pernah dengar tak kisah Saidina Ali dengan buah delima?
alkisahnya begini.. Sewaktu isterinya, Fatimah Azzahra r.a. mengandung, beliau sangat berhajat untuk makan buah delima.. Jadi, dengan kasih sayang dan keinginan untuk memenuhi hajat si isteri, maka Saidina Ali pun bekerja keras, berusaha mengambil upah menimba air demi membeli buah delima... Setelah membeli buah delima yang dihajati, di tengah perjalanan Saidina Ali pun terjumpa dengan seorang tua yang amat kurus, mengatakan dirinya sudah 3 hari tidak makan.. Lalu Saidina Ali pun memberikan buah delima yang dibelikan untuk Fatimah kepada lelaki tua tadi...
Sampai saja di rumah, Saidina Ali bercerita kepada isterinya bahawa buah delima itu sudah dibeli, tetapi diberikan kepada orang tua yang sudah tiga hari tak makan... Dalam masa yang sama, dari sebuah pasar berdekatan rumah Saidina Ali, muncul seorang lelaki berjubah putih membawa 10 biji buah delima..lelaki itu memberikan talam itu kepada Salman Al-Farisi, supaya delima itu diserahkan kepada Saidina Ali. (dikatakan lelaki itu adalah malaikat)..Salman al-Farisi mencukai sebiji buah delima, tinggallah 9 biji je delimanya.. sampai sahaja di tangan Saidina Ali, beliau pun mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6,7,8,9,... "aku tak mau amiklah" kata saidina Ali. "Lorh..Nape?" Salman al-Farisi berkata. dalam hatinya:(aik..tau pulok dia kalo aku cukai satu..) Saidina Ali menjawab: "Allah janji kalau bagi satu balas sepuluh, ni ada sembilan je, taknaklah aku".. Salman al-Farisi terkesima, lalu memulangkan semula sebiji delima yang dicukainya tadi...
Begitulah yakinnya Saidina Ali dengan janji Allah.. :)
wallahu a'lam..(dialog diolah sendiri je..)
...................................................................
antara 3 waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah ketika sihat, ketika sangat menginginkan kekayaan, dan ketika terasa diri amat susah untuk bersedekah..
ketika kita sihat afdhal kita bersedekah kerana waktu sakit kita akan susah bersedekah, malah memerlukan pula.
ketika diri sangat menginginkan kekayaan, menjadi pemurah adalah terbaik. kerana janji Allah: beri satu dibalas 10 pahala amalan..
ketika diri amat susah bersedekah menjadi waktu yang paling afdhal kerana dapat membantu diri menghakis sifat kikir dalam diri..
- Dalam perang tabuk, Uthman bin Affan merupakan orang yang paling dermawan..dia memberi sedekah 100 ekor unta dan kuda dengan kelengkapan perangnya sekali...

2 komen best:
rasa pelik pulak bila baca guna dialog macam tu.. :D
hohohohohh..tatau nak olah camne sebenarnye..heheh..:D
Post a Comment