Tadi petang semasa di library saya sempat membelek sebuah buku fiksyen berbahasa Inggeris bertajuk 'Life's Golden Ticket'.
Bukunya agak menarik, dan motifnya tentang menghargai hidup.
Tanpa kita sedar, kita semua memegang satu tiket untuk memiliki hidup ini, dari Maha Pencipta. Dengan 'tiket' ini, kita memilih siapa yang ingin kita jadi -- seorang yang periang atau penyedih, kaya ataupun miskin, bahagia atau derita. Its your choice.
Disebabkan kekangan masa, saya hanya membaca 2 chapter terawal dan 3 chapter terakhir. Cerita ni menggabungkan fantasi dan realiti, dimana saya tak faham sama ada watak utama cerita ni sedang mengalami fantasi atau realiti, sebab dia menghilang dari dunia nyata selama 40 hari, bertemu dengan bermacam-macam watak yang mengubah persepsi dan sudut fikirnya tentang hidup dimana di akhir 40 hari itu dia lebih menghargai orang kesayangannya.
Ceritanya boleh dikatakan macam cerita 'Alice in Wonderland'. Saya hanya pernah baca yang versi kanak-kanak. Masih teringat kata cikgu saya, semasa belajar dulu, mereka mengkaji cerita asal 'Alice in Wonderland' yang sangat kompleks bahasanya, sukar difahami dan ia bukanlah se-simple cerita Alice in Wonderland yang ditonton di TV. Entahlah, itu kata cikgu.
kalau cerita ni diadaptasi kepada movie, ia sangatlah bagus.. I wonder whether the man that appear at the end is the same man that help the main character alongside the story..
Life's too mystery to be think of. Cukuplah kalau dapat menjawab 3 persoalan utama dalam hidup ni..

0 komen best:
Post a Comment