- Kampung tempat membesar
- Fitrah sebenar
- Kembali kepada pencipta
Pulang ke kampung merupakan sesuatu yang amat menggembirakan bagi semua orang. Tiada orang yang tidak suka pulang ke kampung, kerana kampung merupakan tempat kita berkumpul dan bertemu dengan ibu bapa, dan orang-orang kesayangan kita. Indahnya perasaan semasa balikkampung, terasa sampai berbuai-buai hati semasa masih dalam perjalanan. Terbayang-bayang wajah cantik ibu yang sudah berkedut apabila tersenyum, terdengar-dengar tawa abah yang gembira tatkala anaknya pulang. Tak sabar melayan kerenah abang dan kakak yang suka mengusik, dan adik-adik yang semakin nakal seiring dengan umur masing-masing.
Apabila sampai di kampung,pasti banyak sekali masa dihabiskan untuk bercerita soal kehidupan setelah sekian lama tak berjumpa.
Begitulah analogi kehidupan, alangkah seronoknya bertemu Tuhan. Allah pasti akan bertanyakan kita, apakah yang telah kita lakukan selama kita merantau di dunia. Pasti Allah suka pada pembaktian yang telah kita laksanakan pada bumi yang berbudi.
Hari ini, seorang lelaki yang tidak pernah saya temukan jasadnya, tetapi kisah tentangnya selalu saya dengar dari pakcik makcik dan sahabat sahibah: Ustaz Dahlan, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, pukul 10. Semoga Allah mempermudahkan urusan arwah, dan, semoga arwah berehat dengan tenang :)
Ingin sekali saya mencipta seni kematian sepertinya, dimana langit mendung dan hujan membasahi bumi. Tidak ada komen tentang beliau selain yang baik belaka. Begitu ramai yang solatkan jenazah arwah. Sayangnya Allah tidak menjodohkan saya untuk bertemu walau sekali dengannya, orang yang soleh.
Mari, belajar mencintai kematian yang begitu dekat dengan kita!
Nak kenal siapa ustaz Dahlan? rujuk link ni:

1 komen best:
seni kematian.. nice.. :)
Post a Comment