Penonton
Menjadi penonton dan pemerhati adalah dua perkara berbeza. Penonton adalah perbuatan melihat sesuatu dan menikmatinya, tidak teliti dan secara suka-suka. Sedangkan pemerhati melihat sesuatu dengan teliti, mengambil nilai yang boleh ditelusuri dan mengenalpasti apakah yang boleh dikupas daripada apa yang dilihat.
Masih teringat pesanan seorang sahabat; "Seorang Muslim itu tidak melakukan sesuatu dengan saja-saja". Jadi, adalah lebih baik jika kita menjadi pemerhati berbanding menjadi penonton saja-saja.
Penumpang
Menjadi penumpang dan pemandu juga adalah dua option yang jauh berbeza, walaupun menaiki 'kenderaan' yang sama menuju ke tempat yang sama. Penumpang selalu tidur, tapi pemandu selalu jaga. Mencari jalan dan haluan, agar dapat memandu dengan selamat dan 'cermat'. So, kalau jadi penumpang sekalipun, jadilah penumpang yang memerhati dengan teliti apa yang ada sepanjang perjalanan.
Kalau jadi 'pemandu', jadilah pemandu yang tak mementingkan diri.. pemandu yang membuka ruang dalam kenderaannya untuk ditumpangi.. Kata seseorang, jadilah orang, yang kejayaannya membolehkan Islam menumpangnya.
Kepuasan
Ketika berbual-bual dengan teman-teman, muncul persoalan 'kepuasan' dalam hidup. Ada orang puas dapat mendaki segala gunung yang ada atas muka bumi. Ada orang sanggup menyakitkan diri melukis tatoo di seluruh badan kerana ingin merasa puas. Ada orang sanggup membeli belah dan menghabiskan harta sebanyak-banyaknya kerana kepuasan, ada orang bekerja siang malam kerana gilakan rasa puas dalam hidupnya.
Persoalannya, apa sebenarnya kepuasan boleh bagi dalam hidup ni? Kalau kawan saya kata masak membuatkan dia rasa puas, yang lain pula kata membaca adalah kepuasannya. Kawan ayah saya sangat suka belajar sampai sijil degree berkepuk-kepuk, ambil dua-tiga bac. degree.
Saya belum jumpa lagi apa sebenarnya kepuasan dalam hidup saya. Mungkin saya sibuk merasa puas dengan apa sahaja yang ada dalam hidup saya, seperti kata Maher Zain dalam Awaken, "We didn't have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied".
p/s: harini ulangtahun saya ke 21. Doakan kebaikan untuk saya, ya. :)

5 komen best:
selamat hari ulangtahun
moga segala urusan dipermudahkan, murah rezeki hendaknya
amin
penonton/pemerhati, penumpang/pemandu, yang pasti perlu ada tujuan dan desitinasi sendiri
kepuasan adalah infiniti, tiada limitasi
manusia itu tidak akan pernah puas
itu lumrah
eh, muda lg..hepppi besday =)
@penaberkala: terima kasih atas doa, encik PB.
Encik PB dah jumpa ke makna kepuasan dalam hidup?~~ :P
@Hazwan Arif: muda ke? alhamdulillah :D
HBB
TQVMFTW~
Post a Comment