap dalam fikirannya tentang burung-burung kecil tadi. Tidurnya tidak lena, dan dia tersedar tiba-tiba.. Apabila tersedar, destinasinya masih jauh. Kakinya kebas. Perjalanan yang mengambil masa hampir lima jam itu membuatkan dia terasa penantiannya terlalu panjang. Hatinya sebak, dia terasa di tubir matanya ada air bergenang. Dia teringat mimpinya tadi. Dalam mimpinya, dia merupakan sepohon kayu mati..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ikin: Bayangkan anda adalah si gadis yang diceritakan di atas. Apakah yang anda fikirkan setelah bangun daripada tidur dengan termimpikan diri anda sebagai sepohon kayu mati? Apakah analoginya?

4 komen best:

fahana_ann said...

salam, ikin, moga dapat jalankan tugas dgn baik untuk adik2 nnti ye,. mmaf tak dapat ikut sekali..

dan untuk entri ni:siapa saja tak sedih kalo dirinya ibarat kayu mati, seperti tiad manfaat, cuma untuk dijadikan sabdaran oorang letih berjalan mungkin, atau cuma mnunggu masa ditebang dijadikan kayu api, ape pun mimpi tu mmberi makna tersendiri untuk setiap orang.. mungkin itu juga satu petunjuk untuk dia agar sebelum trlewat mnjdi kayu mati..sekdar pndapat..wallahualam.

Muhammad Ikhwansyafiq said...

btol ke ikin yg tlis nie?
wah...da mcm novelis...bgs2

norashikin rahmat said...

@kak fahana,

ikin baru balik ni~ hehe..
betul tu, ikin pun ada analogi sendiri, cuma tunggu pandangan orang lain~

norashikin rahmat said...

@muhammad ikhwansyafiq,
hm~
original valuenya dari saye, ilhamnya dari alam, tarbiyahnya dari Yang Menciptakan.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea