Sunday, February 14, 2010

cuma ada satu pilihan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, February 14, 2010
aneh ya aturan hidup ini
kita cuma ada satu plihan
tetapi kita diberi terlalu banyak peluang

cuma ada satu pilihan
sebenarnya kita tak pernah ada pilihan kedua
sebab kita cuma hamba yang hina
kita tak layak dipanggil tuan
tapi kita disuruh memilih..
memilih pilihan yang cuma ada satu

pilih bererti kita cuma ada satu cara
satu jalan
satu peluang
siapapun kita
pilihannya tetap sama

kita tidak boleh memilih dua atau tiga, yang ada cuma satu
kita tidak boleh memilih untuk menjadi burung, kerana jasad dan jiwa kita manusia
kita tidak boleh memilih menjadi lelaki atau perempuan, kerana tidak ada pilihan  untuk menjadi apa
kita bukan mesin yang optional
itu hakikat

pilih jalan hidup tak semudah memilih ikan di pasar
pilih jalan hidup lebih sukar daripada memilih permata di antara kaca
pilih jalan hidup tak seindah meniti jalanan yang ditaburi bunga-bunga

mungkin kita terpaksa meninggalkan apa yang kita suka
dan menghadapi sesuatu yang tidak kita sukai

mungkin kita terpaksa melalui jalanan yang panjang dan meletihkan
dan kita rasa terasing dan sunyi

mungkin kita tersilap jalan,
lalu terpaksa bermula lagi

maaf.

2 komen best:

terry bogart said...

xpe..kalau slaah jalan..anggap macm :the road not taken:..maybe kat hadapannya ada lg harapan..

norashikin rahmat said...

Abah saya pernah kata:

'anggap yang kita tak pernah ada pilihan kedua'.

Dia cakap camni masa saya nak quit MRSM waktu form 2.

sejak tu, i hate quitting.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea