Biasanya, kalau ada anak lahir bulan ramadhan, mak ayah bagi nama Ramadhan. Kalau lahir masa hariraya pertama, selalunya mak ayah bagi nama syawal.. Saya lahir bulan zulhijjah, tapi dapat nama ashikin. Hehe :D
Sebenarnya, saya dah lama tak tengok cerita yang betul-betul menghiburkan dan mendidik macam yang disiarkan kat tv1 pagi tadi..
Saya tak tahu siapa pengarahnya, siapa watak utamanya..yang saya terpikat ialah persembahan lakonan si watak utama yang cukup menghiburkan dalam menghidupkan jalan ceritanya..Watak yang amat mencuit hati, Ramadhan, seorang budak yang cukup nakal dan degil, banyak kerenah dan banyak akal. Ada-ada je yang dibuatnya setiap hari, sampai memeningkan kepala ibu dan ayahnya. Pecahkan cermin tingkap kereta 'Makcik Mona perasan cun', Rosakkan baju persembahan sekolah, dan macam-macam.. Dahlah kuat menjawab, pembuli plak tu.. Adiknya, Rumaisha tak pernahnya rasa aman bila si abang ada berdekatan.
Waktu bulan puasa, Ramadhan dan adiknya dilatih berpuasa.. Tapi si Ramadhan ni mesti ponteng puasa.. Waktu Tarawikh plak, dahlah tak sembahyang tarawikh sama, buat bising plak.. Satu daripada hobi Ramadan ni, dia suka sangat main sorok-sorok sampai digelar 'Raja Sorok'.. Tetapi, kegemarannya inilah yang membawa kesusahan pada dirinya...
Banyak sekali perkara yang boleh dipelajari dari drama ni. Ia macam satu modul untuk mendidik anak yang degil dan nakal, dengan memberikan pesanan, kemudian warning, kemudian denda. Dalam drama ni ada juga diselitkan niai kesatuan bangsa. Saya suka drama RTM, kebanyakannya memang ada usaha untuk menerapkan nilai muafakat antara bangsa melalui bermacam cara. Contohnya, Ramadhan yang tak tahan berpuasa memberitahu kawannya yang berbangsa cina tentang kesulitan berpuasa. Jadi, kawan Ramadhan ni rasa kesian, jadi dia ambil roti dari kedai ayahnya untuk diberikan pada Ramadhan. Ayahnya (ayah kawan Ramadhan yang berbangsa cina) perasan, jadi, dia pun berkata pada si anak, "kamu jangan tolong dia(ramadhan), itu ajaran mereka, kamu mesti hormat". Memang patut, bangsa Malaysia mesti mengajar anaknya memahami budaya, bangsa dan agama lain, sebab itu akan membuahkan kemesraan sesama lain bangsa :)
Sayangnya, saya tak dapat mengikuti drama Ramahan sampai habis, cuma sampai ke babak Ramadhan dibawa ke satu tempat akibat menyorok dalam troli semasa tarawikh (kena bersiap untuk berziarah pula). Tak apalah, asalkan dapat mengutip nilai dari sebuah dama yang cukup menghiburkan.
Semoga, lepasni, lebih banyak drama yang ada value macamni diterbitkan. Pendek, tapi cukup bermakna :)
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Sunday, September 12, 2010
Beraya dengan bersunguh-sungguh
Saya memang beraya dengan bersungguh-sungguh tahun ni.
Dari Labis-Machap-JB-Kota Tinggi-Kluang-Labis, selama dua hari, ziarah dan berjumpa saudara mara yang biasanya hanya berpeluang bertemu setahun sekali, atau sekali sekala kalau ada majlis walimah.. Dan bila jumpa sekali sekala, mesti banyak cerita yang nak dikongsikan. Dan mesti banyak perubahan dah berlaku. Antaranya:
Penting sebenarnya berkenalan dengan saudara mara, meramaikan kenalan dan mengeratkan ukhwah.. Disebabkan saya selalu belajar berjauhan dari keluarga, jadi ini sajalah peluang yang ada untuk berkenalan dengan ahli keluarga yang jauh.. itupun masih ramai yang tak kenal lagi..
Kadang-kadang, pakcik makcik yang jumpa hampir tiap-tiap tahun pun lupa kat kita.. Dan biasanya mereka akan ulang soalan yang sama.. Soalan feveret saya ialah: "Awak ni sekolah tingkatan berapa?" hehe.. confirm dapat duit rayaa~
Duit raya bukan agenda utama sambut aidilfitri, tapi mengeratkan ikatan itu yang penting. Kalau duit raya dihulur kepada kanak-kanak untuk menghiburkan, kenapa ia juga diberi pada yang dah besar macam saya?
"Duit raya bukan harga sebuah hubungan.."
Semoga Allah merahmati kita, dan semoga setiap pertemuan itu adalah kerana Allah..

- Rupa: semua orang tahu bahawa tak ada apa yang akan kekal kecuali 2 perkara: amal soleh dan ilmu yang bermanfaat. Seorang makcik saya yang sebelum ini sangat sihat dan cantik sekarang menghidap penyakit dan tidaklah sebegitu cantik macam semasa dia sihat lagi. Jadi, kalau anda rasa rupa yang cantik itu akan berkekalan, ubahlah persepsi itu..
- Kematian: bahawa kematian itu lebih dekat dari urat leher kita. Baru-baru ni, saya ada mimpi tentang gigi, cuma mimpi itu tak jelas. Hati saya betul-betul risau, sebab kalau merujuk pada tamsilan mimpi, perkara berkaitan gigi hampir semuanya buruk belaka. Ia mengingatkan saya pada kematian. Macammanalah kalau Allah tarik nyawa saya ni..tak cukup lagi semua amalan.. Belum tentu akan datang kita akan dapat jumpa dengan saudara kita, jadi selagi berpeluang, ambillah masa untuk bertemu.
- Ikatan persaudaraan: Ini yang paling menyedihkan.. ada dalam kalangan keluarga sendiri tak mahu bertemu muka dan menjadikan Syawal sebagai wadah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan, atas sebab yang tertentu. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.. Jangan libatkan anak-anak dalam perselisihan sesama orang dewasa, (takkan masuk syurga orang2 yang memutuskan silaturrahim!).. Natijahnya, hargailah ikatan persaudaraan.. Ia satu anugerah yang tak terbeli di mana-mana pun..
Penting sebenarnya berkenalan dengan saudara mara, meramaikan kenalan dan mengeratkan ukhwah.. Disebabkan saya selalu belajar berjauhan dari keluarga, jadi ini sajalah peluang yang ada untuk berkenalan dengan ahli keluarga yang jauh.. itupun masih ramai yang tak kenal lagi..
Kadang-kadang, pakcik makcik yang jumpa hampir tiap-tiap tahun pun lupa kat kita.. Dan biasanya mereka akan ulang soalan yang sama.. Soalan feveret saya ialah: "Awak ni sekolah tingkatan berapa?" hehe.. confirm dapat duit rayaa~
Duit raya bukan agenda utama sambut aidilfitri, tapi mengeratkan ikatan itu yang penting. Kalau duit raya dihulur kepada kanak-kanak untuk menghiburkan, kenapa ia juga diberi pada yang dah besar macam saya?
"Duit raya bukan harga sebuah hubungan.."
Semoga Allah merahmati kita, dan semoga setiap pertemuan itu adalah kerana Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)