Untuk melaksanakan pembinaan, setiap orang mempunyai functionality. Bahagian equipment perlu memastikan segala peralatan lengkap dan diselenggara dengan sempurna, membaiki kerosakan dan mengesan kerosakan. Jurutera dan pembekal bahan perlu memastikan bahan yang dibekalkan adalah berkualiti, menepati saiz yang dikehendaki, mempunyai ukuran yang tepat. Pekerja perlu menepati masa, mengikut jadual yang ditetapkan dan kurang melakukan kesilapan. Semuanya berkaitan dengan masa dan kos yang besar. Kos masa, tenaga, wang ringgit dan maruah.
Keberjayaan projek bergantung kepada sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besarnya. Yang penting adalah perancangan yang strategik dan pembuatan keputusan yang tepat. Lebih penting daripada penting ialah semua orang memahami apa yang sedang dibuat dan apa yang ingin dicapai.
Realitinya dalam kehidupan, kita juga sedang membina sebuah kehidupan mengikut tujuan yang kita mahukan. Jika kita disakiti orang maka percayalah, dia merupakan pemahat 'bangunan' yang kita sedang bina. Maka sebab itu, kita perlu bijak melakukan refleksi, muhasabah dan berfikir, bukan asyik menyalahkan aau menuding jari yang orang itu salah dan orang ini tidak betul.
Kehidupan berorganisasi, contohnya. Kita akan selalu tidak bersetuju dengan cara orang lain mengendalikan sesuatu, semuanya tidak kena pada mata kita. Dia salah dan aku betul. Dia kecil dan aku hebat. Aku ada kuasa tapi dia tak ada apa-apa.
Dalam proses berdakwah, kita melihat banyak organisasi melaksanakan dakwah dengan metode tersendiri. Ada yang direct, ada yang indirect, ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang sabar, ada yang tak. Tapi tujuannya sama. Orang-orang yang berada, atau merasakan dirinya berada di atas jalan ini, adalah biasa dihinggapi penyakit-penyakit hati. Kehalusan penyakit ini membuatkan dirinya merasakan dia sedang membuat sesuatu yang betul dan perfect sedangkan orang lain salah.
Mari kita perhalusi diri. Mereka sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang kita tak mampu cover. Kalau kita sedang membina acuan bangunan, mungkin bahagian mereka adalah mendirikan konkrit. Dan organisasi yang lain pula bertugas menyusun dan memasang. Yang lain pula di bahagian mengecat. Yang lain pula menghias.
Bangunan yang ingin kita bina, takkan siap sempurna tanpa wujudnya kesefahaman dan penyatuan ini. Kalau kita saling bertelagah atau memandang serong kepada orang lain, walaupun job kita adalah sempurna dan betul, tetapi ia masih cacat dan incomplete secara keseluruhannya.
Kata seorang sahibah saya, "Sedangkan nak pindahkan meja dalam rumah kita pun kita memerlukan bantuan, apatah lagi membentuk ummah!"..
Jadi, berhentilah bertelagah, ubahlah paradigma pemikiran, dan aturkan langkah memulakan gerak kerja!

5 komen best:
bagus post ni, sy pun pernah alaminya,....sy hny tahu peranan sy dan tmpat sy dlm sistem dakwah selepas mmbaca buku-buku atas inisiatif diri sy sndiri. padahal sy dulunya selalu disisihkan dan rasa tkde tempat dlm usaha2 dakwah..
sy nk tny...farhana norizan budak mrsm kuala klawang jugak ke?
itulah, setiap orang ada kelebihan dan peranan, kan? ^_^
kalau tengok muka, mungkin kenal.. saya tak kenal farhana norizan, saya cuma kenal dengan farhana rahim shah je. mungkin batch lain kot.
fyi, kalau awak masih ingat Azlee yang terer english tu.. saya rasa dia kelas IK batch awak dulu. dia sekarang kat UUM, sem akhir. amik TESL. Terkejut dan gembira jumpa dia kat sini. (dia klasmate awak kan?)
Azlee Iskandar kot nama penuh die..haah die budak kelas saya, IK. Bilanya yg terkejut, br lg ke? oo die kat UUM rupenyer...yg tk blh lupa pasal die, tulisan die org pnggil tulisan mesin taip
gembira kalau sesekali terserempak, dan terkejut masa mula2 terjumpa dulu. for sure dia tak kenal junior kan. typewriter? :)
huh...biasa kot kalo senior tak kenal junior (alasan), even satu batch pun belum tntu kenal semua..
Post a Comment