Cuti yang baru berlalu ini aku isi dengan pelbagai aktiviti rumahtangga.
Biasalah, kerja-kerja perempuan. Basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai,basuh baju, sidai baju, lipat baju…pendek kata semuanyalah. Masak? Sikit-sikit aje. Kalau ibu tak assist, boleh jadi masakan itu tawar atau terlalu masin atau jadi entah apa-apa rasa. Kakak aku komplen, aku masak sayur takdek rasa. Haha.
Buat tu semua, kadang-kadang buat aku rasa aku memang betul-betul seorang ibu. Kadang-kadang marahkan adik-adik. Dah penat kemas sana, sini bersepah. Bukan adik-adik je menyepah, kadang-kadang kakak aku terlibat sama. Aku pun sekapal. Kadang-kadang kena marah dengan ibu sebab buat kerja rumah berkira sangat, bergaduh dengan kakak aku dah jadi rutin harian. Kadang-kadang aku memanggil kakak aku si gemuk, kalau dia kacau kerja aku atau aku saja-saja nak sakitkan hati dia ataupun saja bergurau dengan dia. Kadang-kadang aku rasa dia terlebih adik dari aku.
Ibu aku babysitter anak jiran. Waktu aku ada kat rumah, ada waktu-waktunya aku ambil alih kerja jaga baby-baby tu…ada tiga orang baby; Qistina, Hadira dan Naqibah. Naqibah jarang datang sebab waktu cuti, mummy dia cuti.. (mummy Naqibah ialah seorang guru agama di sekolah..) jadi hari-hari aku layan 2 orang baby.. aku paling suka baby yang namanya Hadirah. Hadirah Aisyah..
Hampir setiap hari aku mandikan baby, pakaikan baby baju, basuh ‘ehem2’ dia… buat susu, suap makan, tidurkan baby… rasa best sangat buat semua tu… Cuma kadang-kadang bila baby sakit, rasa risau sebab baby asyik menangis je. Meragam…
Sampai hari ini, aku ikat barut baby tak kemas pun..ikat bedung pun tak reti sangat..
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 komen best:
fuh,dh prepare tuh sikit2,hak3
haha..pandai je ckp orang yer, encik pena..
bagus la dah mula buat persiapan awal2 lagi kan. :)
hohoh. ini buat saya speechless.
Post a Comment