Showing posts with label lelaki dan aku.. Show all posts
Showing posts with label lelaki dan aku.. Show all posts

Friday, July 24, 2009

pengubat hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 24, 2009 3 komen best
malam ini hati rasa sedikit gundah. aku sendiri tidak pasti tentang apa yang aku gundahkan. pagi tadi ada pertandingan kayak anjuran blok cambridge, serentak dangan pelangsungan explorace dpp eon. aku cuma jadi penyokong teman-teman di tebing tasik untuk kayak, roommate aku plak jadi peserta explorace. aku tengok pertandingan explorace punye aktiviti kat checkpoint cam scary je...aku xpasti sangat sebab tak tanye roommate secara detail. nasib baik aku tak masuk. lepas lunch n balik, petang ada meeting kelab go-kart. i am sorry to say, sila berhenti membaca setakat ini sebab aku rase cam nak kutuk orang je. memang aku datang lewat, sebab sebelum meeting ada discussion group-ada satu mamat psycho di sana. aku sampai je, intro mt kelab baru habis. meeting kul 3.30 start dan tamat pada pukul 4.45. encik presiden cakap dengan terlalu meleret, berulangkali dan membosankan. tiada perancangan. masetu hampir hilang sabar. ahaha. aku harap takkan ada lagi berulang hal begini, sebab lain orang lain halnye.

begini. aku rasa macam diperalat, diperbodoh dan dipatungkan. aku macam satu boneka bodoh yang berlakon mengikut storyline si pengarah. satu tempat dijadikan medium untuk aku dibonekakan. aku rasa betul-betul macam patung yang boleh ditolak tarik, dipijak-pijak. huh. aku tahu aku banyak kelemahan.

aku teringin nak blogging, jadi aku meluang sedikit masa demi kesukaan aku ini. aku tengok bloglists aku, cuma dua saja yang update hari ini. setakat ni, inilah salahsatu cara aku ubatkan hati selain beberapa cara aku yang tersendiri. aku nak out.

aku tak rasa post kali ni bagus. cuma melepaskan apa yang aku rasa, bercampur dengan rasa marah. (ei, tidak bagus ni...) esok lusa aku delete-lah. okeh? :)

Thursday, July 09, 2009

hududkah?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 09, 2009 0 komen best

Apakah lelaki yang mencuri harus dipotong tangannya?
Mengapakah?
Bagaimana jika dia mencuri bukan dengan tangannya?
Adakah akan dipotong anggotanya jika dia mencuri dengan mata, dengan telinga, dengan kulit, dengan hati, dengan akal, dengan jiwa, dengan kaki?
Aku tidak pernah tahu jika akal tahu mencuri.
Senipis rambut, begitulah iman.
Serapuh kaca, begitulah iman.
Secantik syurga, begitulah iman.
Kucing liar dan kucing belaan, adakah sama?
Begitulah iman.
Peliharalah.

Wednesday, June 24, 2009

persoalan yang terjawab

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 24, 2009 1 komen best
sejak surat tawaran sampai ke rumah, aku sibuk tak habis-habis. semalam aku sendiri pergi ke mrsm serting demi mengambil sijil spm aku...seorang diri...terer tak terer, walopun bahaya gak aa kan..tapi tataw mane datangnye keberanian aku nih..aku naik bas gi serting kali ni..takpe..next time insya-Allah aku bawa kereta plak..

yang menariknya bila ambil sijil ni suma cikgu yang aku jumpa, selain bertanya kemana hala tuju aku, mereka turut bertanyakan soalan yang sama: dah ade pakwe ke belom.. soalan panazz gitu.. siap ade yang suro jage gak 'network' yang itu sebab katanya lelaki dah tak ramai..ooowhh..ustaz pesan pada aku jaga diri dengan dugaan yang mendatang. cari usrah.. banyak pesanan-pesanan yang aku kutip dari cekgu-cekgu tershayang...

aku balik dengan teacher hasnah. sayang dia.. shes my feveret teacher ever!

kebelakangan ni aku menghadapi kecelaruan minda dan integriti...tentang persoalan ketidakjelasan hubungan antara lelaki dan perempuan.. persoalannya aku utarakan pada ustaz hainizam dan harini dia inform aku pasal entri dalam blog saifulislam yang bertajuk seni kata putus. tentang hal yang tak jelas. tentang memberi harapan. tentang hal yang tidak masuk akal. syukurlah. aku dah jumpa jalan keluar. aku bukan takmau ceritakannya dengan jelas disini..masalahnya ia adalah hal yang terlalu peribadi..

apa yang aku cari sebenarnye dalam hidup aku?
hmm...

mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri..
hidupmu dan aku,
biar pisah sampai di sini..
semoga berjaya untuk aku dan semua orang!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea