Sunday, November 27, 2011

Tarbiyyah pacatiyah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 27, 2011
Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari satu ekspedisi ke Bukit Ayer. Semasa dalam ekspedisi, kami telah melalui suatu tempat yang bernama Wang Pacat (lembah pacat).

Sungguh, tempat itu memang dipenuhi dengan pacat. Tak ada antara kami yang tak terkena gigitan pacat. Mula- mula, memang semuanya terhenti-henti sebab kejap-kejap ada yang berhenti nak buang pacat. Ada yang terjerit sebab geli.. Lama-lama, bila dah banyak sangat, dan hari pun dah nak malam, kami dah malas nak hiraukan pacat-pacat yang sedang sedap menghisap darah kami.. Kalau tunggu juga nak buang pacat, hari akan malam dan kami akan lewat sampai ke destinasi. Malam akan membuatkan pandangan terhad dan mengundang risiko kebahayaan kalau teruskan juga perjalanan.

Sampai satu tahap kami dah tak merasa sakit pun dengan gigitan pacat, dan ada yang dah berani buang sendiri pacat tu dari kaki.
ini pacat pada kaki. (bukan kaki saya).

Ketahuilah, itulah hidup. Hidup ini, satu ekspedisi. Dan pacat-pacat itu merupakan dugaan-dugaan dalam perjalanan yang mungkin menyebabkan kita terhenti-henti. Sampai satu tahap, kita dah tak kisah, atau sudah terbiasa dengan masalah kecil kerana ada masalah lebih besar untuk diberi fokus dan perhatian. Paling penting, kita perlukan sahabat-sahabat untuk membantu kita mengharung 'pacat-pacat kehidupan', bersama memijak onak dan duri, berkongsi apa yang ada, merasa risau kerana kita 'terseliuh', mendengar setiap celoteh, meminta pendapat dan memberi semangat membina.. ia bukan persahabatan biasa, ia dipanggil 'ukhuwwah'. Tiada iman tanpa ukhwah, tiada ukhwah tanpa kasih sayang.

Dalam ekspedisi, kalau kita leka nak buang pacat, kita akan lupa menikmati keindahan-keindahan yang Allah bentangkan sepanjang perjalanan.. Dalam kehidupan, kalau kita asyik fokus dengan masalah kecil yang remeh, kita akan lupa memerhatikan nikmat-nikmat yang ada dalam kehidupan, lalu menjadikan kita manusia yang hilang kepekaan dan rugi, sangat rugi.

Yakinlah, sesungguhnya yang memberi kemudharatan dan kebaikan itu hanyalah Allah!

2 komen best:

Unknown said...

Memang gatal seminggu la kalau kena pacat. Huhu..

norashikin rahmat said...

alhamdulillah, so far saya tak rasa gatal pun kena pacat. Kata kawan2, yang menyebabkan gatal tu kalau kita buang dia masa dia sedang menghisap..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea