Sunday, September 12, 2010

Beraya dengan bersunguh-sungguh

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 12, 2010
Saya memang beraya dengan bersungguh-sungguh tahun ni.

Dari Labis-Machap-JB-Kota Tinggi-Kluang-Labis, selama dua hari, ziarah dan berjumpa saudara mara yang biasanya hanya berpeluang bertemu setahun sekali, atau sekali sekala kalau ada majlis walimah.. Dan bila jumpa sekali sekala, mesti banyak cerita yang nak dikongsikan. Dan mesti banyak perubahan dah berlaku. Antaranya:
  • Rupa: semua orang tahu bahawa tak ada apa yang akan kekal kecuali 2 perkara: amal soleh dan ilmu yang bermanfaat. Seorang makcik saya yang sebelum ini sangat sihat dan cantik sekarang menghidap penyakit dan tidaklah sebegitu cantik macam semasa dia sihat lagi. Jadi, kalau anda rasa rupa yang cantik itu akan berkekalan, ubahlah persepsi itu.. 
  • Kematian: bahawa kematian itu lebih dekat dari urat leher kita. Baru-baru ni, saya ada mimpi tentang gigi, cuma mimpi itu tak jelas. Hati saya betul-betul risau, sebab kalau merujuk pada tamsilan mimpi, perkara berkaitan gigi hampir semuanya buruk belaka. Ia mengingatkan saya pada kematian. Macammanalah kalau Allah tarik nyawa saya ni..tak cukup lagi semua amalan.. Belum tentu akan datang kita akan dapat jumpa dengan saudara kita, jadi selagi berpeluang, ambillah masa untuk bertemu.
  • Ikatan persaudaraan: Ini yang paling menyedihkan.. ada dalam kalangan keluarga sendiri tak mahu bertemu muka dan menjadikan Syawal sebagai wadah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan, atas sebab yang tertentu. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.. Jangan libatkan anak-anak dalam perselisihan sesama orang dewasa, (takkan masuk syurga orang2 yang memutuskan silaturrahim!).. Natijahnya, hargailah ikatan persaudaraan.. Ia satu anugerah yang tak terbeli di mana-mana pun..
Yang paling menggembirakan, semuanya baik-baik saja raya kali ni.Biasanya keluarga saya taklah lengkap kalau berziarah, sebab abang saya selalu tak ikut sama.. tapi kali ni, alhamdulillah, semuanya ada.. Bukan senang nak melengkapkan satu kelarga untuk konvoi bersama ke rumah saudara, anak muda sekarang lebih suka melepak duduk di rumah berbanding ikut mak abah pergi ziarah saudara mara..

Penting sebenarnya berkenalan dengan saudara mara, meramaikan kenalan dan mengeratkan ukhwah.. Disebabkan saya selalu belajar berjauhan dari keluarga, jadi ini sajalah peluang yang ada untuk berkenalan dengan ahli keluarga yang jauh.. itupun masih ramai yang tak kenal lagi..

Kadang-kadang, pakcik makcik yang jumpa hampir tiap-tiap tahun pun lupa kat kita.. Dan biasanya mereka akan ulang soalan yang sama.. Soalan feveret saya ialah: "Awak ni sekolah tingkatan berapa?" hehe.. confirm dapat duit rayaa~

Duit raya bukan agenda utama sambut aidilfitri, tapi mengeratkan ikatan itu yang penting. Kalau duit raya dihulur kepada kanak-kanak untuk menghiburkan, kenapa ia juga diberi pada yang dah besar macam saya?

"Duit raya bukan harga sebuah hubungan.."

Semoga Allah merahmati kita, dan semoga setiap pertemuan itu adalah kerana Allah..

2 komen best:

amy said...

yg paling best mase datang kluang kan...

norashikin rahmat said...

yup! sebab emy kena buat air..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea