Alhamdulillah, ramai senior dah mendapat tauliah. Graduated. Kak Fahana, Kak Su, Abang Adib, Abg Ash, Kak Maryam, Kak Hana.. mereka adalah orang-orang yang telah banyak membantu diri mengukir peribadi menjadi cik adik yang banyak berceloteh dan selalu bersemangat..
Masa berlalu, umur meningkat, dan apabila sampai waktunya, manusia perlu berubah ke fasa seterusnya..
Saya, sekarang berada di tahun ketiga. Dah biasa dah kalau orang panggil Kak Ikin.
Semalam nampak seorang ayah pegang sejambak bunga. Alangkah bestnya kalau orang itu adalah abah saya.
Graduation seorang muslim bukanlah sewaktu dia tamat belajar, bukan semasa dia memperoleh gelaran dokter, bukan juga masa dia mendapat title profesor.. graduation seorang muslim ialah apabila kejayaan yang dikecap membawa kita ke syurgaNya..
Graduation sebenar ialah graduation di hadapan Allah!
Muslim are always special since we always have extra to gain.. and more to have.. and lots to focus.. our journey wouldn't stop until the last breath!

0 komen best:
Post a Comment