Namanya; 'Hidup Seperti Biskut'.
Blog ini dibangunkan dengan tujuan yang lebih terarah berbanding blog utama ini, (.it is the best of times, it is the worst of times.), bermotifkan dakwah dan perkongsian.
Blog ni telah mula beroperasi sejak Oktober 2010, pada masa saya ingin berhenti menulis di blog sekarang. Well, blogger yang mana yang tak pernah hilang arah dalam menulis, kan? Sejujurnya saya selalu rasa malu dan takut menilai diri sendiri dalam penulisan, takut terlalu begini dan begitu, takut entah macammanalah nilaian Allah tentang tulisan saya.
Untuk cuti yang panjang kali ini, saya merancang untuk menghabiskan menelaah Manhaj Hidup Muslim. Membaca buku tarbiyyah bukanlah suatu task yang mudah, terutamanya bagi beginner seperti saya. Jadi Pakcik Rosdi menggalakkan agar saya menjadi active reader dengan menulis pencernaan saya. Wadahnya ialah melalui blog ini, insyaAllah.
Untuk permulaan, saya telah menulis pencernaan pertama di blog ketiga ini. Alhamdulillah.
Menulis sesuatu post tidak perlu panjang, kerana ia perlu dihadam sedikit demi sedikit. Semoga Allah permudahkan hajat ini.
Info:
- Blog kedua ialah nenanora.blogspot.com. Sebuah blog reflection untuk muhasabah, motivasi dan catatan. Seorang pengkaji mesti memiliki catatan peribadi perjalanan hidup. Blog ini di-privatekan, kerana semua blogger tahu bahawa tak semua perkara boleh dimuntahkan ke alam maya.
- .it is the best of times, it is the worst of times. merupakan quotes dari Charles Dickens dalam bukunya, The Tale of Two Cities yang asalnya ialah "it was the best of times, it was the worst of times". Kisah hidup Charles Dickens banyak diolah semula dalam novel ni. Saya suka dengan quote tu..~ :)
- Maksud 'Hidup Seperti Biskut' ada dinyatakan di post ini (klik)


2 komen best:
Tak boleh komen dekat cbox,ada masalah sikit..hm,blog ini xberat pun..hanya berat dengan info dan penulisan yang bgus .Teruskan :)
Yang kat cbox tu kena tulis authentication, nak elak spam.. bukan sebab ada masalah..
:D
Post a Comment