"maafkan aku"
telahkah kau ucapkan
"aku sayangimu"
pernahkah kau cium pipinya tanda sayang
pernahkah kau urutkan kakinya
tatkala dia lelah
pernahkah kau taat mendengar keluhannya
dan melaksanakan setiap sesuatu yang bisa membuat dia bahagia?
tatkala kau masih belum mengerti...
dia setia mendengar celoteh kecilmu.
melayan tangisanmu
memenuhi kehendakmu
tanpa syarat
tatkala kau marah-marah
kerana disakiti dan tidak mengerti
kerana disuruh melakukan yang kau tak sukai
dan hatinya terluka kerana itu
dia sentiasa memaafkanmu
tanpa syarat
dia sentiasa mendoakan kebahagiaanmu
memenuhi keperluanmu
menggembirakan hatimu
memasak apa yang engkau sukai
dengan senang hati
tanpa syarat
tidakkah kau sedar kau sentiasa disayangi tanpa syarat?
tatkala kau semakin mengerti
dia tidak pernah lelah memberi ajaran
yang tidak dapat kau peroleh di sekolah
dia penuh pengertian
tidakkah kau sedar?
tatkala kau sudah besar dan mula berjauhan
katanya "anakku sudah besar rupanya"
melepaskanmu
kau sentiasa dalam doa kudusnya
pengertiannya
bisa membuatmu berjalan jauh dan berdiri teguh
adakah kau tahu bahawa dia merinduimu ?
dia sentiasa merindui senyummu..
kasih tanpa syarat
sayang berpanjangan
cinta yang menenangkan
tidakkah kau sedar?
"aduhai anak,
adakah engkau tahu
betapa deritanya ibu melahirkanmu..."
telahkah kau ucapkan sayangmu pada si dia, jantung hatimu?
semoga kita bisa menjadi anak
yang senang dan menyenangkan,
tenang dan menenangkan
bukan yang melelahkan
semoga kita bukan anak
yang menyeret ibubapa ke neraka Allah
Nauzubillah.
*puisi ini amat istimewa, kerana saya mengarangnya dengan ibu di ingatan..

5 komen best:
nice one cik ikin
i like this entri
syurga dibawah tapak kakinya...
suatu masa nanti apabila seorang insan bergelar suami hadir dalam hidupmu, segala cintamua harus dilemparkan kepada suamimu melebihi ibumu...
tetapi biar apapun terjadi kamu harus jangan mengecilkan hati mereka...
baik, cik amirul.. :)
tapi, betulke cinta mesti 'dilemparkan'? hehe
Cik amirul dah ada anak, jadi saya dedikasikan puisi ni utk cik amirul mewakili Atiq yang masih kecil..
ya mesti dilemparkan kera selagi belum mengenali suami dengan lebih dalam komitmen, passion dan lain2 belum memuaskan.. so maksudnya lempar tu kira mcm memaksa diri la...
Bagaimana dengan ku yang sering menjadikan dirimu di dalam hati ku.. adakah tercapai impianku untuk memiliki dirimu?? adakah halangan-halangan yang ada pada diriku membuatkan aku gagal??
Post a Comment