Saturday, September 10, 2011

lama, hanyalah hitungan masa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 10, 2011
Cuti sudah berakhir, semester baru sudah bermula. Terasa benar yang masa berlalu terlalu pantas macam kilat. Tak puas rasanya menjamah masakan ibu tetiap hari. Hidup terasa nikmat semasa bercuti walaupun kadang-kadang terpaksa mengadap abah atau ibu bising sebab kerenah kami yang tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang.

Cuti memang nikmat, tapi jiwa tak perlukan rehat yang panjang macam itu. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa yang ada.

Semalam saya travel dengan menaiki bas.Saya naik di stesen sulung, Kajang. Kerana terlalu letih (agaknya), saya tertidur. Namun, sampai di stesen Bukit Jalil, saya tersedar. Ada orang jual naskhah ayat Qur'an potongan kecil naik, beredar dari seorang ke seorang penumpang. Waktu ni, saya buat-buat tidur sebab tak mahu diganggu orang itu. Tapi, sewaktu melepasi saya untuk turun dari bas, saya menghulurkan satu not wang kertas.

Ada dua sebab kenapa saya jadi macamni.

Pertama, saya buat-buat tidur kerana takmahu diganggu sebab saya masih sakit hati (kot) dengan apa yang berlaku pada saya tahun lalu. Dulu masa kat Alor Setar ketika saya dalam bas, datang seorang perempuan berbaju lusuh menjual naskhah-naskhah kecil Yaasin. Katanya harganya RM1 tapi bila saya bagi not RM5 dia kata takde duit kecil dan cepat-cepat blah.

Kedua, saya menghulurkan wang kemudiannya kerana terfikir, mungkin orangtu adalah sama macam pemuda jual buku yang datang ke rumah. mereka adalah orang pelarian dari negara-negara tertentu yang berada di malaysia dibawah akta pelindungan pelarian, namun tak boleh bekerja di mana-mana premis. Saya tidak ada hak untuk berlaku sombong pada dia dengan meremehkan kehadirannya.

Saya bukanlah tak cerdik untuk tak merasa serik sebab kena tipu.. tapi semua orang itu ada haknya. Abah saya ajar, duit yang ada dalam poket kita tak semestinya milik kita. Ia mungkin milik pencuri, ia mungkin milik kawan kita yang ingin meminjam, ia mungkin menjadi milik sesiapa saja. Apa yang kita ada, bukanlah milik kita secara total.

Dianiaya bukan alasan kita untuk berdendam, tapi ujian sama ada kita akan memaafkan orang atau menambah beban dalam hati kita dengan rasa benci.

Itu yang saya pelajari daripada seorang yang saya tak kenali.. Mungkin darjat dia lebih baik di sisi Allah, siapa tahu?

4 komen best:

Unknown said...

Quite similar case as to me.Setiap kali tengok orang minta sedekah, mesti persoalkan betul ke tak?Kenapa tak digunakan kudrat utk cari rezeki lain?Then a few minutes after that, tertanya pula kedekut ke aku kalau tak berikan?Hrmm~ dilemma.. :(

norashikin rahmat said...

Bila dilemma mcmtu..
pada saya, ia antara individu dengan Allah, dengan harapan semoga Allah mengangkat amalan kita sebagai amal soleh dan semoga orang itu pun menjalankan amanahnya.

Sebenarnya, time rasa kedekut tu la waktu terbaik nak bersedekah..

Ana Fatihah said...

em..saya pun pernah kena jugak..dijelingnya saye sebab saya xbagi.padahal kakak saya dah bagi kat dia.huhu..macam2~

norashikin rahmat said...

@mujahidah muslehah..

selamat datang ke blog saya dan terima kasih atas komen..

pengemis pada dunia moden amatlah menyedihkan.. menyedihkan sebab mungkin kitalah pengemis sebenar yang mengemis pahala daripada orang susah..

let Allah judge our performance. susah nak nilai adakah seseorang tu betul2 susah atau tak, sebab hakikatnya saya pun akan rasa geram pada pengemis2 penipu yang mengemis sebab malas kerja. Ia mengaburkan pandangan kita terhadap imej orang susah yang benar2 memerlukan bantuan (the real org susah).

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea